Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Enak makan kari daging kucing?



DAGING kucing memang enak dimakan, malah  lebih lazat  apabila dimasak kari,” kata Jimmy , pemuda berasal dari Myanmar.

Tidak kelihatan sebarang reaksi jelik di wajahnya, melainkan  hanya senyuman manis  sedangkan wartawan Bicara Isnin Sinar Harian hampir pitam mendengarnya.


Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa Jimmy di Perak  selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing.


Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang.


“Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy.  Aduhai, tekak kami yang haus  kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut  mengunyah daging  haiwan itu. 

Tuesday, July 17, 2012

Suami Isteri Terbakar Ketika Tidur.


KEADAAN bilik pasangan suami isteri yang terbakar dan menyebabkan mereka melecur di Kampung Cenderawasih, Pekan kelmarin.

PEKAN - Seorang pelajar tingkatan empat bertindak berani apabila menyelamatkan ibu bapanya yang sedang terbakar dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Cenderawasih di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 2.30 pagi, ibu kandung dan bapa tiri Mohd. Amri Abu Bakar, 16, melecur teruk di seluruh tubuh selepas bilik tidur mereka terbakar.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan itu berkata, dia yang berada di ruang tamu terhidu bau asap sebelum terdengar jeritan ibu bapanya.
"Ayah tiri saya, Abdul Karim Mohamad dan ibu saya, Saidah Talib kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," kata gadis itu.
Credit to: Kosmo Online

SZ: Malang tidak berbau.Namun langkah-langkah keselamatan pun diambil untuk mengelakkan tragedi yang tidak diingini.

Monday, April 9, 2012

15 Pengakap Cedera Terkena Panahan Petir.


Gambar Hiasan


MELAKA 8 April – Seramai 15 pelajar dari 17 buah sekolah di sekitar negeri ini yang sedang mengikuti perkhemahan, cedera setelah dipanah petir di Kem Pengakap Bukit Katil di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika hujan renyai-renyai turun di kawasan perkhemahan tersebut.
Kesemua pelajar yang cedera dikejarkan ke Hospital Melaka.

SZ:  Saya pernah membimbing pasukan Pengakap sekolah suatu ketika dahulu.

Sumber: Utusan online

Tuesday, August 16, 2011

Mentega Babi

Jakim sahkan mentega haram



MENTEGA Pure Creamery Butter-Golden Churn ini dibalut dengan bungkusan mengandungi tanda halal.


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.
Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama
SZ: Hati-hati agar kita tidak terbeli dan termakan makanan yang tidak halal.

Monday, July 25, 2011

Berapa banyak durian yang boleh anda makan?




 Ketua Pengarah FAMA Ahmad Ishak berkata, secara purata seorang rakyat Malaysia makan sembilan kilogram buah durian setahun


Berapa banyak durian yang boleh anda makan?

Wednesday, April 20, 2011

Kemalangan Maut Di Jalan Alor Setar-Sungai Petani.


Assalamualaikum!

Sebentar tadi ketika melalui Jalan Alor Setar-Sg. Petani berhampiran dengan Bukit Besar, saya melihat mayat mangsa kemalangan yang saya percaya seorang penunggang motosikal.

Mayat mangsa ditutup dengan plastik hitam.

Kawasan tersebut memang kerap berlaku kemalangan berdasarkan papan tanda yang di pasang di tepi jalan.

Takziah kepada keluarga mangsa.

Papan tanda berhampiran tempat kejadian.


Thursday, March 24, 2011

Melombong Di Kubur


Kegiatan melombong haram di kubur terbongkar


Mohd. Mokhtar menunjukkan sebahagian daripada batu besi yang digali secara haram di Tanah Perkuburan Rapat Setia, Ipoh semalam.


IPOH – Disangkakan tanam sayur dan bela ikan, rupa-rupanya menggali batu besi secara senyap-senyap.
Tindakan sebuah syarikat mengeluarkan batu besi secara haram di kawasan Tanah Perkuburan Rapat Setia, Gunung Rapat di sini sejak tujuh bulan lalu akhirnya terbongkar berikutan serbuan pihak berkuasa semalam.
Dalam serbuan kira-kira pukul 8.30 pagi itu, lebih 200 penguat kuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Ipoh, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan polis menyita peralatan seperti jentolak, cangkul dan tong yang digunakan untuk ‘melombong’ batu besi di tanah perkuburan itu.
Namun tiada sebarang tangkapan dibuat kerana aktiviti mengeluarkan mineral yang mengandungi bijih besi itu tidak beroperasi semalam.
Serbuan itu dibuat berikutan laporan Jawatankuasa Tanah Perkuburan Rapat Setia (JTPRS) yang diamanahkan untuk menyelia tanah perkuburan tersebut oleh JAIP.
Pengerusi JTPRS, Mohd. Mokhtar Saidin berkata, sebelum ini, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat untuk menjalankan projek pertanian dan penternakan ikan di kawasan seluas 6.9 hektar berdekatan tanah perkuburan itu.
Sumber: Kosmo online

Wednesday, March 16, 2011

Guru Perlu Lengkap Kemahiran Ikut Arus Pembangunan.


PUTRAJAYA 16 Mac – Golongan pendidik di negara ini perlu peka bahawa kemahiran mendidik sentiasa berubah dan berusaha meningkatkan serta menyesuaikan diri dengan perubahan semasa dan persekitaran, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jika usaha tidak dibuat untuk bergerak seiring dengan perkembangan ilmu, tenaga pendidik akan ketinggalan dalam banyak hal terutamanya dalam aspek pembangunan manusia dan melahirkan generasi berwibawa.

Berucap pada istiadat Konvokesyen Berpusat Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meminta golongan pendidik menguasai ilmu dengan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi melahirkan generasi berilmu, membudayakan inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar.

"Jika dahulu, guru mengajar tulis baca, mengatasi masalah buta huruf sebagai tugas hakiki, kini cabaran yang digalas oleh guru jauh lebih berat.

"Realitinya, masyarakat kini memerlukan guru berkualiti tinggi daripada sudut keilmuan dan sahsiah, berintegriti, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,” kata beliau. -BERNAMA

X-cident

Minggu ini saya telah menyaksikan 2 kemalangan di dua jalan utama.

Pertama di highway PLUS berhampiran dengan R&R Gurun.

Kemalangan di Lebuhraya PLUS

Kemalangan ini menyebabkan kesesakan yang teruk di bahagian jalan menuju ke Selatan.


Kedua, satu lagi kemalangan berlaku di jalan persekutuan berhampiran dengan Kilang Perwaja Steel, Gurun. 

Kemalangan di Jln Sg. Petani-Gurun
                                                                              
SEKARANG MUSIM HUJAN DAN JALAN LICIN.
Berhati-hatilah ketika memandu.

Saturday, January 22, 2011

Tangan Besi


Beginilah keadaan tangan seorang remaja yang tertusuk besi pagar di daerah Kuala Muda beberapa hari lepas.
Sungguh mengerikan....Pihak Bomba terpaksa memotong besi pagar tersebut untuk menyelamatkan nyawa remaja berkenaan. Kejadian berlaku apabila remaja berkenaan dipercayai hendak mengambil topi yang disembunyikan oleh rakannya. Remaja tersebut telah mendapat rawatan di hospital berdekatan.

Tuesday, September 28, 2010

Kemalangan Maut di lebuhraya PLUS.

Hari ini dalam sejarah ....pertama kali aku terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas sejak aku tinggal di Kedah. Dulu semasa di Kuala Lumpur, boleh dikatakan setiap hari aku tersangkut dalam jam. Paling lama aku pernah teperangkap dalam kesesakan di tempat parking pasaraya SOGO selama satu jam kerana jalan-jalan di sekitar K.L jam teruk.

Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja seperti biasa aku melalui lebuh raya PLUS. Sampai berhampiran dengan pencawang elektrik sebelum susur keluar Gurun, kereta aku tak dapat bergerak langsung. Aku lihat ramai pemandu kenderaan keluar dari kereta masing-masing untuk melihat apa yang berlaku di hadapan. Dalam fikiranku aku agak mesti ada kemalangan yang teruk kat depan.

Lebih kurang 10 minit barulah kenderaan mula bergerak kembali tapi perlahan. Sampai di lokasi tersebut aku sempat merakamkan apa yang berlaku. Memang remuk teruk kereta itu dan terbalik. Aku pun meneruskan perjalanan ke tempat kerja.

Menurut rakan-rakan sejawat yang melalui kawasan itu selepas aku, mereka melihat anggota keselamatan sedang mengangkat mayat di lokasi tersebut. Tak silap aku, aku pernah tersempak dengan kemalangan di lokasi yang hampir sama sebelum ini.

SZ: Untuk melihat dengan lebih jelas sila klik foto di atas.

Thursday, September 23, 2010

Rekod: Nicol juarai Terbuka Wanita Dunia sebanyak 5 kali


KUALA LUMPUR, 23 Sept - Datuk Nicol David sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila menjuarai Terbuka Wanita Dunia sebanyak lima kali di Soho Square, Sharm El Sheikh, Mesir, pagi ini (waktu Malaysia).

Ratu skuasy negara itu mudah menumbangkan pemain tempatan, Omneya Abdel Kawy yang juga pilihan keempat kejuaraan, 11-5, 11-8, 11-6 dalam masa 30 minit.

Kejayaan pemain yang digelar Duracell Bunny itu sekali gus menyamai rekod juara terbanyak Terbuka Wanita Dunia lima kali yang dipegang Sarah Fitz-Gerald, 41, dari Australia yang bersara lapan tahun lalu.

Fitz-Gerald memegang rekod juara Skuasy Terbuka Wanita Dunia paling banyak dengan lima kali (1996, 1997, 1998, 2001 dan 2002).

Nicol pula pernah menjadi juara dunia pada 2005, 2006, 2008 dan 2009. - Agensi

Sumber: Utusan Online

SZ: Malaysia Boleh!

Tuesday, September 21, 2010

Seks penawar terbaik bagi suami isteri atasi tekanan.


NEW DELHI 20 Sept. - Aktiviti seks merupakan penawar terbaik bagi mengatasi tekanan perasaan di kalangan suami isteri, kata seorang ahli seksologi India yang terkenal.

Dr. Narayana Reddy berkata, slogan ‘penyembuhan seksual’ di kalangan ahli seksologi kini semakin digemari di kalangan suami isteri yang mendapatkan bantuan profesional bagi mengatasi tekanan dan meningkatkan hubungan seksual mereka.

Beliau berkata, kekerapan aktiviti seks dianggap ubat terbaik bagi menyembuhkan pelbagai penyakit daripada gangguan jantung, arthritis kepada kemurungan biasa, kerana keseluruhan tubuh badan akan kembali bertenaga selepas persetubuhan.

Kekerapan seks menurutnya, adalah tiga kali dalam 10 hari atau tiga kali sebulan sudah mencukupi.

Tetapi beliau mengingatkan kegiatan hubungan suami isteri perlu juga bebas dari sebarang tekanan.

"Seks adalah baik. Tetapi ia mesti hubungan seks yang sihat, ia juga perlu bebas dari rasa bersalah. Bukan seks di luar ikatan perkahwinan atau mengunjungi pekerja seks komersial,” katanya kepada Bernama.

"Setiap hubungan seks membakar 200 kalori, yang bersamaan dengan 15 minit menggunakan alat senaman atau setengah jam berjalan kaki di taman. Ini membantu membebaskan endokrin yang membuatkan kita rasa ceria,” kata Dr. Narayana yang berpangkalan di Chennai. - Bernama

Sumber: Utusan Online

Sunday, September 12, 2010

Sosilawati dibunuh, tujuh ditahan.


Oleh ANGELINA SIN YANG

pengarang@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

SZ: Al-Fatihah...

Thursday, August 26, 2010

Duit Raya


Kakitangan awam dapat bantuan RM500

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan menerima khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan akan memberi bantuan khas kewangan RM500 seorang sebelum 1 Syawal ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, bantuan khas kewangan itu akan dibayar kepada pesara dan kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54.

Menurutnya, ia melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta untuk kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

‘‘Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara kerajaan.

‘‘Ia bagi meringankan bebas kos persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri ini,’’ katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian itu dibuat di bawah skim Bayaran Bantuan Khas Kewangan kelolaan Jabatan Perdana Menteri.

Pada 13 Ogos lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian duit raya kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara membabitkan jumlah RM37.14 juta yang juga akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Rakyat Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 September ini.

SZ: Terima kasih PM.

Wednesday, August 25, 2010

Mentally ill man slaughters boy, 3

KOTA BARU: A three-year-old boy died after he was slaughtered by a close relative in an incident at their home in Kampung Sungai Budor, here Tuesday.

His attacker sustained injuries in the neck after he was believed to have turned the knife on himself in the 11.40am incident.

The boy, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi, died on the spot.

The boy's grandfather, Nik Hashim Nik Abdullah, 64, who lives nearby, said his daughter Nik Suzila, 32, who is the boy's mother, came and told him about the incident.

He then contacted the police who later arrested the 33-year-old man, who has a history of mental illness.

Police also found a knife believed to be the weapon used in the incident.

The man, an odd job worker, last worked as a security guard at a supermarket here.

Nik Hashim said the man was believed to have run out medication for quite some time.

"He kept to himself of late," he said when met.

Adam Muzaffar was the second of three siblings. His body was sent to the Raja Perempuan Zainab II Hospital and later claimed by his family for burial.

State acting police chief ACP Mazlan Lazim confirmed the incident and said that police were investigating the case under Section 302 of the Penal Code for murder. - Bernama

Thursday, July 29, 2010

Penulis blog perlu ada kod etika - Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kod etika itu juga merupakan peraturan asas untuk mendisiplin diri setiap penulis blog.

"Kalau tidak ada kod etika, penulis blog akan menulis apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan sama ada ia berasaskan fakta atau tidak.

"Penulis blog seharusnya memainkan peranan membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkuliti.

"Oleh itu, kod etika diperlukan sebagai peraturan dalam diri (penulis blog) supaya menulis berasaskan kepada fakta dan kebenaran bukannya sekadar sesesuka hati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Media Sosial dan Blogger 2010 di Hotel Berjaya Times Square di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, blog merupakan antara medium terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada seluruh masyarakat di negara ini. - Utusan

Wednesday, July 28, 2010

I Miss U...

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Tujuh pemuda yang rindu alam persekolahan ditahan polis semalam selepas menyamar pelajar di sebuah sekolah menengah di Taman Melawati di sini, semalam.

Semuanya yang berumur 20 tahun lengkap berpakaian seragam sekolah termasuk seorang berbaju kurung ditahan ketika leka mengikuti pembelajaran dalam kelas, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan.

“Mereka masuk ke sekolah itu kira-kira jam 7.30 pagi dan menyertai perhimpunan pagi sekolah. Selepas tamat perhimpunan, ketujuh-tujuh bekas pelajar itu masuk ke kelas lama masing-masing iaitu kelas mereka ketika tingkatan lima sesi 2007,” katanya.

Kehadiran ‘pelajar baru’ di dalam kelas itu disedari guru yang kemudian menghubungi polis.

“Hasil soal siasat, kami mendapati punca mereka menyamar pelajar sekolah itu atas alasan ingin kembali semula ke alam persekolahan. Mereka duduk dalam keadaan sopan tanpa sedikit pun mengganggu sesi pembelajaran,” kata Abdul Jalil

Beliau berkata ketujuh-tujuh lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

“Semua lelaki itu tidak bekerja ataupun belajar. Polis sudah memanggil ibu bapa masing-masing sebelum mereka dibebaskan kira-kira jam 8 malam tadi.

“Polis dalam proses mengambil keterangan guru dan pelajar sekolah itu. Siasatan juga dijalankan sama ada bekas pelajar itu mempunyai niat untuk melakukan jenayah di sekolah berkenaan,” kata Abdul Jalil.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. — Bernama
Related Posts with Thumbnails