Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini saya ingin berkongsi tentang
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 seperti dilaporkan oleh akhbar hari ini.
Sembilan bidang keutamaan tersebut adalah:
1. Memartabatkan profesion perguruan;
2. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah;
3. Meningkatkan kualiti sekolah;
4. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran;
5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa;
6. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan;
7. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja;
8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber dan
9. Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.
Sebelas anjakan tersebut adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa;
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris;
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai;
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan;
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah;
6. Mengupaya jabatan pelajaran negeri (JPN), pejabat pelajaran daerah (PPD) dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan;
7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia;
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan;
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas;
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit dan
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Wednesday, September 12, 2012
Monday, May 28, 2012
Pelajar Pintar Selesaikan Teori Sir Isaac Newton.
![]() |
| Shouryya kini bergelar budak pintar selepas merungkai teori Sir Isaac Newton. |
BERLIN - Teka-teki dibuat oleh Sir Isaac Newton sehingga merunsingkan dunia matematik sejak lebih 350 tahun lalu, akhirnya dirungkaikan oleh seorang remaja berumur 16 tahun di Dresden, Jerman.
Shouryya Ray, berjaya menyelesaikan dua teori dinamik zarah asas yang sebelum ini hanya dapat dihitung dengan menggunakan komputer berkuasa tinggi oleh ahli fizik.
Hasil penyelesaian Shouryya membuka peluang kepada saintis untuk menghitung laluan balingan bola dan kemudian meramal bagaimana ia akan menghentam serta melantun dari dinding ke dinding.
Anak kelahiran Kolkata, India, menyelesaikan permasalahan rumit itu, ketika menyertai lawatan sekolah di Universiti Dresden yang mana gagal dirungkaikan oleh profesor di situ.
Kebijaksanaan Shouryya dikesan sejak dia mula memasuki persekolahan di Dresden empat tahun lalu selepas berpindah dari Kolkata.
Credit to: Sinar Harian online
SZ: Kebanyakan masalah akademik dapat diselesaikan, asalkan kita mempunyai keinginan dan kerajinan.
SZ: Kebanyakan masalah akademik dapat diselesaikan, asalkan kita mempunyai keinginan dan kerajinan.
Thursday, March 8, 2012
Jom Lawat Pusat Sumber Dato' K.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
| Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' Sri Khalid sedang membaca buku di Pusat Sumber Dato' Sri Khalid, SMK Pekula Jaya. |
Tahniah saya ucapkan kepada Pusat Sumber Dato' Sri Khalid (Dato' K) SMK Pekula Jaya yang telah memenangi pertandingan Pusat Sumber Cemerlang peringkat negeri Kedah. Tahniah buat semua warga SMKPJ.
Monday, August 22, 2011
Nak biasiswa atau cuti?
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuka tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan KPM bagi melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.
Permohonan secara online boleh dibuat melalui laman sesawang KPM mulai 16 Ogos 2011 hingga 16 September 2011. Syarat-syarat kelayakan dan tatacara permohonan boleh diperolehi daripada laman sesawang tersebut.
Sila Klik : http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm
Sekian, terima kasih.
Sumber:moe.gov.my
SZ: Hasrat di hati ingin memohon HLP utk PHD. Sebelum ni, dah 2 kali interview, tapi lum dapat. Mungkinkah utk kali ke-3 akan berjaya?
Wednesday, August 3, 2011
Lagi 3,793 Guru Sandaran Dilantik Semula.
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Seramai 3,793 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) daripada baki 7,258 orang yang belum dilantik telah dilantik semula ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan pelantikan itu dibuat menerusi perjumpaan khas antara kementeriannya dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Kementerian Kewangan pada 30 Jun lalu.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Rosli Mohamed pada 1 Julai lalu.
"Seramai 972 orang daripada kumpulan yang dilantik ini akan mengikuti latihan perguruan selama 18 bulan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai Disember ini.
"Seramai 2,821 yang lain akan mengikuti latihan perguruan di institut pendidikan guru (IPG) untuk sesi pengambilan Januari 2012,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Pada bulan Mac lalu, kerajaan telah mengumumkan seramai 13,184 GSTT tahun 2010 akan dilantik semula bagi tahun 2011 dan berikutan itu pada Mei lalu seramai 5,926 orang telah dilantik sebagai GSTT semula dan tinggal baki seramai 7,258.
Sunday, July 17, 2011
Pelajar Perempuan Monopoli IPTA.
![]() |
| Gambar Hiasan. |
KUALA LUMPUR 16 Julai - Kerajaan perlu memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk memperbetulkan keadaan tidak seimbang berikutan penguasaan pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) supaya keperluan tenaga kerja dan pembangunan sumber manusia dapat diseimbangkan.
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishakberkata, apa yang membimbangkan keadaan itu tidak menggambarkan jumlah sebenar penduduk Malaysia mengikut jantina yang menyaksikan jumlah lelaki melebihi perempuan iaitu seramai 14,379.9 juta berbanding 13,870.6 juta mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2010.
Sehubungan itu, katanya, program-program bersesuaian perlu disediakan kepada pelajar lelaki di samping program motivasi demi meningkatkan prestasi mereka bagi mewujudkan keadaan lebih seimbang.
"Bagaimanapun, langkah untuk mewujudkan kuota tidak wajar dilaksanakan supaya tidak dinafikan hak semua rakyat tidak mengira jantina untuk mendapatkan pelajaran.
"Namun, pada masa sama kita tidak mahu lebih ramai wanita berkelulusan tinggi mendominasi sektor perkhidmatan awam mahu pun swasta dan ini menyebabkan pembangunan sumber manusia negara akan terjejas untuk jangka panjang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2011/2012 seperti diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa semalam menyaksikan sebanyak 65.5 peratus diisi oleh pelajar perempuan.
Bagaimanapun, pelajar lelaki menguasai melebihi 50 peratus ke universiti teknikal.
Sementara itu, Timbalan Naib Cancelor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, keadaan ketidakseimbangan itu sudah berlaku lebih sedekad lalu apabila kerajaan memperkenalkan sistem meritokrasi bagi kemasukan ke IPTA.
Katanya, biarpun pelajar perempuan memonopoli IPTA, namun pelajar lelaki pula dilihat menguasai institut kemahiran dan teknikal yang mana turut menjadi satu keperluan guna tenaga kerja negara.
"Kita tidak perlu cemas kerana apabila memasuki pasaran kerja, keadaan tidak seimbang ini menjadi normal kerana kemasukan mereka ke institusi pengajian tinggi adalah berbeza memandangkan pelajar lelaki lebih meminati program kemahiran dan teknikal.
"Bagaimanapun, kerajaan juga perlu memberi peluang dan pengiktirafan sewajarnya kepada mereka yang mempunyai kelayakan kemahiran dan teknikal dalam skim perkhidmatan awam," katanya.
Sumber: Utusan online
SZ:Ramai perempuan di universiti, ramai lelaki di pusat serenti...Mengapa ini terjadi?
SZ:Ramai perempuan di universiti, ramai lelaki di pusat serenti...Mengapa ini terjadi?
Wednesday, April 20, 2011
Dulu-dulu Vs Sekarang.
Inilah cerita zaman dulu-dulu dan zaman sekarang.
Beza....memang sangat berbeza.
Kalau beginilah sekarang....
Apa pula akan berlaku pada generasi akan datang?
Tuesday, April 19, 2011
Monday, April 18, 2011
Menu Baru Cegah Obesiti.
![]() |
| PENGUSAHA kantin bukan sahaja perlu mengurangkan kekerapan menjual nasi lemak tetapi juga makanan ringan yang digoreng seperti nugget. - Gambar hiasan |
SUBANG JAYA - Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.
Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri, pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong seseorang itu mengalami obesiti.
"Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan peringkat kebangsaan ke-5 2011 di sini semalam.
Sumber: Kosmo online
Subscribe to:
Posts (Atom)







