Showing posts with label Buah-buahan tempatan. Show all posts
Showing posts with label Buah-buahan tempatan. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Buah-buahan Anti Kanser.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat calon SPM dan STPM, selamat menduduki peperiksaan masing-masing. Kepada rakan-rakan blogger semoga anda semua sihat.

Untuk sihat tubuh badan kita perlu makan makanan yang seimbang dan bersenam. Salah satu makanan yang mempunyai banyak faedah ialah buah-buahan.  Tabiat makan buah-buahan dapat menyihatkan tubuh badan kerana ia mengandungi banyak vitamin dan garam mineral.

Berikut ialah buah-buahan yang boleh bertindak sebagai anti kanser kerana mengandungi banyak anti-oksidan.

Sumber: Google Plus
Kebanyakan buah-buahan dalam foto di atas boleh didapati di negara kita. Beruntungnya kita....tapi berapa ramai orang kita yang ambil buah sebagai snek? Orang kita lebih suka makan makanan segera yang banyak mengandungi MSG. 

Apa pendapat anda?

Thursday, October 18, 2012

Khasiat Buah-Buahan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Anda dah sarapan ke? Kalau belum mungkin buah-buahan boleh menjadi salah satu snek wajib hari ni. Berikut saya kongsikan khasiat beberapa jenis buah-buahan.

Pisang, betik dan tembikai kaya pelbagai vitamin untuk kesihatan

Buah adalah sumber utama yang membekalkan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting untuk kesihatan. Serat misalnya, dapat mengurangkan masalah sembelit manakala vitamin dan mineral membantu mencegah penyakit. Antioksidan pula melambatkan proses penuaan dan pelbagai khasiat. 

Betik, tembikai dan pisang adalah antara buah yang senang didapati dan paling penting, ketiga-tiganya ada kebaikan tersendiri. 

Betik

Betik mempunyai khasiat tersendiri. Antaranya ia kaya Vitamin A, kalsium dan mengandungi kandungan enzim papain untuk memecahkan protein serta digunakan bagi melembutkan daging. Betik juga memudahkan penghadaman.

Betik mengandungi kalium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin. Jumlah kalorinya juga sangat rendah. Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C mengandungi serat tinggi. Cukup sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit.

Tembikai 
Mengandungi kadar kalori sangat rendah. Kaya dengan kalsium, karbohidrat, lemak, zat besi, magnesium, fosforus, potasium, protein, sodium dan gula. Kandungan potasium dalam tembikai membantu masalah tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan batu karang. 

Ada kajian menunjukkan tembikai boleh menguatkan sistem imunisasi tubuh dan dapat memerangi sebarang jangkitan penyakit. Dapat meredakan simptom osteoartris, selain kaya bahan anti oksidan yang dapat mengelakkan serangan kanser dan penyakit jantung. Makan tembikai turut dikatakan, dapat mengatasi masalah penglihatan tidak jelas pada waktu malam.

Pisang

Pisang boleh dimanfaatkan daripada kulit hingga kepada isinya. Kaya dengan vitamin, galian, gula yang menyihatkan dan karbohidrat untuk tenaga, selain rasa enak. Pisang mengandungi vitamin C dan ia bukan saja membantu sistem imunisasi, malah menggalakkan kulit sihat dan menawan.

Buah dan kulit pisang sering digunakan untuk rawatan kecantikan terutama bagi menegang, melembapkan kulit muka dan menjadikan wajah lebih berseri.

Pisang boleh buat anda gembira. Protein dalam pisang dikenali sebagai triptofan ditukar kepada serotonin oleh badan manusia. Serotonin sejenis bahan mampu menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan ragam diri dan secara keseluruhannya membuatkan anda gembira. Jika rasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang sambil rasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.


Credit to: Berita Harian online

Monday, July 4, 2011

Musim Buah-Buahan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam minggu ini, saya perhatikan banyak gerai buah-buahan didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan di sekitar laluan pergi dan balik ke tempat kerja.

Musim buah-buahan telah bermula di sini dan di kebanyakan tempat lain. Antara buah-buahan yang dijual ialah durian, manggis dan rambutan.

Bagaimana pula di tempat anda?

Rambutan

Manggis

Durian

Related Posts with Thumbnails