Monday, September 12, 2011

Blog Amat Berpengaruh.



KUALA LUMPUR - Pakar psikologi menyifatkan media baru adalah ‘rakan’ dalam membentuk identiti generasi kini. 

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Mariani Md Nor berkata, golongan ini mengambil dan menggunakan maklumat untuk membentuk identiti. 

Katanya, pengaruh ini dapat dilihat melalui kecenderungan dan minat terhadap sesuatu perkara. 

“Jika mereka berminat pada hiburan, mereka akan meniru gaya rambut, mencacah tatu, bertindik di telinga atau hidung. 

“Mereka akan mencedok bulat-bulat maklumat tersebut dan membenarkan budaya ala hedonisme yang kebaratan menjajah pemikiran tanpa menapis terlebih dahulu,” katanya. 

Beliau turut mengulas gerakan subversif juga boleh mempengaruhi pemikiran generasi muda sekiranya mereka dibimbing oleh kumpulan tertentu. 

Mariani berkata, ibu bapa dan guru-guru boleh memainkan peranan menjelaskan perkara yang sebenar supaya media baru tidak terus menjajah pemikiran golongan ini. 

Katanya, generasi muda juga tidak suka membaca buku sejarah untuk mengetahui fakta sebenar sebaliknya mencari blog kerana mudah dan bersifat santai. 

“Kini, Internet menjadi buku pilihan mereka dan perlu diingatkan kebanyakan isi kandungan sesuatu blog ditulis berdasarkan persepsi penulis serta tidak tepat. 

“Mereka percaya dan menelan apa yang ditulis dan ini membahayakan kerana mempercayai perkara yang tidak benar,” katanya. 

Bagi mengatasi masalah ini, beliau mencadangkan supaya satu jawatankuasa diwujudkan untuk memantau fakta-fakta yang disalurkan melalui media baru.

Credit to: Sinar harian online

2 comments:

MaMa AiNi said...

assalam..ya mama juga adalah salah seorg yg terpengaruh dgn blog..sbb baca berita2 dari blog2 org je..he2x..malas nak keluar beli paper..

Shaiful Zaidi said...

salam mama...
mama baca dan buat analisis sebelum percaya termasuk di blog saya ni..hehehe

Related Posts with Thumbnails