Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Rahsia Sujud Dalam Solat.


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Semoga anda semua sihat dan ceria pada pagi Jumaat ini.Pagi ini, saya sekadar ingin berkongsi satu artikel tentang Rahisa Sujud Dalam Solat....Bacalah sampai habis.


SOLAT adalah perintah yang sampaikan Allah secara terus kepada Nabi Muhammad s.a.w berbanding perintah yang lain seperti puasa, zakat dan haji.
Mungkin ada di kalangan kita tidak sedar mengenai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. 

Tuesday, May 22, 2012

Tip Menjaga Pandangan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi ini saya ingin berkongsi artikel yang terdapat di dalam Majalah Solusi, Isu 44. Di antara tip untuk menjaga pandangan ialah
  1. Ingatlah bahawa Allah Maha Melihat. Walaupun ketika sendirian di hadapan komputer atau ketika membelek majlah sendirian.
  2. Mata akan menjadi saksi pada hari akhirat kelak.
  3. Malaikat sentiasa mencatat amal perbuatan tanpa tercicir walau sebesar atom sekalipun.
  4. Dengan menundukkan pandangan, Allah akan menambah cahaya iman ke dalam hati.
  5. Alah bisa tegal biasa.
  6. Masih bujang?Berkahwin dapat menundukkan pandangan.
  7. Jika sudah berkahwin pun perlu menjaga pandangan.
  8. Menahan diri daripada memandang sesuatu yang menawan tetapi haram merupakan satu pengorbanan.
  9. Jauhi tempat maksiat.
  10. Basahkan lidah dan hati dengan zikir kerana ia benteng daripada godaan syaitan.
Sama-sama kita beramal.

Thursday, May 10, 2012

Adakah anda mengalami Nomophobia?

Gambar Hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pagi ini ketika sedang 'menyerok' di sebuah gerai sambil membaca akhbar tempatan, saya tertarik pada satu artikel iaitu tetang gejala Nomophobia. Apadia Nomophobia? 

Tuesday, August 9, 2011

Bonus Raya.


Alhamdulillah....

"Kerajaan bersetuju untuk membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 kakitangan awam. Bayaran khas sebanyak RM500  juga diberikan kepada 590,000 pesara kerajaan."

Inilah berita yang dinanti-nanti oleh kebanyakan kakitangan awam dan pesara bagi persediaan menjelang Syawal nanti. Moga-moga 'duit raya' yang bakal diterima digunakan sebaik-baiknya.

Terima kasih kepada PM.

Thursday, June 16, 2011

Pusat Servis Kereta Untuk Wanita.

Gambar Hiasan.
Beberapa bulan lepas ketika bersembang dengan beberapa orang rakan, salah seorang rakan yang saya amat hormati telah mengutarakan satu idea yang sangat bernas.  Beliau menyatakan,"Alangkah baiknya kalau ada pusat servis kereta khas untuk golongan wanita yang mana mekaniknya terdiri daripada wanita, serta disediakan kemudahan seperti salun dan spa untuk kemudahan mereka ketika menunggu kereta mereka di servis."

Sekarang ini di negara kita, bas khas untuk wanita sudah ada, koc komuter (pink) untuk wanita pun sudah ada. Di luar negara, teksi khas untuk wanita pun ada. Cuma pusat servis kereta khas untuk golongan wanita belum ada.

Bas wanita

Koc komuter wanita.

Teksi wanita
Wanita dah ramai yang memiliki kereta sendiri. Tapi bila nak pergi servis kereta, ada kurang selesa kerana terpaksa berurusan dengan lelaki. Bagi yang sudah berumahtangga, majoritinya suamilah yang akan pergi servis kereta. 

Eloklah pusat-pusat servis kereta khas untuk wanita diwujudkan. Wanita sekarang sudah menguasai bidang yang dulunya didominasi oleh lelaki. Kerjaya sebagai mekanik bukanlah lagi kerjaya hanya untuk lelaki. Negara kita ada banyak pusat latihan yang boleh melatih wanita dalam bidang mekanikal dan automotif.

Justeru itu, usahawan-usahawan di luar sana. Rebutlah peluang ini!

Wednesday, May 11, 2011

Benarkah nak jadi jururawat mesti cantik?

Gambar hiasan.

Seorang teman memberitahu saya bahawa nak jadi jururawat/nurse kena cantik. Dia kata kalau jururawat cantik, pesakit mudah sembuh. 

Melalui  pemerhatian, saya dapati kenyataannya ada kebenaran. Lihatlah jururawat-jururawat samada di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan, atau swasta, majoritinya cantik-cantik belaka. 

Benarkah nak jadi jururawat mesti cantik?

Pada pendapat saya, ia mungkin kebetulan sahaja, yang mana jururawat pelatih dipilih berdasarkan kelulusan dan kriteria lain. Kecantikan adalah nilai tambah yang menyebabkan seseorang itu dipilih. Cantik bukan hanya fizikal, tetapi ia juga meliputi soal sikap dan akhlak.

Di Malaysia, jururawat cukup sinonim dengan wanita. Kini, sudah ada jururawat lelaki, tapi tak ramai.

Esok, 12 Mei 2011 adalah Hari Jururawat Sedunia. Saya ucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat.

Pendapat anda?

Monday, May 9, 2011

Ohh! Rokok.


336 perokok remaja dikompaun

09/05/2011 1:43pm

KUALA LUMPUR - Seramai 336 perokok di bawah umur 18 tahun dikompaun RM50 setiap seorang dalam operasi di seluruh negara kerana merokok atau memiliki hasil tembakau.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hassan Abdul Rahman berkata, surat amaran juga akan dihantar kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan memaklumkan kesalahan tingkah laku anak mereka.
Katanya, seorang pekedai runcit juga telah dikompaun di bawah peraturan 8(1) akta larangan penjualan hasil tembakau kepada Orang Belum Dewasa (OBD) yang menyebabkan dia dikenakan kompaun bernilai RM500.
Di bawah Peraturan 14(1) Gagal Mempamerkan Tanda Larangan Jualan Hasil Tembakau kepada Orang di Bawah Umur 18 tahun, 24 orang pekedai lagi dikenakan kompaun, kata Dr. Hassan dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - Bernama
Sumber: Kosmo online

SZ:Walaupun pelbagai kempen dijalankan, namun ia kurang berkesan untuk mendidik golongan remaja supaya tidak merokok.

Aurat Perempuan dan Lelaki Muslim.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib  menutup aurat.

Realiti ramai daripada kita, beranggapan bahawa dia telah menjaga auratnya. Namun, dalam banyak situasi kita dapat melihat sedikit sebanyak kelemahan yang perlu kita perbaiki.


Sahkah solat jika berpakaian begini?

Adakah fesyen begini menutup aurat?

Mungkin maklumat di bawah boleh dijadikan panduan.

Sama-samalah kita beramal.

Saturday, May 7, 2011

Doktor Kelas Ke-3?


NEGARA sentiasa memerlukan doktor berkualiti tinggi. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan menghentikan kursus baharu perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mampu membendung masalah lambakan doktor yang tidak berkualiti di pasaran ketika ini.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. David Quek Kwang Leng berkata, masalah tersebut berpunca daripada kewujudan banyak IPT yang menawarkan pelbagai kursus perubatan. Beliau berkata, pertambahan jumlah kursus perubatan itu menyebabkan pelajar bebas memilih kursus dengan kos yang rendah pula.
“Ketika ini ramai pelajar boleh mendaftar kursus perubatan dengan mudah walaupun mereka sebenarnya tidak layak. “Mereka langsung tidak memikirkan tanggungjawab yang bakal digalas apabila sudah bekerja nanti,’’ katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Beliau diminta mengulas keputusan Kementerian Pengajian Tinggi membekukan kursus baharu perubatan di IPT tempatan berkuat kuasa 1 Mei lalu hingga 30 April 2016. Tindakan itu dilakukan bagi memastikan pelajar perubatan mendapatkan latihan yang berkualiti dan menjadi seorang pegawai perubatan berdaya saing.
Kwang Leng menjelaskan, semua IPT di negara ini sama ada ia milik kerajaan mahupun swasta, bertanggungjawab sepenuhnya dalam melahirkan pegawai perubatan berkualiti tinggi. “Jika pelajar terbabit tidak mampu bersedia daripada semua segi, bayangkan bagaimana mereka hendak berdepan dengan pesakit yang kritikal. “Kita perlu melatih doktor yang terbaik dengan kualiti yang terbaik,” katanya. Pada masa ini nisbah jumlah pegawai perubatan kepada pesakit adalah 1:1000. Bagaimanapun kementerian percaya bahawa nisbah 1:400 dapat dicapai menjelang 2020 biarpun pembekuan tersebut dilakukan.
Sumber: Kosmo online.

Friday, May 6, 2011

Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat.


Gambar hiasan.


Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”
(Muslim)
Huraian:
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Tuesday, May 3, 2011

Uniknya... Aksesori Tambahan Kereta.

Aksesori Tambahan Kereta.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sesuatu yang unik ingin saya kongsikan pada hari ini. Bukan tujuan saya untuk memalukan sesiapa tetapi mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada pemilik kereta ini. Saya terserempak dengan kereta ini di satu kawasan parking berbumbung di Kuala Perlis. Mungkin pemiliknya juga pergi ke Langkawi.

Anak panah (purple) menunjukkan aksesori tambahan yang dipasang pada sebuah kereta yang mungkin bertujuan untuk mengelakkan calaran atau kerosakan akibat bergesel dengan kereta lain. Alat yang diperbuat daripada paip getah, selotape dan tali ini dipasang di kanan dan kiri kereta. 

Mungkin anda boleh mencubanya...

Tuesday, April 26, 2011

MBMMBI


10,000 guru bahasa Inggeris dilatih tahun ini
KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran menyasarkan untuk melatih 10,000 guru bahasa Inggeris tahun ini bagi memastikan pengajaran bahasa itu di sekolah berjalan ­lancar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penye­diaan latihan berkenaan selaras dengan pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu yang bermula tahun depan.
“Walaupun Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, kementerian giat melaksanakan pelbagai usaha dan strategi bagi meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bahasa Inggeris.

“Sehingga kini, hampir 12,000 guru terlibat dalam program latihan khusus untuk mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris yang diadakan tahun lepas dan untuk tahun ini kementerian menyasarkan 10,000 guru bahasa Inggeris diberikan latihan sama,” katanya ketika menjawab soalan Senator Ng Fook Heng pada persidangan Dewan Negara di sini, semalam.

Ng ingin tahu langkah kukuh yang diambil untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar peringkat rendah dan menengah memandangkan pemansuhan PPSMI untuk Tahun Satu dilaksanakan tahun depan.

MBMMBI diperkenalkan bagi menggantikan PPSMI yang akan dimansuhkan pada 2012 setelah mendapati dasar itu gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan pada masa sama menjejaskan pencapaian pelajar, khususnya di luar bandar dalam kedua subjek itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selain menubuhkan Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Dasar MBMMBI yang dipengerusikan beliau sendiri, kementerian akan melakukan pengambilan semula guru bersara bahasa Inggeris dengan menawarkan kerja kontrak.

Katanya, mulai tahun ini sehingga 2013, kementerian menyasarkan 600 guru bersara bahasa Inggeris akan dilantik secara kontrak di seluruh negara dan sehingga Mac lalu, 168 guru menerima tawaran berkenaan.

"Kerajaan turut membawa masuk 375 penutur jati dari luar negara untuk melaksanakan program peningkatan profesionalisme pensyarah dan guru bahasa Inggeris dengan 360 daripada pakar bahasa Inggeris itu dilantik sebagai mentor kepada guru bahasa Inggeris bagi 1,800 sekolah rendah.

"Kementerian juga meningkatkan kapasiti bilik komputer di sekolah sebagai makmal bahasa Inggeris, dengan 20 sekolah dipilih sebagai perintis makmal itu tahun lepas dan diperluaskan ke 700 sekolah lagi tahun ini," katanya. - Bernama

Sumber: Sinar Harian online.

Saturday, April 23, 2011

Kelebihan Senyum.

 1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Tuesday, April 19, 2011

Mengapa Nak Bunuh Diri?

Gambar hiasan-Cubaan Bunuh Diri

Hari ini saya mendengar dua kejadian cubaan membunuh diri. 

Satu kes dirujuk ke ICU manakala satu lagi dirujuk kepada pakar psikiatrik.

Saya hairan mengapa ada manusia yang mengambil jalan pintas dengan cuba membunuh diri sendiri.

Bunuh diri bukan penyelesai masalah.

TERKINI

731 individu bunuh diri sejak 2007 - Rosnah Shirlin

Khasiat Pisang.

Pisang.


Ketua Diatetik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad, berkata seperti yang kita tahu, semua pisang boleh dimakan, bagaimanapun ada berapa jenis pisang yang tidak boleh dimakan iaitu pisang pisang hutan kerana banyak biji atau pisang muda.


"Ada pisang yang dimakan mentah dan ada juga tidak boleh dimakan mentah antaranya pisang tanduk, nangka, abu, lidi dan kapas," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.



Beliau berkata, pemakanan pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, serat, vitamin C dan Kalsium.



"Sebagai contoh, 2 biji pisang emas mengandungi 100 kalori, 73gram (g) air, 1.4g protein, 23 g karbohidrat, 1.7 g serat, 380 mikro gram (mg) karoten (pre vitamin A), 63 RE vitamin A, 8.3 mg vitamin C dan 342 mg kalium," katanya.



Khasiat pisang sudah tentu boleh membekalkan tenaga. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.



Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pula pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Seribu satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.



Pisang adalah buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia. Ia juga mampu menawarkan penyakit dan boleh membantu dalam kesihatan manusia.


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/10/khasiat-pisang-1001-khasiat-kaya.html#ixzz1Jt5IZofD

Monday, April 18, 2011

Khasiat Buah-Buahan.



Buah-buahan elok dimakan sebelum nasi kerana selain khasiat buah dapat membantu penghadaman, ia juga membuatkan kita terasa penuh perut dan mengelakkan kita terlebih makan selepas itu.


Jadi, budaya menjadikan buah sebagai pencuci mulut dan dihidang selepas habis makan harus dibuang sebaliknya jadikan ia sebagai hidangan pemula. 

Kebanyakan buah-buahan mengandungi lemak yang rendah dan membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A dan C, asid folik, zat besi serta kalsium. 

Buahan-buahan juga berserat tinggi yang membantu dalam mengelakkan masalah sembelit. Ia bukan saja mudah disediakan malah mudah dihadam. 

Sebenarnya ramai yang mengetahui kelebihan yang ada pada buah-buahan tetapi tidak berdisiplin mengambilnya.

Credit to Metro online

Menu Baru Cegah Obesiti.


PENGUSAHA kantin bukan sahaja perlu mengurangkan kekerapan menjual nasi lemak tetapi juga makanan ringan yang digoreng seperti nugget. - Gambar hiasan

SUBANG JAYA - Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.
Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri, pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong seseorang itu mengalami obesiti.
"Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan peringkat kebangsaan ke-5 2011 di sini semalam.
Sumber: Kosmo online

Mengapa Lembu Tertarik Kepada Warna Merah?

 Dah lama saya terfikir nak tulis entri ni...
Masa kecik-kecik dulu pun kita diberitahu oleh orang tua...
kalau pakai baju kala Merah, jangan lalu depan lembu..
nanti kena ligan...

Saya pun tak pasti...Mengapa Lembu Tertarik Kepada Warna Merah?
Lembu kejar orang sebab suka atau tidak suka warna Merah?...
Lembu Istimewa.
Anda ada jawapannya, sila beri pendapat. Terima kasih.

Sunday, April 17, 2011

Rahsia Titanic Dibongkar.



LONDON - Jika seseorang penulis mengambil masa selama 25 tahun untuk menulis sebuah buku mengenai sesuatu peristiwa, pastinya pendedahan yang dilakukan juga mengejutkan, sama seperti tempoh itu. 

Dan buku sensasi terbaru mengenai kapal Titanic yang karam akan memperbetulkan semua fakta mengenai kapal gergasi itu yang anda sangka anda tahu selama ini. 

Buku 101 Things You Thought You Knew About The Titanic...But Didn’t! tulisan Tim Maltin mendedahkan terdapat penumpang kapal ditembak mati kerana enggan keluar dari bot penyelamat yang terlebih muatan selepas kapal itu melanggar bongkah ais. 

Lebih mengejutkan, Maltin mendapati lebih ramai lelaki diselamatkan berbanding wanita dan jumlah golongan pertengahan yang diselamatkan melebihi golongan kaya. 

Maltin, 38, membaca 200 dokumen, 50,000 persoalan dan menemuramah 150 saksi sepanjang kajiannya mengenai nahas itu yang berlaku di Lautan Atlantik pada 15 April 1912 dan mengorbankan 1,500 orang. 

"Saya mula membaca mengenai Titanic semasa berumur tujuh tahun dan amat berharap buku ini akan memperbetulkan mitos mengenai sejarah hitam itu," katanya.

Sumber: Sinar Harian Online.

Friday, April 15, 2011

Nasi Lemak Kopi O.

Nasi Lemak + Kopi O

Assalamualaikum dan selamat  pagi.

Alhamdulillah, kita masih berpeluang menyedut udara yang segar pada pagi Jumaat ini.

Dah sarapan ke? Kalau belum eloklah pilih menu yang sesuai.
  
Apa kata kita makan nasi lemak + minum kopi O.

Pasti membuatkan anda lebih bertenaga hari ini.

Tapi..jangan amalkan selalu. Nasi lemak mempunyai kuantiti kolestrol yang agak tinggi, manakala kopi sedikit berasid. 

Apapun, jangan lupa bersenam. Amalkan gaya hidup sihat.

Related Posts with Thumbnails