Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

Gejala dan faktor-faktor yang menyebabkan tekanan darah tinggi.


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pagi ini saya sekadar ingin berkongsi info tentang gejala dan faktor-faktor yang menyebabkan tekanan darah tinggi.


PERIKSA... selalulah berjumpa doktor bagi memastikan tahap tekanan darah anda di tahap selamat.


Banyak faktor boleh mempengaruhi tekanan darah, termasuk:



  • Kandungan air dan garam di dalam badan
  • Keadaan buah pinggang, sistem saraf atau saluran darah
  • Tahap hormon badan yang berbeza


    Risiko tekanan darah tinggi meningkat sekiranya:
  • Obes
  • Sering tertekan atau cemas
  • Minum alkohol terlalu banyak
  • Mengambil terlalu banyak garam dalam diet
  • Keluarga mempunyai sejarah kes tekanan darah tinggi
  • Menghidap diabetes
  • Merokok


  • SZ: Bersama-sama kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat; makan makanan seimbang, kawal stress dan bersenam selalu.
  • Monday, November 5, 2012

    Buah-buahan Anti Kanser.

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Buat calon SPM dan STPM, selamat menduduki peperiksaan masing-masing. Kepada rakan-rakan blogger semoga anda semua sihat.

    Untuk sihat tubuh badan kita perlu makan makanan yang seimbang dan bersenam. Salah satu makanan yang mempunyai banyak faedah ialah buah-buahan.  Tabiat makan buah-buahan dapat menyihatkan tubuh badan kerana ia mengandungi banyak vitamin dan garam mineral.

    Berikut ialah buah-buahan yang boleh bertindak sebagai anti kanser kerana mengandungi banyak anti-oksidan.

    Sumber: Google Plus
    Kebanyakan buah-buahan dalam foto di atas boleh didapati di negara kita. Beruntungnya kita....tapi berapa ramai orang kita yang ambil buah sebagai snek? Orang kita lebih suka makan makanan segera yang banyak mengandungi MSG. 

    Apa pendapat anda?

    Monday, October 22, 2012

    Harga Rokok Naik 20 sen Berkuat Kuasa Hari Ini.

    Membeli rokok di sebuah kedai di Kuala Lumpur semalam meskipun harganya semakin mahal.

    KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai hari ini.
    "Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis, 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.
    "Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.
    BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco yang merupakan kumpulan syarikat tembakau antarabangsa terbesar dunia. - Bernama
    Credit to: Kosmo online.
    SZ: Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan, tapi kenapa masih ramai yang merokok walaupun pelbagai kempen telah dijalankan dan harga rokok semakin meningkat??

    Thursday, October 18, 2012

    Khasiat Buah-Buahan.

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

    Anda dah sarapan ke? Kalau belum mungkin buah-buahan boleh menjadi salah satu snek wajib hari ni. Berikut saya kongsikan khasiat beberapa jenis buah-buahan.

    Pisang, betik dan tembikai kaya pelbagai vitamin untuk kesihatan

    Buah adalah sumber utama yang membekalkan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting untuk kesihatan. Serat misalnya, dapat mengurangkan masalah sembelit manakala vitamin dan mineral membantu mencegah penyakit. Antioksidan pula melambatkan proses penuaan dan pelbagai khasiat. 

    Betik, tembikai dan pisang adalah antara buah yang senang didapati dan paling penting, ketiga-tiganya ada kebaikan tersendiri. 

    Betik

    Betik mempunyai khasiat tersendiri. Antaranya ia kaya Vitamin A, kalsium dan mengandungi kandungan enzim papain untuk memecahkan protein serta digunakan bagi melembutkan daging. Betik juga memudahkan penghadaman.

    Betik mengandungi kalium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin. Jumlah kalorinya juga sangat rendah. Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C mengandungi serat tinggi. Cukup sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit.

    Tembikai 
    Mengandungi kadar kalori sangat rendah. Kaya dengan kalsium, karbohidrat, lemak, zat besi, magnesium, fosforus, potasium, protein, sodium dan gula. Kandungan potasium dalam tembikai membantu masalah tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan batu karang. 

    Ada kajian menunjukkan tembikai boleh menguatkan sistem imunisasi tubuh dan dapat memerangi sebarang jangkitan penyakit. Dapat meredakan simptom osteoartris, selain kaya bahan anti oksidan yang dapat mengelakkan serangan kanser dan penyakit jantung. Makan tembikai turut dikatakan, dapat mengatasi masalah penglihatan tidak jelas pada waktu malam.

    Pisang

    Pisang boleh dimanfaatkan daripada kulit hingga kepada isinya. Kaya dengan vitamin, galian, gula yang menyihatkan dan karbohidrat untuk tenaga, selain rasa enak. Pisang mengandungi vitamin C dan ia bukan saja membantu sistem imunisasi, malah menggalakkan kulit sihat dan menawan.

    Buah dan kulit pisang sering digunakan untuk rawatan kecantikan terutama bagi menegang, melembapkan kulit muka dan menjadikan wajah lebih berseri.

    Pisang boleh buat anda gembira. Protein dalam pisang dikenali sebagai triptofan ditukar kepada serotonin oleh badan manusia. Serotonin sejenis bahan mampu menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan ragam diri dan secara keseluruhannya membuatkan anda gembira. Jika rasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang sambil rasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.


    Credit to: Berita Harian online

    Sunday, July 8, 2012

    30 Sakit Penangan Bihun Goreng.


    Gambar hiasan


    SUNGAI SIPUT: Hasrat 30 pelajar sebuah sekolah menengah, di sini, meneruskan kem motivasi di sekolah terbantut selepas mengadu muntah, loya, sakit perut dan cirit birit gara-gara ‘penangan’ bihun goreng dan teh tarik yang diambil sebagai sarapan.

    Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, pelajar tingkatan tiga, lima dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Muda Abdul Aziz itu menjamu makanan berkenaan sebelum bergegas ke tandas selepas mengadu sakit perut yang teruk.

    Monday, May 21, 2012

    Katakan Tidak!

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Saya berasa sunggguh tidak selesa apabila membaca tentang gejala "Baby Smoker" di sebuah negara jiran. Walau bagaimanapun, saya bersyukur setakat yang saya tahu, gejala ini belum menular di negara kita. 


    Tahukah anda tentang kandungan sebatang rokok? Rajah di bawah mungkin boleh membantu anda mengenali bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sebatang rokok. Sebatang rokok juga mengandungi lebih 4000 jenis bahan kimia selain daripada yang tersenarai di bawah.




    Berikut pula, kesan menghisap rokok dalam jangka panjang.


    So...Katakan Tidak!

    Sunday, October 16, 2011

    Nasihat Kepada Perokok-Perokok Tegar.

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

     Anda perokok? Fikirlah berkali-kali jika anda ingin terus merokok. Lihatlah gambar di bawah dan mungkin anda tak perasan, gambar-gambar pada kotak rokok yang anda beli.

    Memang dahsyat kesan rokok ni. Dalam sebatang rokok ada lebih 4000 jenis bahan kimia yang merbahaya.

    So...fikirlah masa depan anda dan orang disekeliling anda.

    Berhenti merokok!







    Sunday, October 9, 2011

    Pesakit NCD Meningkat.


    BANGI – Bilangan pesakit yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dijangka meningkat sebanyak 12 peratus setiap tahun dan kerajaan akan berusaha menanganinya sebaik mungkin.

    Friday, July 15, 2011

    Roti Canai dan Teh Tarik.

    Roti Canai + Teh Tarik

    Menu pada pagi Jumaat ini ialah roti canai dan teh tarik. Memang banyak kalori yang diterima pagi ni...hehehe.

    So...hari ni kena lakukan banyak aktiviti untuk membakar kalori-kalori tadi.

    Benarkah roti canai dan teh tarik makanan 1Malaysia?

    Thursday, July 14, 2011

    Tanda-Tanda Penagihan Dadah.




    Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom – simptom yang lain.
    Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja.
    Marah – marah atau meradang tak tentu sebab.
    Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.
    Hilang selera makan atau selera bertambah.
    Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.
    Apabila bercakap tidak bertentang mata.
    Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.
    Parut atau bekas suntikan di lengan.
    Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.
    Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.
    Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.
    Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.
    Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.
    Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.
    Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.
    Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.
    Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.
    Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.
    Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.
    Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).
    Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.
    Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.
    Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.
    Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.


    Sekiranya anda melihat perubahan-perubahan yang tiba-tiba ini kepada perangai ahli keluarga atau teman anda yang dikasihi. Perubahan – perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Hubungi doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sesekali membuat diagnosa anda sendiri!

    Credit to: PEMADAM

    Monday, July 11, 2011

    Terima Kasih Doktor.

    Gambar Hiasan
    Assalamualaikum dan selamat pagi.

    Maaf kerana telah lama bersua di ruang siber. Sebenarnya, saya telah menjalani rawatan bagi masalah pendengaran yang saya hadapi sejak berkunjung ke Pulau Payar  dua minggu yang lalu. 

    Alhamdulillah, kini pendengaran saya pulih seperti sediakala. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Ketua Jabatan Otorinolaringologi (ENT), Hospital Sultan Abdul Halim(HSAH), Sg. Petani yang telah merawat saya. Bertuahnya saya apabila dirawat oleh doktor pakar yang juga salah seorang ketua jabatan di HSAH. Tak lupa kepada nurse yang bertugas.

    TERIMA KASIH.

    Tuesday, July 5, 2011

    Jerebu Datang Lagi...

    Jerebu di Gunung Jerai

    Assalamualaikum dan selamat pagi.

    Nampaknya jerebu datang lagi. Kali ini, apa pula puncanya?
    Walaupun hujan turun, namun ia tidak dapat menghilangkan jerebu ini.
    Harap-harap jerebu ini tak lama. Kalau kita terdedah terlalu lama dengan persekitaran yang berjerebu, ia akan menjejaskan kesihatan kita.


    Tuesday, June 28, 2011

    Telingaku Masih Berdesing..

    Semenjak hari pertama di Pulau Payar, telinga saya berdesing selepas termasuk air laut. Sampai hari ini masih lagi berdesing.... Dah bubuh ubat, tapi masih belum sembuh.  Bila bercakap rasa tak puas. Bila mendengar orang bercakap pun rasa tak puas. 

    Ada ke petua nak kurangkan desingan telinga ni?

    Monday, June 13, 2011

    Macam-Macam Jenis Gula.



    Gula pasir
  • Ia adalah gula hasil kristalisasi cairan tebu dan biasanya berwarna putih. Ia dikenali sebagai gula pasir kerana bentuknya seperti pasir dan banyak digunakan untuk pemanis dalam minuman dan makanan.

    Gula pasir kasar
  • Gula ini terhasil daripada proses kristalisasi cairan tebu. Berbeza dengan gula pasir, gula ini memiliki tekstur yang lebih kasar manakala warnanya juga lebih berwarna-warni. Biasanya gula jenis ini banyak digunakan untuk ditaburkan pada permukaan makanan sebelum dibakar kerana ia tidak meleleh dalam suhu ketuhar.

    Gula kastor
  • Gula kastor memiliki bentuk yang lebih halus daripada gula pasir dan berwarna putih bersih. Sifatnya mudah bercampur dan banyak digunakan sebagai bahan campuran untuk pemanis dalam adunan kuih, biskut dan kek.

    Gula aising
  • Gula aising adalah sejenis gula yang mengalami proses penghalusan sehingga berbentuk debu. Teksturnya sangat halus dan ia menjadi pilihan utama untuk membuat krim hiasan kek.

    Gula dadu
  • Sesuai dengan namanya, gula dadu memiliki bentuk seperti dadu. Berbeza dengan gula biasa, ia memiliki kualiti yang sangat tinggi dan lazim digunakan sebagai pemanis dalam minuman teh atau kopi.

    Gula perang
  • Gula ini berwarna coklat dan wangi seperti karamel. Rasanya tidak semanis gula biasa dan banyak digunakan untuk pembuatan biskut.

    Gula jeli
  • Ia adalah larutan gula yang warnanya kuning dan kental sehingga menyerupai jeli. Ia sering digunakan sebagai campuran dalam adunan krim mentega.

    Sirap mapel
  • Sirap yang diperoleh daripada pohon mapel yang banyak terdapat di wilayah Amerika Utara. Ia mengandungi larutan 70 peratus sukrosa dan glukosa dalam air. Paling menjadi pilihan untuk dinikmati bersama penkek.

    Sirap jagung
  • Sirap jenis ini diperbuat daripada pati jagung dan rasanya tidak semanis gula biasa. Ia mampu menyerlahkan kesan lebih lembap pada kuih atau kek.

    Gula maltosa
  • Terhasil daripada fermentasi bijirin yang sudah direndam dan dikeringkan sebelum menjalani proses panggang dan penggilingan.
    Bentuknya menyerupai madu namun rasanya lebih manis daripada madu.

    Karamel
  • Produk yang diperoleh dengan pemanasan gula. Ia biasanya hadir dalam warna coklat dan hitam serta memiliki bau wangi yang tersendiri.Gula ini banyak digunakan sebagai pewarna dan perisa tambahan pada makanan bagi menambah aroma serta rasa.

    Sumber: Harian Metro online


    SZ: Ambillah gula secara berhemah iaitu dalam kuantiti yang kecil kerana pengambilan gula yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

  • Wednesday, June 8, 2011

    Petua 10 M Untuk Berhenti Merokok.



      • Melengahkan-lengah
      • Minum banyak air
      • Menarik nafas panjang
      • Membuat sesuatu
      • Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
      • Mengunyah sesuatu
      • Membasuh tangan
      • Mandi dengan kerap
      • Melakukan senaman regangan
      • Memohon doa

    Tuesday, June 7, 2011

    E. coli.

    Bakteria E. coli
    Entri saya kali ini berkenaan sejenis bakteria gram negatif yang dikenali sebagai E. coli atau Escherichia coli. Jangan lupa sebut huruf 'E' tu...... Sebutan Melayu: E-kolai.

    E.coli berbentuk rod dan biasanya dijumpai di dalam usus mamalia (haiwan berdarah panas). Kebanyakan strain bakteria ini tidak merbahaya kepada manusia kecuali beberapa strain sahaja. Contohnya strain (0104:H4) adalah strain yang sangat aktif menghasilkan toksin.

    Di negara-negara Eropah, E. coli dilaporkan telah telah menyebabkan 22 kematian dan lebih 2200 orang telah mengalami simptom-simptom dijangkiti E. coli. Antaranya ialah jangkitan saluran kencing (UTI), jangkitan kuman dalam darah atau septisemia, radang selaput otak pada bayi (neonatal meningitis), cirit-birit dan jangkitan luka selepas pembedahan terutama yang melibatkan pembedahan usus, kekejangan perut dan cirit-birit berdarah. Keadaan ini boleh berlanjutan hingga pesakit mengalami komplikasi hemolytic uremic syndrome (HUS).

    Kita harus sentiasa berwaspada dan menjaga kebersihan agar tidak dijangkiti wabak ini. Sama-samalah klita berdoa agar negara kita selamat daripada wabak ini.




    Wednesday, May 25, 2011

    Denggi.

    Nyamuk Aedes

    Assalamualaikum dan selamat pagi...

    Al-Fatihah buat saudara Aris, teman sepermainan di kampung yang telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam disyaki akibat demam denggi. Saya bercadang untuk menziarahi jenazah pagi ini, namun tak sempat sebab Allahyarham Aris telah dikebumikan pada pukul 1.oo pagi tadi. Takziah kepada keluarganya.

    Menurut forum paramedik:


      Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.


    Wednesday, May 11, 2011

    Benarkah nak jadi jururawat mesti cantik?

    Gambar hiasan.

    Seorang teman memberitahu saya bahawa nak jadi jururawat/nurse kena cantik. Dia kata kalau jururawat cantik, pesakit mudah sembuh. 

    Melalui  pemerhatian, saya dapati kenyataannya ada kebenaran. Lihatlah jururawat-jururawat samada di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan, atau swasta, majoritinya cantik-cantik belaka. 

    Benarkah nak jadi jururawat mesti cantik?

    Pada pendapat saya, ia mungkin kebetulan sahaja, yang mana jururawat pelatih dipilih berdasarkan kelulusan dan kriteria lain. Kecantikan adalah nilai tambah yang menyebabkan seseorang itu dipilih. Cantik bukan hanya fizikal, tetapi ia juga meliputi soal sikap dan akhlak.

    Di Malaysia, jururawat cukup sinonim dengan wanita. Kini, sudah ada jururawat lelaki, tapi tak ramai.

    Esok, 12 Mei 2011 adalah Hari Jururawat Sedunia. Saya ucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat.

    Pendapat anda?

    Monday, May 9, 2011

    Ohh! Rokok.


    336 perokok remaja dikompaun

    09/05/2011 1:43pm

    KUALA LUMPUR - Seramai 336 perokok di bawah umur 18 tahun dikompaun RM50 setiap seorang dalam operasi di seluruh negara kerana merokok atau memiliki hasil tembakau.
    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hassan Abdul Rahman berkata, surat amaran juga akan dihantar kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan memaklumkan kesalahan tingkah laku anak mereka.
    Katanya, seorang pekedai runcit juga telah dikompaun di bawah peraturan 8(1) akta larangan penjualan hasil tembakau kepada Orang Belum Dewasa (OBD) yang menyebabkan dia dikenakan kompaun bernilai RM500.
    Di bawah Peraturan 14(1) Gagal Mempamerkan Tanda Larangan Jualan Hasil Tembakau kepada Orang di Bawah Umur 18 tahun, 24 orang pekedai lagi dikenakan kompaun, kata Dr. Hassan dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - Bernama
    Sumber: Kosmo online

    SZ:Walaupun pelbagai kempen dijalankan, namun ia kurang berkesan untuk mendidik golongan remaja supaya tidak merokok.

    Tuesday, March 1, 2011

    RAHSIA SUJUD



    Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.


    Dia amat kagum dengan penemuan tersebut,sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. 



    Setelah memeluk Islam,dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah  klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran.Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah,biji hitam (black seed) dan sebagainya. 

    Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf,terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. 
    Setelah membuat kajian yang memakan masa,akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang,maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal sepenuhnya. 



    Oleh yang demikian,kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.


    Kesimpulannya:

    Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam,walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu,tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya,walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka.Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. 


    Dari itu,marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. 

    Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.


    Antara lain kelebihan sujud:-



    Membetulkan kedudukan buah pinggang  yg terkeluar sedikit drpd tmpt asalnya.
    Membetulkan pundi peranakan yg jatuh.
    Melegakan sakit hernia. 
    Mengurangkan sakit senggugut ktk haid. 
    Melegakan paru-paru drpd ketegangan.
    Mengurangkan kesakitan bg pesakit apendiks atau limpa. 
    Memberi dorongan supaya mudah tidur.  
    Meringankan bhg pelvis.
    Mengggerakkan bahu, dada, leher, perut serta punggung ktk akan sujud dan bangun drpd sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semulajadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.



    Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.



    Kedudukan sujud adalah paling baik utk berehat dan mengimbangkan lingkungan bhg belakang pelvis.
    Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi utk menyusukan bayi dan terhindar drpd sakit buah dada.



    Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
    Pergerakan bhg otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tmpt asal serta terhindar drpd sakit gelombang perut (convulsions).



    Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima bnyk bekalan darah dan oksigen.

    Sumber: Halaqah.net
      
    Related Posts with Thumbnails