Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Hari Rumah Terbuka.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam saya telah menhadiri 4 majlis rumah terbuka dari tgh sampai ke malam. Dari Alor Setar sampai ke S.P...

Memang mengeyangkan....alkamlumlah 4 rumah...pelbagai hidangan disediakan oleh tuan rumah.

Makan-makan juga, tapi kesihatan kena ambil kira juga...

Bagaimana dengan anda, banyak open house yang dihadiri?


Rumah Terbuka Pak Ali di Alor Setar.

Rumah Terbuka Sepupu di Tokai, Pendang.

Rumah Terbuka Jiran di Laguna.

Rumah Terbuka Komuniti Valensia, Bandar Laguna Merbok.

Monday, September 5, 2011

Antara Lemang, Ketupat dan Nasi Impit.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lemang, ketupat dan nasi impit adalah antara juadah yang dihidangkan semasa Hari Raya Aidilfitri.

Lemang


Ketupat

Nasi Impit

Antara Lemang, Ketupat dan Nasi Impit, yang mana pilihan anda?

Saturday, September 3, 2011

Sekejap Saja,,,

Pejam celik, pejam celik, hari dah masuk hari ke-5 kita beraya...Tentu anda masih sibuk menghadiri open house atau anda sendiri sibuk menerima kedatangan tetamu.

Hari ni last day bagi yang bercuti di negeri Kedah. Esok kebanyakannya dah mula bekerja. Pelajar sekolah dan institusi pendidikan akan mula belajar semula esok...

Terasa Syawal ni sekejap sahaja berlalu....

Thursday, September 1, 2011

Merdeka Raya.

Hiasan Jalur Gemilang.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-54 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sambil beraya kita menyambut merdeka dengan cara sendiri.

Wednesday, August 31, 2011

Raya Pertama.

Solat sunat Aidilfitri di Laguna Merbok.
Ziarah pusara bapa mentua di Kg. Pelet, Penanti.

Bersama saudara mara di Guar Ipoh.

Haifa dan Dina

Ziarah saudara di Kbg Ulu.

Sunday, August 28, 2011

Friday, August 26, 2011

Balik Kampung?


Beginilah keadaan yang mungkin anda akan tempuh bermula hari ini jika anda memulakan perjalanan untuk berhari raya di kampung. Dijangka 1.4 juta kenderaan akan berada di atas jalan raya.

"Selamat Pulang Ke Kampung."

Wednesday, August 24, 2011

Persediaan Balik Kampung.


Saya ingin berkongsi apa yang patut dilakukan sebelum/semasa kita pulang ke kampung.

  1. Pastikan baju raya, kuih raya dan ole-ole untuk anak buah dah dibeli terlebih dahulu. 
  2. Pastikan duit raya dah disediakan. Almaklumlah nak bagi kat mak dan ayah, nak ziarah ramai saudara mara. takut-takut nanti bank offline.
  3. Pastikan kenderaan yang hendak digunakan selamat, diservis terlebih dahulu, tayar dan brek dalam keadaan baik. Kalau boleh isi minyak penuh/cukup untuk perjalanan.
  4. Pastikan rumah dikunci dengan selamat. Pesan kepada jiran yang tak balik berhari raya di kampung. Ambil no. tel jiran atau beri no. tel anda kepada jiran. Mudah dihubungi jika ada kecemasan.
  5. Sebelum memulakan perjalanan berdoalah agar selamat sampai ke destinasi yang dituju. Pastikan semua kelengkapan/keperluan raya dimasukkan dalam kenderaan. 
  6. Pandu ikut had laju dan peraturan lalu-lintas. Kalau mengantuk/letih, berehatlah terlebih dahulu. Jangan paksa diri. Kalau lalu highway lebih baik guna Touch n Go. Top up terlebih dahulu.
Ok...inilah beberapa tips yang ingin dikongsi. Semoga anda semua selamat sampai ke kampung/destinasi masing-masing.

Monday, August 22, 2011

Rebat Aidilfitri PLUSsmiles, Touch n Go.


KUALA LUMPUR — Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan menikmati rebat tol sehingga 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada hari tertentu semasa cuti Aidifitri kelak.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata rebat tol itu akan diberikan kepada pengguna kad PLUSMiles dan Touch n Go ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.
"Pengguna yang membayar tol secara elektronik pada Khamis dan Jumaat ini akan menerima rebat tol sebanyak 20 peratus manakala pengguna yang membayar tol dengan sistem sama pada 30 dan 31 Ogos akan menerima rebat sebanyak 10 peratus.
"Pada 1 dan 2 Sept pula, orang ramai yang membayar menggunakan sistem elektronik iaitu kad PLUSMiles dan ‘Touch n Go’ pula akan menerima rebat sebanyak 20 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata rebat itu boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad PLUSMiles dan Touch N Go mereka bermula 15 Okt hingga 31 Dis ini. Tuntutan rebat tol selepas tempoh tersebut tidak akan diterima,” katanya.
Noorizah berkata, langkah itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya selain menggalakkan orang ramai menggunakan sistem pembayaran elektronik yang mudah dan pantas.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan rebat itu tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar.
Selain itu, PLUS menjangka jumlah trafik meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari pada musim cuti yang akan datang, katanya. — Bernama

Saturday, August 13, 2011

Shopping Raya Kat Central Square.

Central Square, Sg. Petani.
Walaupun raya lambat lagi, tapi hari ini, saya dah pi shopping raya kat C.S Sg. Petani.
Shopping ala kadar aje....untuk anak.
Ramai jugak orang yang keluar shopping hari ni.
Kalau tunggu next week, rasanya lebih ramai.

Anda dah shopping raya ke?



Saturday, September 11, 2010

Hari Raya, Hari Tanpa Topi Keledar?

Dalam perjalanan aku beraya dari Kota ke Tanah Merah, Pendang aku dapati ramai penunggang dan pembonceng motosikal tidak memakai helmet (topi keledar). Adakah hari raya dikecualikan segala peraturan lalu-lintas? Bagaimana jika berlaku kemalangan? Kebanyakan penunggang dan pembonceng motosikal ini terdiri daripada golongan remaja. Mungkin ada di antara mereka turut tidak ada lesen motor. Kalaulah berlaku kemalangan, tentu mereka akan menyesal seumur hidup. Nak beraya, beraya la. Janganlah nyawa digadaikan di tengah jalan....

Ni ada dua keping foto yang sempat dirakam oleh isteri aku. Lihatlah.....


SZ: Kesian kat anggota polis yang bertugas pada hari raya.

KCT Datang Beraya.



SZ:Ingatkan kereta siapa, rupa-rupanya sepupu aku punya.

Friday, September 10, 2010

Raya di Kota

Orang kota pulang ke desa, aku pula pulang ke Kota....kan terbalik. Tapi sebenarnya aku pulang ke Kota Sarang Semut hari ini.

Orang yang paling gembira raya ni ialah anak aku. Dia bangun awal dan memakai baju rayanya.


Beginilah keadaan di luar masjid yang sesak dengan kenderaan. Aku pi jalan kaki jer coz rumah aku dekat dengan masjid.


Tok Imam sedang memberi peringatan tentang solat sunat Aidilfitri. Tok Imam agak uzur dan terpaksa memegang tiang untuk berdiri.

Selepas solat aku bertemu dengan rakan-rakan sekampung yang telah lama tidak ditemui.

Selepas itu, aku bersama keluarga berkunjung ke rumah saudara mara di sekitar Batu 9, Kota Sarang Semut.


SZ: Sekejap je hari raya pertama dah selesai.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Assalamualaikum.
Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada saudara-mara, jiran-jiran di Bandar Laguna Merbok dan rakan-rakan, guru-guru dan anak didik yang mengenali saya. Teristimewa kepada 177 followers blog LAGUNAMERBOK, 146 facebook fans dan 23 followers NetworkBlog, 49 bloggers dalam Mangga Network links dan semua rakan blogger yang singgah di LAGUNAMERBOK dan meletakkan link ke LAGUNAMERBOK.

Saya memohon maaf jika terdapat mana-mana entri saya yang menyinggung mana-mana pihak.

Salam Aidilfitri ikhlas daripada

SHAIFUL ZAIDI BIN CHE AHMAD.
(Penulis blog LAGUNAMERBOK)
Related Posts with Thumbnails