Thursday, November 3, 2011

Awas! Facebook dan Twitter.


Hati-hati bila mendedahkan maklumat diri anda di Facebook dan Twitter kerana ia mungkin boleh digunakan untuk tujuan pengintipan oleh pihak ketiga.


AS cari data risikan dari Twitter, Facebook

COLORADO SPRINGS 2 Nov. – Gelombang peningkatan kebangkitan rakyat di Afrika Utara dan Asia Barat yang setakat ini menyebabkan tiga kerajaan telah tumbang mendorong Amerika Syarikat (AS) untuk membangunkan garis panduan bagi mengumpul maklumat perisikan daripada rangkaian media sosial.

Penolong Setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Caryn Wagner berkata, penggunaan teknologi seperti itu dalam kebangkitan rakyat di rantau itu, yang bermula di Tunisia mencetuskan perhatian beberapa pegawai, sekali gus membangkitkan persoalan sama ada AS perlu lebih memantau aktiviti rangkaian sosial domestik.

“Kami masih mencuba untuk memikirkan bagaimana anda menggunakan Twitter sebagai sumber atau bagaimana anda membina trend dan kemudiannya menjadikannya sebagai produk perisikan,” katanya.

Menurut Wagner, jabatannya sedang membangunkan garis panduan dalam mengumpulkan maklumat daripada laman web seperti Twitter dan Facebook untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang.

“Protokol sedang dibangunkan dengan kawalan ketat undang-undang bagi menghalang pengintipan terhadap rakyat AS dan melindungi privasi, termasuk peraturan menentukan tempoh masa maklumat itu boleh disimpan dan perbezaan antara pengawasan domestik dan antarabangsa.

“Jabatan Keselamatan Dalam Negeri yang ditubuhkan selepas serangan 11 September 2001 tidak secara aktif memantau sebarang rangkaian sosial, tetapi hanya setelah menerima maklumat mengenai potensi ancaman,” ujarnya.

Wagner berkata, cabaran utama ialah membangunkan garis panduan untuk mengumpul dan menganalisis maklumat bagi membolehkan ia menyediakan bahan risikan bermakna bagi pegawai penguatkuasa.

Beliau yang kini berada di Colorado Springs untuk menyampaikan ucapan pada Simposium Kebangsaan bagi Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri turut mendedahkan satu lagi program utama melibatkan latihan beratus-ratus ribu pegawai penguatkuasa undang-undang di seluruh AS untuk membuat laporan mengenai aktiviti yang mencurigakan. – AGENSI

Credit to: Utusan online

4 comments:

KhaiRin said...

bkn dua ni je kt mn2 pon sm..tp disebabkan kedua2 ni lbh popular...jd sng org amik kesempatan... btw kena berhati2 selalu

Shaiful Zaidi said...

@ KhaiRin
salam...termasuk pd blog kita...

MaMa AiNi said...

macam2 hal ..mama tiada akaun twitter..he2x..tapi FB tu adalah..apapun kena berhati2 selalu..

Shaiful Zaidi said...

@ MaMa Aini
mmg kena hati2..

Related Posts with Thumbnails