Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Harimau Malaya Baham Garuda.

PEMAIN Malaysia Safee Sali (jersi biru) diasak pemain Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi
Kuala Lumpur: Malaysia mengiringi Singapura ke separuh akhir Piala Suzuki AFF apabila muncul naib juara Kumpulan B selepas menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan itu bukan saja penting bagi memastikan misi mempertahan kejuaraan terus menyala, tetapi secara tidak langsung menyingkirkan seteru tradisi itu yang sekali lagi menjadi mangsa Harimau Malaya. 

Ketiadaan S Kunanlan dan Khyrill Muhymeen Zambri yang direhatkan akibat kecederaan tidak merencatkan percaturan Datuk K Rajagobal yang masih mampu menurunkan skuad terbaik ketika menang 4-1 ke atas Laos. 


Malaysia memulakan permainan agak perlahan dengan percubaan pertama muncul hanya selepas Indonesia empat kali berjaya melepasi benteng pertahanan negara dalam tempoh sembilan minit.

Bagaimanapun, pemain negara kembali mengawal permainan dan pada minit ke-27, skuad negara membuka jaringan menerusi pemain sayap, Azamuddin Akil yang merembat kencang hantaran lintang Mahali Jasuli.

Bek kanan, Mahali yang tampak begitu serasi dengan bekas rakan sepasukan dari Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor, meledak gol kedua negara pada minit ke-30 selepas menyempurnakan hantaran satu dua dengan Wan Zack.

Bersambung babak kedua, pelawat cuba bangkit merapatkan jurang menerusi gerakan pantas sayap kanannya, Andik Vermansyah, namun benteng negara yang dikemudi Fadhli Shas dan Aidil Zafuan Abd Radzak cukup sukar ditembusi. 

Pujian juga harus diberikan kepada hampir 65,000 penyokong tempatan yang sepanjang perlawanan, berjaya memastikan semangat pemain Harimau Malaya terus membara untuk meraih kemenangan.


SZ: Tahniah Harimau Malaya!

Monday, March 12, 2012

Keputusan Final Seluruh England 2012.



BERIKUT keputusan kejohanan Seluruh England 2012 yang berlangsung di Birmingham, England:

Perseorangan Wanita:
Li Xuerui (China) kalahkan Wang Yihan (China) 21-13 21-19 (45 minit)

Beregu Campuran:
Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir (Indonesia) kalahkan Thomas Laybourn/Kamilla Rytter Juhl (Denmark) 21-17 21-19 (43 minit)

Beregu Wanita:
Tian Qing (China) kalahkan Zhao Yunlei (China) 21-17 21-12

Beregu Lelaki:
Jung Jae Sung-Lee Yong Dae kalahkan Cai Yun-Fu Haifeng 21-23 21-9 21-14 ( 1 jam 6 minit)

Perseorangan Lelaki:
Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan 19-21 dan 2-6 (menarik diri)

Sumber: Sinar harian online

Saturday, March 10, 2012

Riadah Jumaat.


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Apa khabar anda pagi ini? Dah breakfast? Dah bersenam? Inilah cara saya beriadah pada setiap pagi Jumaat mulai 2 minggu yang lalu. Saya bersama-sama jiran Laguna Merbok dan rakan-rakan akan ke gelanggang badminton. Baru nak perangat balik...dah lama tak main. Memang best main badminton. Sekejap ja dah berpeluh. Anda suka main badminton?

Sunday, January 15, 2012

Keputusan Terkini Liga Super 2012.

Jersi yang dijual di perkarangan Stadium Darul Aman.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Dah lama saya tak ikut perkembangan sukan bola sepak negara. Suatu ketika dahulu, saya antara peminat pasukan Hijau Kuning. Bila ada ja game di stadium, saya akan ke sana. Ketika itu, pasukan Kedah berada di atas takhta bola sepak negara.

Teringat lagi nama-nama seperti Radhi Mat Din, Faridzuan Che Hamid, Naina Mohamad, Ahmad Sobri dan lain-lain..

Petang semalam, saya lalu di kawasan Stadium Darul Aman yang cukup nostalgia. Saya singgah beli sehelai jersi Hijau Kuning..Saya baru tau malam tadi ada game..Dulu2, seminggu lagi Kedah nak lawan, saya dah tau. La ni..tak ikut perkembangan coz prestasi Kedah yang tak seperti dulu.

Berikut ialah keputusan terkini Liga Super sehingga malam tadi.

Kuala Lumpur 0-3 T-Team

Sabah 2-1 Sarawak

Terengganu 3-0 Felda United
Selangor 1-0 Perak
Kedah 0-0 Lions XII
Johor FC 0-2 Negeri Sembilan
Kelantan 1-1 PKNS FC

Pasukan mana pilihan anda?


Thursday, January 12, 2012

Apek Penjaga Gol Terbaik Asia.



PENJAGA gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat mendapat tempat pertama di dalam undian orang ramai sebagai penjaga gol terbaik rantau Asia di laman web goal.com, hari ini.


Sebelum ini, laman web tersebut meletakkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol terbaik Asia bagi pasukan bawah 23.



Beliau berjaya meraih undian sebanyak 54.37% dan mengatasi penjaga gol antarabangsa China, Yang Zhi sebanyak 39.91%.



Antara calon lain yang disenaraikan di dalam undian adalah Ali Al Habsi (Wigan), Mark Schwarzer (Fulham) dan Mohammed Saqr (Al Sadd).



Undian tersebut bermula pada hari Selasa, 3 Januari lepas dan berakhir semalam.

Credit to: Sinar Harian online


SZ: Tahniah Apek! Moga penyenaraian ini tidak melekakan anda.

Tuesday, December 6, 2011

Nicol Menakjubkan.



RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David wajar dijulang sebagai tokoh sukan paling berjaya dalam sejarah negara apabila mampu mempertahankan gelaran pemain terbaik dunia sebanyak enam kali berturut-turut.

Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
Perdana Menteri berkata, kejayaan yang dicapai Nicol itu adalah satu pencapaian yang belum pernah dicapai oleh sesiapa dalam sejarah sukan negara.

Tuesday, November 22, 2011

Syabas Malaysia!


Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama
JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.

Friday, September 23, 2011

Chong Wei Ke Suku Akhir.



PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan suku akhir, Terbuka Jepun di Tokyo selepas menundukkan pemain China Wang Zhengming 21-19, 21-14 semalam. 

Di pusingan suku akhir hari ini, Chong Wei bertemu pemain tuan rumah Kenichi Tago yang menewaskan wakil Taiwan, Chou Tien Chen 21-17, 21-11. 

Sementara itu, dua beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Goh Wei Shem-Lim Khim Wah bakal bertemu sesama sendiri di pusingan suku akhir selepas menundukkan lawan masing-masing semalam. 

Kien Keat-Boon Heong terpaksa bekerja keras, mengalahkan pasangan Jepun, Yoshiteru Hirobe-Kenta Kazuno 17-21, 21-11, 21-18. 

Manakala, Wei Shem-Khim Wah mengejutkan pasangan nombor lapan dunia, Chai Biao-Guo Zhendong dari China 19-21, 21-19, 21-19.

Sumber: Sinar Harian online

Tuesday, April 19, 2011

Perlis Dipilih Tuan Rumah Sukma 2014.


KUALA LUMPUR – Perlis buat julung kali dipilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 pada 2014, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada Isnin.
Beliau berkata pemilihan Perlis itu diputuskan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma telah mendapat gambaran tentang kemudahan sedia ada di negeri itu.
Bagaimanapun, katanya, pemilihan Perlis itu perlu dimaklumkan kepada Kabinet kerana melibatkan kos tambahan bagi menaiktaraf kemudahan sedia ada di negeri itu.
“Kos penganjuran Sukma di Perlis dijangka mencecah hampir RM150 juta,” kata Ahmad Shabery kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini.
Katanya pihaknya akan turut melihat alternatif untuk menggunakan venue di luar negeri itu seperti Pulau Langkawi yang mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa bagi acara menembak dan pelayaran. – BERNAMA
Related Posts with Thumbnails