Showing posts with label Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Akhbar. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Suami Isteri Terbakar Ketika Tidur.


KEADAAN bilik pasangan suami isteri yang terbakar dan menyebabkan mereka melecur di Kampung Cenderawasih, Pekan kelmarin.

PEKAN - Seorang pelajar tingkatan empat bertindak berani apabila menyelamatkan ibu bapanya yang sedang terbakar dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Cenderawasih di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 2.30 pagi, ibu kandung dan bapa tiri Mohd. Amri Abu Bakar, 16, melecur teruk di seluruh tubuh selepas bilik tidur mereka terbakar.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan itu berkata, dia yang berada di ruang tamu terhidu bau asap sebelum terdengar jeritan ibu bapanya.
"Ayah tiri saya, Abdul Karim Mohamad dan ibu saya, Saidah Talib kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," kata gadis itu.
Credit to: Kosmo Online

SZ: Malang tidak berbau.Namun langkah-langkah keselamatan pun diambil untuk mengelakkan tragedi yang tidak diingini.

Sunday, June 3, 2012

Bayi 4 Bulan Maut Ditekup.


Aik Zheng (kiri) dan Hui Kheng (tengah) masih bersedih dengan kematian anaknya.

BATU PAHAT - Bayi perempuan berusia empat bulan yang dikatakan hilang Rabu lalu dan kemudian ditemui tidak bernyawa di Tasik Y di sini kelmarin, disahkan menemui ajal akibat lemas ditekup dengan kain pada bahagian muka.


Berikutan itu, seorang janda berusia 42 tahun yang juga pengasuh bayi itu ditahan reman selama seminggu bermula semalam untuk membantu siasatan.



Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, suspek bagaimanapun masih dirawat di Hospital Batu Pahat kerana patah kaki dan diletakkan di bawah kawalan pihak polis.

Thursday, May 24, 2012

Tasik Lima Kilometer Hilang Kurang 24 Jam.


DUA gambar menunjukkan Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, Chile. Gambar bawah dirakam pada 2 April lalu.

SANTIAGO, Chile - Dalam tempoh kurang 24 jam Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, selatan Chile 'ghaib' dengan hanya meninggalkan beberapa lopak besar dan kawasan dasar yang luas.
Air tasik berkenaan berasal daripada ais cair dari Glasier Colonia yang terletak di padang ais Patagonia Utara, sekitar 2,000 kilometer ke selatan ibu kota Chile, di sini.
Glasier berkenaan bertindak sebagai empangan yang menakung air tasik tersebut tetapi peningkatan suhu menyebabkan dinding glasier itu pecah sebanyak dua kali iaitu pada 27 Januari dan 31 Mac lalu.
Menjelang 2 April lalu, tasik seluas lima kilometer persegi bertukar kontang.
Sejumlah 200 juta liter padu air Tasik Cachet II mengalir ke dalam sungai berhampiran, Sungai Baker.
"Apabila kami bangun, kami terkejut melihat lembah di bawah kami dibanjiri air dan ketulan ais," kata seorang pembantu penyelidik, Daniela Carrion.
Saintis berkenaan melakukan kajian di kawasan sekitar tasik Cachet II bersama sekumpulan penyelidik apabila tasik tersebut kering. - AFP
Credit to: Kosmo online

SZ: Bayangkan kalau semua glasier kat Kutub Utara dan Selatan melebur....

Tuesday, November 22, 2011

Syabas Malaysia!


Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama
JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.

Friday, November 4, 2011

Hentikan Segera Seksualiti Merdeka 2011!


KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengarahkan Program Seksualiti Merdeka 2011 dihentikan dengan serta merta sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap penganjur serta peserta yang terlibat.


Menurutnya, program tersebut jelas melanggar undang-undang negara dan bertentangan dengan ajaran pelbagai agama di negara ini.


Sumber: Sinar Harian online

Thursday, November 3, 2011

Awas! Facebook dan Twitter.


Hati-hati bila mendedahkan maklumat diri anda di Facebook dan Twitter kerana ia mungkin boleh digunakan untuk tujuan pengintipan oleh pihak ketiga.


Wednesday, November 2, 2011

Buaya Pi Sekolah.



BESUT - Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati seekor anak buaya terperangkap dalam bubu ikan yang dipasangnya di sebuah kolam berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Dor dekat Jabi di sini kira-kira jam 4 petang, Ahad lalu.


Penemuan anak buaya tersebut menggemparkan warga sekolah berkenaan memandangkan tidak pernah buaya tersesat ke kawasan sekolah itu.


Monday, September 12, 2011

Blog Amat Berpengaruh.



KUALA LUMPUR - Pakar psikologi menyifatkan media baru adalah ‘rakan’ dalam membentuk identiti generasi kini. 

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Mariani Md Nor berkata, golongan ini mengambil dan menggunakan maklumat untuk membentuk identiti. 

Katanya, pengaruh ini dapat dilihat melalui kecenderungan dan minat terhadap sesuatu perkara. 

“Jika mereka berminat pada hiburan, mereka akan meniru gaya rambut, mencacah tatu, bertindik di telinga atau hidung. 

“Mereka akan mencedok bulat-bulat maklumat tersebut dan membenarkan budaya ala hedonisme yang kebaratan menjajah pemikiran tanpa menapis terlebih dahulu,” katanya. 

Beliau turut mengulas gerakan subversif juga boleh mempengaruhi pemikiran generasi muda sekiranya mereka dibimbing oleh kumpulan tertentu. 

Mariani berkata, ibu bapa dan guru-guru boleh memainkan peranan menjelaskan perkara yang sebenar supaya media baru tidak terus menjajah pemikiran golongan ini. 

Katanya, generasi muda juga tidak suka membaca buku sejarah untuk mengetahui fakta sebenar sebaliknya mencari blog kerana mudah dan bersifat santai. 

“Kini, Internet menjadi buku pilihan mereka dan perlu diingatkan kebanyakan isi kandungan sesuatu blog ditulis berdasarkan persepsi penulis serta tidak tepat. 

“Mereka percaya dan menelan apa yang ditulis dan ini membahayakan kerana mempercayai perkara yang tidak benar,” katanya. 

Bagi mengatasi masalah ini, beliau mencadangkan supaya satu jawatankuasa diwujudkan untuk memantau fakta-fakta yang disalurkan melalui media baru.

Credit to: Sinar harian online

Friday, August 26, 2011

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Ekoran Taufan "NANMADOL".


Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora berikutan Taufan "Nanmadol" dikesan berada kira-kira 499 kilometer ke Timur Laut Manila, Filipina petang tadi.
Taufan itu, yang dikesan berada pada Latitud 16.3 Utara dan 125.2 Timur pada pukul 2 petang ini, bergerak ke arah Barat dengan perlahan.

Menurut jabatan itu dalam kenyataannya, hari ini, taufan itu berada kira-kira 1,395 kilometer ke Timur Laut Sandakan dan 1,386 kilometer ke Timur Laut Kudat, Sabah. 

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan bermula esok sehingga Selasa ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

credit to: Sinar harian online

Monday, August 22, 2011

Rebat Aidilfitri PLUSsmiles, Touch n Go.


KUALA LUMPUR — Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan menikmati rebat tol sehingga 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada hari tertentu semasa cuti Aidifitri kelak.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata rebat tol itu akan diberikan kepada pengguna kad PLUSMiles dan Touch n Go ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.
"Pengguna yang membayar tol secara elektronik pada Khamis dan Jumaat ini akan menerima rebat tol sebanyak 20 peratus manakala pengguna yang membayar tol dengan sistem sama pada 30 dan 31 Ogos akan menerima rebat sebanyak 10 peratus.
"Pada 1 dan 2 Sept pula, orang ramai yang membayar menggunakan sistem elektronik iaitu kad PLUSMiles dan ‘Touch n Go’ pula akan menerima rebat sebanyak 20 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata rebat itu boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad PLUSMiles dan Touch N Go mereka bermula 15 Okt hingga 31 Dis ini. Tuntutan rebat tol selepas tempoh tersebut tidak akan diterima,” katanya.
Noorizah berkata, langkah itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya selain menggalakkan orang ramai menggunakan sistem pembayaran elektronik yang mudah dan pantas.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan rebat itu tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar.
Selain itu, PLUS menjangka jumlah trafik meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari pada musim cuti yang akan datang, katanya. — Bernama

Wednesday, August 17, 2011

Jom Kibarkan Jalur Gemilang.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tanggal 31 Ogos dah tak lama lagi. Jom kita kibarkan Jalur Gemilang.


(Berita Harian, R@kan BH, Hal.30/15 Ogos 2011)

Jangan hanya warga sekolah sahaja yang terlibat dalam penghayatan bulan kemerdekaan ini seperti kenyataan di atas.

Anda setuju dengan kenyataan di atas?

Tuesday, August 16, 2011

Mentega Babi

Jakim sahkan mentega haram



MENTEGA Pure Creamery Butter-Golden Churn ini dibalut dengan bungkusan mengandungi tanda halal.


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.
Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama
SZ: Hati-hati agar kita tidak terbeli dan termakan makanan yang tidak halal.

Monday, August 8, 2011

Panduan Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadan:


Assalamualaikum dan selamat pagi..
Berikut ialah beberapa tips pemakanan sihat untuk panduan bersama..Selamat berpuasa. Semoga anda sentiasa ceria.



  • Mesti bangun bersahur, walaupun hanya untuk makan sedikit sekeping roti dan secawan coklat panas. Lebih baik jika ada kurma dan sedikit buah-buahan. Sepatutnya sajian paling berat diambil ketika sahur, bukannya berbuka.

  • Pilihlah sajian yang me�ngandungi karbohidrat kompleks dan kaya dengan serat seperti bijirin dan kekacang. Contohnya roti gandum penuh, beras perang, kacang dal, buah-buahan dan sayur-sayuran terutama ketika sahur. Ini kerana kandungan serat akan membuatkan kita berasa cepat kenyang, membantu mengawal paras gula dalam darah. 

    Apabila berpuasa, kandungan asid dalam perut akan meningkat dan boleh membuatkan ketidakselesaan atau sakit perut. Makanan kaya serat boleh membantu meneutralkan asid dan me�ngurangkan ketidakselesaan perut ketika berpuasa. Harus diingat, kita juga perlu minum banyak air bagi mengurangkan penghasilan angin atau gas berlebihan dalam badan.

  • Ketika berbuka, mulakan dengan satu atau dua biji kurma. Inilah cara terbaik untuk berbuka seperti amalan Nabi Muhammad yang memulakan dengan hidangan ringan (kurma dan air).

    Kita juga boleh minum jus buah untuk membantu meningkatkan paras gula yang menjadi rendah sepanjang hari kita berpuasa. Kurma dan jus buah memberi tenaga segera selain mengelakkan masalah kekurangan air. 

    Pilih makanan yang dipang�gang, kukus atau rebus. Jika mahukan makanan bergoreng, gunakan sedikit saja minyak ketika memasak. Seandainya anda membeli juadah di bazar Ramadan, elakkan memilih makanan yang banyak minyak atau dimasak menggunakan santan.

    Terlalu banyak makan terutama makanan bergoreng, banyak lemak, pedas dan berempah boleh menyebabkan masalah penghadaman. Untuk mengatasinya, makanlah secara bersederhana dengan melebihkan pengambilan sumber serat dan minum banyak air masak.

    Sembelit akan menyebabkan perut berasa tidak selesa dan kembung. Ia biasanya disebabkan terlalu banyak makan makanan proses, tidak cukup air dan sumber serat. 

  • Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga betul-betul lumat sebelum ditelan. Apabila kita mengunyah terlalu cepat, kita akan terdorong untuk makan banyak. Selain itu kita juga secara tidak langsung akan menelan banyak udara yang boleh menyebabkan masalah perut kembung keesokan harinya. 

    Ingat, badan kita me�ngambil masa lebih kurang 20 minit untuk menghantar isyarat ‘kenyang’ kepada otak. Justeru, jangan gelojoh kerana bersopan santun ketika makan mencerminkan keperibadian yang mulia. 

  • Minuman terbaik ialah air masak. Boleh berbuka dengan air manis tetapi jangan minum terlalu banyak kerana kemanisan itu menyebabkan kita cepat letih ketika berpuasa. Namun elakkan berbuka dengan air berkarbonat kerana ia boleh membuatkan anda mengalami masalah perut kembung dan berangin.

    Minum air masak secukupnya (antara satu hingga satu setengah liter air) dalam tempoh selepas berbuka sehinggalah sebelum masuk tidur. Ini penting supaya badan boleh melaraskan paras cecair dalam badan keesokan harinya.

    Tahukah anda, keletihan dan sakit kepala yang dialami kebanyakan orang sepanjang Ramadan sebenarnya disebabkan kekurangan air dalam badan.

    Kopi dan teh juga boleh diambil tetapi ia mempunyai kesan diuretik iaitu yang me�nyebabkan kita banyak buang air kecil. Justeru, air yang keluar dari badan ini perlu diganti bagi mengelakkan masalah kekurangan air dan masalah yang berkaitan dengannya.


    credit to: Harian Metro online
  • Wednesday, August 3, 2011

    Lagi 3,793 Guru Sandaran Dilantik Semula.



    KUALA LUMPUR 2 Ogos - Seramai 3,793 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) daripada baki 7,258 orang yang belum dilantik telah dilantik semula ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai lalu.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan pelantikan itu dibuat menerusi perjumpaan khas antara kementeriannya dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Kementerian Kewangan pada 30 Jun lalu.

    Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Rosli Mohamed pada 1 Julai lalu.

    "Seramai 972 orang daripada kumpulan yang dilantik ini akan mengikuti latihan perguruan selama 18 bulan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai Disember ini.

    "Seramai 2,821 yang lain akan mengikuti latihan perguruan di institut pendidikan guru (IPG) untuk sesi pengambilan Januari 2012,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

    Pada bulan Mac lalu, kerajaan telah mengumumkan seramai 13,184 GSTT tahun 2010 akan dilantik semula bagi tahun 2011 dan berikutan itu pada Mei lalu seramai 5,926 orang telah dilantik sebagai GSTT semula dan tinggal baki seramai 7,258.

    Saturday, July 23, 2011

    Dua Sekolah Diserang Histeria.


    Gambar Hiasan


    SEREMBAN: Sebuah sekolah menengah di Sikamat di sini, terpaksa ‘bercuti’ sehari kelmarin selepas 48 pelajar sekolah itu mengalami histeria dalam tiga kejadian berasingan dalam tempoh seminggu dengan kali terakhir, Rabu lalu.

    Dalam kejadian pertama pada Jumaat minggu lalu, dua pelajar diikuti kejadian kedua pada Isnin membabitkan tiga pelajar manakala Rabu lalu, 48 pelajar diserang gangguan misteri. 


    Difahamkan dua hari sebelum kejadian pertama, pihak sekolah melakukan aktiviti perkhemahan untuk pengawas di sebuah kem di Rantau, Port Dickson. 

    Seorang daripada mangsa, Nabila Mohd Radzi, 14, mendakwa dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada Rabu lalu, dia yang tidak menyertai kem itu turut terkena disebabkan beberapa pelajar dipercayai membawa ‘pulang’ penunggu hutan berkenaan ketika mengadakan aktiviti berjalan malam atau ‘Night Walk’ di kem berkenaan.


    “Saya terkena histeria selepas terdengar dua pelajar dari kelas berasingan menjerit sebelum pelajar lelaki kelas bersebelahan mendakwa ternampak lembaga hitam di cermin tingkap, sekali gus menyebabkan saya turut dirasuk.


    Credit to: Metro online

    SZ: Boleh dikatakan setiap tahun, kita akan mendengar kejadian-kejadian histeria berlaku di beberapa sekolah di negara kita. Apa sebenarnya histeria? Mengapa kejadian histeria berlaku?

    Monday, July 18, 2011

    Tragedi Ngeri...

    Foto: Metro online

    Tragis sungguh berita yang dilaporkan oleh kebanyakan akhbar utama hari ini. Tiga orang maut setelah kereta Wira yang dinaiki oleh 10 orang terlibat dalam kemalangan. Kita seharusnya ambil ikhtibar daripada kejadian ini.

    Takziah kepada ahli keluarga mangsa.

    Berhati-hati di jalan raya....


    Sunday, July 17, 2011

    Pelajar Perempuan Monopoli IPTA.


    Gambar Hiasan.

    KUALA LUMPUR 16 Julai - Kerajaan perlu memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk memperbetulkan keadaan tidak seimbang berikutan penguasaan pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) supaya keperluan tenaga kerja dan pembangunan sumber manusia dapat diseimbangkan.

    Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishakberkata, apa yang membimbangkan keadaan itu tidak menggambarkan jumlah sebenar penduduk Malaysia mengikut jantina yang menyaksikan jumlah lelaki melebihi perempuan iaitu seramai 14,379.9 juta berbanding 13,870.6 juta mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2010.

    Sehubungan itu, katanya, program-program bersesuaian perlu disediakan kepada pelajar lelaki di samping program motivasi demi meningkatkan prestasi mereka bagi mewujudkan keadaan lebih seimbang.

    "Bagaimanapun, langkah untuk mewujudkan kuota tidak wajar dilaksanakan supaya tidak dinafikan hak semua rakyat tidak mengira jantina untuk mendapatkan pelajaran.

    "Namun, pada masa sama kita tidak mahu lebih ramai wanita berkelulusan tinggi mendominasi sektor perkhidmatan awam mahu pun swasta dan ini menyebabkan pembangunan sumber manusia negara akan terjejas untuk jangka panjang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

    Kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2011/2012 seperti diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa semalam menyaksikan sebanyak 65.5 peratus diisi oleh pelajar perempuan.

    Bagaimanapun, pelajar lelaki menguasai melebihi 50 peratus ke universiti teknikal.

    Sementara itu, Timbalan Naib Cancelor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, keadaan ketidakseimbangan itu sudah berlaku lebih sedekad lalu apabila kerajaan memperkenalkan sistem meritokrasi bagi kemasukan ke IPTA.

    Katanya, biarpun pelajar perempuan memonopoli IPTA, namun pelajar lelaki pula dilihat menguasai institut kemahiran dan teknikal yang mana turut menjadi satu keperluan guna tenaga kerja negara.

    "Kita tidak perlu cemas kerana apabila memasuki pasaran kerja, keadaan tidak seimbang ini menjadi normal kerana kemasukan mereka ke institusi pengajian tinggi adalah berbeza memandangkan pelajar lelaki lebih meminati program kemahiran dan teknikal.

    "Bagaimanapun, kerajaan juga perlu memberi peluang dan pengiktirafan sewajarnya kepada mereka yang mempunyai kelayakan kemahiran dan teknikal dalam skim perkhidmatan awam," katanya.

    Sumber: Utusan online


    SZ:Ramai perempuan di universiti, ramai lelaki di pusat serenti...Mengapa ini terjadi?

    Wednesday, July 6, 2011

    Berita apa yang paling menarik?


    Bila anda menatap muka depan akhbar ini, berita apa yang paling menarik perhatian anda?

    Sunday, July 3, 2011

    Juara Imam Muda 2.


    MOHD Hassan (kiri) dinobatkan Imam Muda Musim Kedua di Pusat Islam, Kuala Lumpur, malam tadi. Naib juara, Nazarul Izwan. - Foto Mohd Kamil Rahim


    KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda musim kedua (IM2) pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, malam tadi. 

    Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran dan Hadis), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menewaskan Nazarul Izwan Zolkiflee , 26, pemegang Diploma Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam dan Dakwah.
    Dengan kemenangan itu, Mohd Hassan menerima tajaan penuh biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU); sebuah kereta Proton model Exora; pakej menunaikan ibadat haji dan umrah; pakej percutian ke Vietnam dan wang tunai RM25,000 serta telefon bimbit.
    Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej perabot jati bernilai RM15,000; wang tunai RM30,000 berserta iPad tajaan Astro; sebuah komputer riba Apple Macbook Pro; sebuah iPhone 3G; kamera digital; trofi Imam Muda musim kedua serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI. 

    Mohd Hassan ketika berucap mendedikasikan kemenangan itu kepada ibu dan arwah ayahnya. 

    “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Astro, guru-guru, JAWI dan tenaga pengajar yang tidak kedekut ilmu, mursyid (mentor), mudir (pengetua), penonton dan wartawan yang menyebar luas program Imam Muda,” katanya. 

    Naib juara, Nazarul Izwan pula membawa pulang biasiswa pengajian ke MEDIU, kereta Proton model Pesona; wang tunai RM20,000 berserta iPad tajaan Astro; pakej perabot jati bernilai RM10,000; trofi Imam Muda; komputer riba; sijil penyertaan; kad pentauliahan diiktiraf JAWI dan beberapa hadiah lain. Lapan peserta lain menerima biasiswa melanjutkan pengajian ke MEDIU. 

    SZ: Tahniah Imam Muda Hassan! 

    Thursday, June 30, 2011

    Akibat Petir...



    KAMPALA: Kilat menyambar sebuah sekolah rendah di barat Uganda, menyebabkan 19 pelajar terbunuh dan 50 lagi cedera, kata polis semalam.

    Kejadian berlaku di Sekolah Rendah Runyanya di daerah Kiryandongo, kira-kira 225 kilometer di barat laut Kampala, kelmarin.


    Jurucakap polis tempatan berkata, 15 daripada korban adalah pelajar perempuan.

    “Daripada 50 yang cedera, 15 mangsa masih dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Hospital Mulago,” katanya.



    Media tempatan pula melaporkan, 21 pelajar lagi rentung selepas satu lagi sekolah di daerah Zombo disambar kilat.




    Bagaimanapun, polis tidak dapat mengesahkan kejadian itu. Akhbar Daily Monitor melaporkan, 28 orang maut dan ramai lagi cedera dalam sejak minggu lalu.

    Angka itu termasuk kejadian terbaru kelmarin.



    Uganda kini mengalami musim hujan lebat luar biasa dan kekerapan serangan kilat sejak akhir-akhir ini mendorong ahli politik menuntut penjelasan rasmi daripada kerajaan. - AFP

    Sumber: Metro online


    SZ:Macam-macam kes berlaku di luar negara. Alhamdulillah....syukur...ia tidak berlaku di negara kita.
    Related Posts with Thumbnails