Wednesday, August 3, 2011

Lagi 3,793 Guru Sandaran Dilantik Semula.



KUALA LUMPUR 2 Ogos - Seramai 3,793 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) daripada baki 7,258 orang yang belum dilantik telah dilantik semula ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan pelantikan itu dibuat menerusi perjumpaan khas antara kementeriannya dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Kementerian Kewangan pada 30 Jun lalu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Rosli Mohamed pada 1 Julai lalu.

"Seramai 972 orang daripada kumpulan yang dilantik ini akan mengikuti latihan perguruan selama 18 bulan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai Disember ini.

"Seramai 2,821 yang lain akan mengikuti latihan perguruan di institut pendidikan guru (IPG) untuk sesi pengambilan Januari 2012,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Pada bulan Mac lalu, kerajaan telah mengumumkan seramai 13,184 GSTT tahun 2010 akan dilantik semula bagi tahun 2011 dan berikutan itu pada Mei lalu seramai 5,926 orang telah dilantik sebagai GSTT semula dan tinggal baki seramai 7,258.

2 comments:

mama aini said...

ya dgn lantikan ini sekurang2 kita dpt membantu siswazah2 yg menjadi guru sandaran diterima sbgai guru tetap dan dpt mengurangkan kadar pengangguran dikalangan siswazah yg semakin meningkat !!! syabas kepada menteri pelajaran n kementerian yg terlibat..

Shaiful Zaidi said...

@ MaMa AiNi
salam mama...ya mama. Ia langkah yg terbaik. Mudah-mudahan dgn pelantikan sbg guru tetap, kebajikan guru-guru ini akan lebih terpelihara...

Related Posts with Thumbnails