Friday, May 24, 2013

JJCM di Pulau Sayak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat bercuti kepada cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar di mana sahaja anda berada. Cuti-cuti ni tentu ramai yang berjalan-jalan makan angin bersama keluarga.

Kalau mai SP anda tentu nak cari tempat makan. Pernah dengar Pulau Sayak? Pulau Sayak bukanlah sebuah pulau tapi ia kawasan perkampungan nelayan yang terletak berhampiran Pantai Merdeka. Ia terkenal dengan mee udang. Banyak restoran mee udang kat sini. Yang mana paling sedap saya tak pasti, setakat ini dua restoran telah dicuba. May be sapa-sapa yang pernah mai sini boleh bantu anda.

Makanan lain pun ada jugak..

Dari sini, anda boleh lihat persisiran pantai Kuala Muda yang pernah dilanda tsunami dan juga Pulau Pinang.

Selamat mencuba.

Thursday, May 23, 2013

Telefon Bimbit vs Tandas.


PERTUBUHAN Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan, enam daripada tujuh bilion penduduk dunia memiliki telefon bimbit tetapi hanya 4.5 bilion mempunyai tandas di rumah.


Laporan statistik mengejutkan ini mendorong organisasi antarabangsa melancarkan kempen global bagi meningkatkan kebersihan kepada 2.5 bilion orang yang berhadapan dengan risiko kesihatan.


Timbalan Ketua Setiausaha PBB, Jan Eliasson menjelaskan, statistik ini mencerminkan kemiskinan melampau di beberapa negara dunia. BERITA LANJUT>>

Indonesia antara negara mempunyai pemilikan telefon bimbit teramai.

Amalan membuang air besar secara terbuka yang boleh menyebarkan penyakit, perlu dihentikan segera
Credit to: Sinar harian online



Mutiara Kata Ustaz Azhar Idrus.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sama-sama kita renung dan hayati himpunan mutiara kata Ustaz Azhar Idrus.

Related Posts with Thumbnails