Saturday, July 23, 2011

Dua Sekolah Diserang Histeria.


Gambar Hiasan


SEREMBAN: Sebuah sekolah menengah di Sikamat di sini, terpaksa ‘bercuti’ sehari kelmarin selepas 48 pelajar sekolah itu mengalami histeria dalam tiga kejadian berasingan dalam tempoh seminggu dengan kali terakhir, Rabu lalu.

Dalam kejadian pertama pada Jumaat minggu lalu, dua pelajar diikuti kejadian kedua pada Isnin membabitkan tiga pelajar manakala Rabu lalu, 48 pelajar diserang gangguan misteri. 


Difahamkan dua hari sebelum kejadian pertama, pihak sekolah melakukan aktiviti perkhemahan untuk pengawas di sebuah kem di Rantau, Port Dickson. 

Seorang daripada mangsa, Nabila Mohd Radzi, 14, mendakwa dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada Rabu lalu, dia yang tidak menyertai kem itu turut terkena disebabkan beberapa pelajar dipercayai membawa ‘pulang’ penunggu hutan berkenaan ketika mengadakan aktiviti berjalan malam atau ‘Night Walk’ di kem berkenaan.


“Saya terkena histeria selepas terdengar dua pelajar dari kelas berasingan menjerit sebelum pelajar lelaki kelas bersebelahan mendakwa ternampak lembaga hitam di cermin tingkap, sekali gus menyebabkan saya turut dirasuk.


Credit to: Metro online

SZ: Boleh dikatakan setiap tahun, kita akan mendengar kejadian-kejadian histeria berlaku di beberapa sekolah di negara kita. Apa sebenarnya histeria? Mengapa kejadian histeria berlaku?

2 comments:

Amanina Amran said...

sekolah lama saya ni. sebenarnya ini ialah kejadian ke-2 histeria paling teruk. sebelum ni yg kne dlm 20 org. berlaku 3 tahun lepas. pernah keluar paper gak. tapi setiap yg berlaku ni kebanyakan berpunca dari pelajar sendiri.

mama aini said...

kenapa sering pelajar sekolah atau asrama diserang histeria ek?..he2x..mama ternah alaminya waktu tinggal dihostel..lepas kejadian terus keluar n tinggal dgn auntie !!..ha2x..mama ni penakut orgnya !!..

Related Posts with Thumbnails