KUALA LUMPUR — Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan menikmati rebat tol sehingga 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada hari tertentu semasa cuti Aidifitri kelak.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata rebat tol itu akan diberikan kepada pengguna kad PLUSMiles dan Touch n Go ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.
"Pengguna yang membayar tol secara elektronik pada Khamis dan Jumaat ini akan menerima rebat tol sebanyak 20 peratus manakala pengguna yang membayar tol dengan sistem sama pada 30 dan 31 Ogos akan menerima rebat sebanyak 10 peratus.
"Pada 1 dan 2 Sept pula, orang ramai yang membayar menggunakan sistem elektronik iaitu kad PLUSMiles dan ‘Touch n Go’ pula akan menerima rebat sebanyak 20 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata rebat itu boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad PLUSMiles dan Touch N Go mereka bermula 15 Okt hingga 31 Dis ini. Tuntutan rebat tol selepas tempoh tersebut tidak akan diterima,” katanya.
Noorizah berkata, langkah itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya selain menggalakkan orang ramai menggunakan sistem pembayaran elektronik yang mudah dan pantas.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan rebat itu tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar.
Selain itu, PLUS menjangka jumlah trafik meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari pada musim cuti yang akan datang, katanya. — Bernama
4 comments:
kan bagus kalau waktu rebet tu dijadikan seminggu, blhlah menziarahi keluarga yg jauh waktu raya nanti..he2x..
@ MaMa AiNi
moga2 pihak PLUS mempertimbangkan cadangan mama..he3x
pastikan kita jgn terlalu ghairah semasa perayaan ini..jgn terlalu bersuka ria...beringat sentiasa...benda nak jadi x tentu masanya...sama kita berdoa agar semua dilindungiNya semasa menyambut kemenangan bagi umat Islam...Selamat Hari raya untuk Shaiful Zaidi dan keluarga...Maaf dipinta sekiranya ada salah dan silap semasa bertamu di blog ini
@ tunz
salam...
ya jgn terlalu ikut perasaan khususnya di jln raya...ikut peraturan lalu-lintas...insyaAllah.
Amin...
Post a Comment