Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Derma & Wakaf Untuk Pembinaan Masjid Bandar Laguna Merbok.

 Assalamulaikum dan salam sejahtera

Malam tadi, saya menghadiri mesyuarat jawatankuasa pembinaan Masjid Bandar Laguna Merbok. Mesyuarat di Surau Andalusia BLM bermula selepas solat Isyak dan berakhir kira-kira pukul 12.00 tgh malam. Berbagai agenda dibincangkan termasuk soal-soal teknikal pembinaan masjid.

Setakat ini, sebanyak 62% kerja-kerja pembinaan telah disiapkan. InsyaAllah Masjid Bandar Laguna Merbok akan siap di penghujung Dis. 2012. Walau bagaimanapun, dana masih diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan ini.

Tuan/Puan dialu-alukan untuk menyumbang. Terima kasih.

Untuk keterangan lanjut, sila klik brosur di bawah>>



Wednesday, January 4, 2012

Bukan Hanya Kereta, Jerung Pun Ada Hibrid.



SYDNEY - Sekumpulan saintis semalam mendedahkan mereka telah menemui jerung hibrid pertama di dunia di perairan Australia.
Ketua penyelidik berkenaan, Jess Morgan berkata, jerung hibrid tersebut terhasil daripada proses mengawan antara jerung muncung hitam Australia dengan jerung muncung hitam biasa sekali gus merupakan satu penemuan mengejutkan di bidang sains.
"Ia amat mengejutkan kerana tiada siapa pernah melihat jerung hibrid sebelum ini, Inilah bukti proses evolusi," kata Morgan.
Menurutnya, penemuan jerung hibrid itu dibuat semasa kerja merekodkan spesies jerung di perairan timur Australia baru-baru ini.
Jerung muncung hitam Australia cuma hidup di kawasan beriklim tropikal tetapi jerung hibrid tersebut ditemui di perairan lebih sejuk pada jarak 2,000 kilometer dari pantai.
Saintis percaya proses mengawan antara dua baka berlainan itu berlaku kerana adaptasi bagi membolehkan jerung muncung hitam terus hidup walaupun suhu air laut kini berubah akibat pemanasan global. - AFP

Credit to: Kosmo online

Friday, August 26, 2011

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Ekoran Taufan "NANMADOL".


Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora berikutan Taufan "Nanmadol" dikesan berada kira-kira 499 kilometer ke Timur Laut Manila, Filipina petang tadi.
Taufan itu, yang dikesan berada pada Latitud 16.3 Utara dan 125.2 Timur pada pukul 2 petang ini, bergerak ke arah Barat dengan perlahan.

Menurut jabatan itu dalam kenyataannya, hari ini, taufan itu berada kira-kira 1,395 kilometer ke Timur Laut Sandakan dan 1,386 kilometer ke Timur Laut Kudat, Sabah. 

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan bermula esok sehingga Selasa ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

credit to: Sinar harian online

Monday, August 22, 2011

Nak biasiswa atau cuti?


Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuka tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan  Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan KPM bagi melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.
Permohonan secara online boleh dibuat melalui laman sesawang KPM mulai 16 Ogos 2011 hingga 16 September 2011. Syarat-syarat kelayakan dan tatacara permohonan boleh diperolehi daripada laman sesawang tersebut.


Sila Klik : http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm


Sekian, terima kasih.



Sumber:moe.gov.my


SZ: Hasrat di hati ingin memohon HLP utk PHD. Sebelum ni, dah 2 kali interview, tapi lum dapat. Mungkinkah utk kali ke-3 akan berjaya?

Monday, August 8, 2011

Panduan Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadan:


Assalamualaikum dan selamat pagi..
Berikut ialah beberapa tips pemakanan sihat untuk panduan bersama..Selamat berpuasa. Semoga anda sentiasa ceria.



  • Mesti bangun bersahur, walaupun hanya untuk makan sedikit sekeping roti dan secawan coklat panas. Lebih baik jika ada kurma dan sedikit buah-buahan. Sepatutnya sajian paling berat diambil ketika sahur, bukannya berbuka.

  • Pilihlah sajian yang me�ngandungi karbohidrat kompleks dan kaya dengan serat seperti bijirin dan kekacang. Contohnya roti gandum penuh, beras perang, kacang dal, buah-buahan dan sayur-sayuran terutama ketika sahur. Ini kerana kandungan serat akan membuatkan kita berasa cepat kenyang, membantu mengawal paras gula dalam darah. 

    Apabila berpuasa, kandungan asid dalam perut akan meningkat dan boleh membuatkan ketidakselesaan atau sakit perut. Makanan kaya serat boleh membantu meneutralkan asid dan me�ngurangkan ketidakselesaan perut ketika berpuasa. Harus diingat, kita juga perlu minum banyak air bagi mengurangkan penghasilan angin atau gas berlebihan dalam badan.

  • Ketika berbuka, mulakan dengan satu atau dua biji kurma. Inilah cara terbaik untuk berbuka seperti amalan Nabi Muhammad yang memulakan dengan hidangan ringan (kurma dan air).

    Kita juga boleh minum jus buah untuk membantu meningkatkan paras gula yang menjadi rendah sepanjang hari kita berpuasa. Kurma dan jus buah memberi tenaga segera selain mengelakkan masalah kekurangan air. 

    Pilih makanan yang dipang�gang, kukus atau rebus. Jika mahukan makanan bergoreng, gunakan sedikit saja minyak ketika memasak. Seandainya anda membeli juadah di bazar Ramadan, elakkan memilih makanan yang banyak minyak atau dimasak menggunakan santan.

    Terlalu banyak makan terutama makanan bergoreng, banyak lemak, pedas dan berempah boleh menyebabkan masalah penghadaman. Untuk mengatasinya, makanlah secara bersederhana dengan melebihkan pengambilan sumber serat dan minum banyak air masak.

    Sembelit akan menyebabkan perut berasa tidak selesa dan kembung. Ia biasanya disebabkan terlalu banyak makan makanan proses, tidak cukup air dan sumber serat. 

  • Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga betul-betul lumat sebelum ditelan. Apabila kita mengunyah terlalu cepat, kita akan terdorong untuk makan banyak. Selain itu kita juga secara tidak langsung akan menelan banyak udara yang boleh menyebabkan masalah perut kembung keesokan harinya. 

    Ingat, badan kita me�ngambil masa lebih kurang 20 minit untuk menghantar isyarat ‘kenyang’ kepada otak. Justeru, jangan gelojoh kerana bersopan santun ketika makan mencerminkan keperibadian yang mulia. 

  • Minuman terbaik ialah air masak. Boleh berbuka dengan air manis tetapi jangan minum terlalu banyak kerana kemanisan itu menyebabkan kita cepat letih ketika berpuasa. Namun elakkan berbuka dengan air berkarbonat kerana ia boleh membuatkan anda mengalami masalah perut kembung dan berangin.

    Minum air masak secukupnya (antara satu hingga satu setengah liter air) dalam tempoh selepas berbuka sehinggalah sebelum masuk tidur. Ini penting supaya badan boleh melaraskan paras cecair dalam badan keesokan harinya.

    Tahukah anda, keletihan dan sakit kepala yang dialami kebanyakan orang sepanjang Ramadan sebenarnya disebabkan kekurangan air dalam badan.

    Kopi dan teh juga boleh diambil tetapi ia mempunyai kesan diuretik iaitu yang me�nyebabkan kita banyak buang air kecil. Justeru, air yang keluar dari badan ini perlu diganti bagi mengelakkan masalah kekurangan air dan masalah yang berkaitan dengannya.


    credit to: Harian Metro online
  • Sunday, August 7, 2011

    Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2011.


    Alat untuk menyukat beras. Gantang (paling besar) digunakan untuk menyukat beras bagi membayar zakat fitrah. 

    Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia pada tahun ini.
    Sarawak: RM6.20 
    Sabah, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan): RM7.00
    Melaka,Negeri Sembilan: RM6.50 
    Johor : RM5 dan RM7.50.
    Terengganu: RM5, RM7 dan RM8.
    Perlis:  RM6 
    Bagi umat Islam di ibu kota, mereka boleh membayar zakat fitrah di Pejabat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan yang dibuka setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini dari jam 8.15 pagi sehingga 4.30 petang.
    Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian zakat 1-300-88-5757 atau layari www.zakat.com.my atau www.facebook.com/zakat.my.
    Menerusi laman web yang sama, pengguna juga boleh membayar pelbagai jenis zakat lain secara online dan laman sesawang itu turut dilengkapi dengan pelbagai maklumat dan aktiviti terkini mengenai pusat zakat dan kemudahan yang disediakan sepanjang bulan Ramadan.
     Credit to: Kosmo online
    SZ: Memang mudah nak bayar zakat fitrah sekarang. Di shopping complex pun ada kaunter zakat, kat masjid pun ada, online pun boleh....
    Teringat semasa dahulu....zakat fitrah (beras) diberikan terus kepada asnaf zakat di kampung masing-masing...Kini beras telah digantikan dengan duit...

    Tuesday, August 2, 2011

    10 Cara Membahagiakan Ibu-Bapa.



    1.Memberi nafkah.
    2.Menyediakan tempat tinggal.
    3.Memberi kasih sayang.
    4.Memberi perhatian.
    5.Memenuhi permintaan.
    6.Melakukan apa yang disukai.
    7.Bercakap dengan lemah lembut.
    8.Menghadiahkan kejayaan.
    9.Meluangkan masa bersama-sama. 
    10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.

    Monday, June 13, 2011

    Macam-Macam Jenis Gula.



    Gula pasir
  • Ia adalah gula hasil kristalisasi cairan tebu dan biasanya berwarna putih. Ia dikenali sebagai gula pasir kerana bentuknya seperti pasir dan banyak digunakan untuk pemanis dalam minuman dan makanan.

    Gula pasir kasar
  • Gula ini terhasil daripada proses kristalisasi cairan tebu. Berbeza dengan gula pasir, gula ini memiliki tekstur yang lebih kasar manakala warnanya juga lebih berwarna-warni. Biasanya gula jenis ini banyak digunakan untuk ditaburkan pada permukaan makanan sebelum dibakar kerana ia tidak meleleh dalam suhu ketuhar.

    Gula kastor
  • Gula kastor memiliki bentuk yang lebih halus daripada gula pasir dan berwarna putih bersih. Sifatnya mudah bercampur dan banyak digunakan sebagai bahan campuran untuk pemanis dalam adunan kuih, biskut dan kek.

    Gula aising
  • Gula aising adalah sejenis gula yang mengalami proses penghalusan sehingga berbentuk debu. Teksturnya sangat halus dan ia menjadi pilihan utama untuk membuat krim hiasan kek.

    Gula dadu
  • Sesuai dengan namanya, gula dadu memiliki bentuk seperti dadu. Berbeza dengan gula biasa, ia memiliki kualiti yang sangat tinggi dan lazim digunakan sebagai pemanis dalam minuman teh atau kopi.

    Gula perang
  • Gula ini berwarna coklat dan wangi seperti karamel. Rasanya tidak semanis gula biasa dan banyak digunakan untuk pembuatan biskut.

    Gula jeli
  • Ia adalah larutan gula yang warnanya kuning dan kental sehingga menyerupai jeli. Ia sering digunakan sebagai campuran dalam adunan krim mentega.

    Sirap mapel
  • Sirap yang diperoleh daripada pohon mapel yang banyak terdapat di wilayah Amerika Utara. Ia mengandungi larutan 70 peratus sukrosa dan glukosa dalam air. Paling menjadi pilihan untuk dinikmati bersama penkek.

    Sirap jagung
  • Sirap jenis ini diperbuat daripada pati jagung dan rasanya tidak semanis gula biasa. Ia mampu menyerlahkan kesan lebih lembap pada kuih atau kek.

    Gula maltosa
  • Terhasil daripada fermentasi bijirin yang sudah direndam dan dikeringkan sebelum menjalani proses panggang dan penggilingan.
    Bentuknya menyerupai madu namun rasanya lebih manis daripada madu.

    Karamel
  • Produk yang diperoleh dengan pemanasan gula. Ia biasanya hadir dalam warna coklat dan hitam serta memiliki bau wangi yang tersendiri.Gula ini banyak digunakan sebagai pewarna dan perisa tambahan pada makanan bagi menambah aroma serta rasa.

    Sumber: Harian Metro online


    SZ: Ambillah gula secara berhemah iaitu dalam kuantiti yang kecil kerana pengambilan gula yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

  • Sunday, June 12, 2011

    Juadah Dari Mekah.

    Assalamualaikum dan selamat pagi..

    Alhamdulillah, pada minggu ini saya sempat mengunjungi jiran-jiran dan saudara mara yang baru pulang menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. Nampak ceria wajah-wajah mereka yang telah berkunjung ke sana.

    Antara juadah yang sering dihidangkan oleh mereka yang baru kembali dari menunaikan umrah ialah..

    Air Zam Zam

    Kurma Ajwa

    Buah Tin

    Badam
    Kacang Cerdik

    Kismis
    SZ: Semoga satu hari nanti saya dan keluarga dapat berkunjung ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji dan umrah.

    Friday, June 10, 2011

    KDA 1-9999



    ALOR SETAR: Orang ramai terutamanya anak jati Kedah yang menantikan nombor pendaftaran kenderaan "KDA" yang membawa maksud "Kedah Darul Aman" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mulai Isnin ini. 

    Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata tempahan akan dibuka selama 14 hari dari 8 pagi Isnin ini hingga 12 tengah hari 26 Jun.

    "Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



    Nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka (1-10) akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000. 

    Nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300. 

    "Kita menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon mengenai nombor pendaftaran KDA. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud Kedah Darul Aman," katanya. 

    Ahmad Musadad berkata, mereka yang tinggal di luar Kedah boleh membuat tempahan dengan melayari laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my. 



    "Mereka yang mahu membuat tempahan tidak kiralah sama ada melalui laman web atau datang terus ke pejabat kita perlu mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran dengan jelas, mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri sama ada individu, perniagaan, syarikat, koperasi atau agensi kerajaan. 

    "Selain itu, pemohon juga perlu sertakan surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran, salinan asal bayaran yuran perkhidmatan RM10 dan bayaran deposit 50 peratus daripada harga tempahan yang boleh dibuat dalam bentuk bank draf, kiriman wang atau wang pos atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia," katanya. 

    Beliau berkata, setakat ini nombor pendaftaran yang paling tinggi dijual adalah KCQ dengan harga RM85,000 manakala KCT dijual dengan harga RM66,000. 

    "Tidak mustahil ada yang sanggup membeli nombor pendaftaran KDA dengan harga melebihi RM100,000," katanya. - BERNAMA 


    Sumber: Berita Harian online

    Thursday, June 9, 2011

    Gerhana Penuh Bulan - 16 Jun 2011


    Gambar Hiasan - Gerhana Bulan

    Pada awal pagi 16 Jun 2011 nanti, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi. 
     
    Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi.
     
    Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra.
     
    Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.
     
    Moon enters penumbra: 2011 Jun 16  01:22:52
    Moon enters umbra: 2011 Jun 16  02:22:24
    Start of totality: 2011 Jun 16  03:21:57
    Maximum eclipse: 2011 Jun 16  04:12:24
    End of totality: 2011 Jun 16  05:02:50
    Moon leaves umbra: 2011 Jun 16  06:02:22
    Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16  07:02:02
     
    Umbral magnitude: 1.705
    Penumbral magnitude: 2.712
     
    Duration of total phase: 1h 40m 52s

    Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
    Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s

    Friday, June 3, 2011

    PRODUK MINUMAN IMPORT DARI TAIWAN YANG TERCEMAR DENGAN DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP).

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum akan laporan mengenai pencemaran  di (2-hylhexyl) phthalate (DEHP) dan di-isononyl phthalate (DINP) dalam beberapa produk makanan  keluaran Taiwan yang dilaporkan dalam media sejak  25 Mei 2011. Produk-produk makanan terlibat adalah minuman sukan, jus buah-buahan, produk jeli, jam, yogurt dan  clouding agent, sejenis bahan aditif makanan. Bahan DEHP dan DINP telah ditambah kepada  clouding agent untuk mengurangkan kos pengeluaran produk makanan.

    Pihak Taiwan Food and Drug Administration (FDA) telah memaklumkan KKM berkenaan beberapa makanan keluaran Taiwan yang telah disahkan tercemar dengan DEHP dan telah dieksport ke Malaysia untuk 
    tindakan selanjutnya seperti berikut: 
    i)  Uni-President Asparagus Juice dengan tarikh luput sebelum 18 Mei 2012 yang dikilangkan oleh syarikat Uni-President Enterprises Corp., Taiwan. 
    ii)  Sunkist Lemon Juice, Sunkist Lemon Juice Drink with Aloe Vera Pulp, Sunkist Orange Juice  dan  Sunkist Orange Juice Drink  yang dikilangkan oleh syarikat Country House Inc., 2 Taiwan dan dieksport ke Malaysia oleh syarikat Sunlight Foods Corp., Taiwan. 
                             




    1  LEMON JUICE WITH PULP
    SUNKIST  COUNTRY HOUSE INC


    2  ORANGE JUICE WITH PULP
    SUNKIST  COUNTRY HOUSE INC.


    3  ORANGE JUICE 
    SUNKIST  COUNTRY HOUSE INC. 


    4  ASPARAGUS JUICE /
    UNIPRESIDENT ENTERPRISES CORP.

    Tarikh Luput
    sebelum 18
    Mei 2012

    Justeru itu:
    Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati supaya orang ramai tidak membeli minuman SUNKIST LEMON JUICE, SUNKIST LEMON JUICE DRINK WITH ALOE VERA PULP, SUNKIST ORANGE JUICE DRINK, SUNKIST ORANGE JUICE keluaran Country House Inc., Taiwan dan produk UNI-PRESIDENT ASPARAGUS JUICE keluaran Uni-President Enterprise Corp., Taiwan yang dicemari oleh bahan kimia DEHP.

    Sunday, May 29, 2011

    Istilah kita....

    Assalamualaikum dan selamat pagi.

    Hari ni, saya bukan nak promosi barang. Cuma saya nak membangkitkan beberapa istilah yang sering digunakan dalam masyarakat kita untuk merujuk kepada sesuatu barang. 

    1.Maggi-merujuk kepada makanan segera.  

    2. Colgate-merujuk kepada ubat gigi.


    3.Pampers-merujuk kepada lampin pakai buang.

    4.Tupperware-merujuk kepada bekas untuk mengisi makanan.

    Mungkin ada perkataan lain yang anda juga boleh kongsikan bersama.

    Thursday, May 26, 2011

    Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011, InsyaALLAH


    Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat.  Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

    Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

    Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

     

    Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

     Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
    • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
    • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
    Ihsan Falak Online

     

    Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?




    Sebelum

    • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
    • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
    • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
    • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
    • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
    • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
    Ketika peristiwa ini berlaku:
    ·         Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
    ·         Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.  (Rujuk gambar di atas)
    ·         Tandakan arah qiblat.
    Selepas.
    • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
    ·         Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
    ·         Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
    Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat.  Sebarkan, insyaALLAH…


    CATAPLEXY-Sindrom ‘tertidur’ setiap kali ketawa?


    Dalam Metro hari ini diberitakan seorang wanita, Claire Scott, tertidur setiap kali dia ketawa. (METRO)
    Saya pun google la nak tau lebih lanjut tentang penyakit ini.

    Cataplexy is a medical condition which often affects people who have narcolepsy, a disorder whose principal signs are EDS (Excessive Daytime Sleepiness), sleep attacks, and disturbed nightime sleep.
    The term cataplexy originates from the Greek katameaning down and plexis meaning a stroke or seizure, implying a falling-down seizure.
    Cataplexy manifests itself as muscular weaknesswhich may range from a barely perceptible slackening of the facial muscles to the dropping of the jaw or head, weakness at the knees, or the total collapse. Usually the speech is slurred, vision is impaired (double vision, inability to focus), but hearing and awareness remain normal. These attacks are triggered by strong emotions such as exhilaration, angerfear, surprise, and laughter.
    Cataplexy has so far only been found in subjects with narcolepsy and is therefore thought of as the same thing. Cataplexy is also sometimes confused with epilepsy, where a series of flashes may cause coma or stroke. Despite its relation to narcolepsy, cataplexy must be treated differently and separate medication must be taken.


    Ronda Fagan holds her daughter Mindy, 9, as she goes through one of her cataplexy seizures that can last for almost five minutes.
    A narcoleptic teenager waiting for cataplexy to pass

    SZ: Kat Malaysia ada ka penyakit ini?
    Related Posts with Thumbnails