Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Monday, October 17, 2011

11 GOLOGAN AHLI NERAKA.



Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Saturday, August 20, 2011

Kuliah Mufti

Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Hj. Ahmad

Malam tadi, Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Hj. Ahmad, Mufti Kedah telah menyampaikan ceramah di Surau Andalusia, Bandar Laguna Merbok.

Ceramah beliau berkenaan Nuzul Quran.

Antara yang menarik...

"Al-Quran yang mulia diturunkan pada malam yang mulia (lailatul Qadar) oleh malaikat yang paling mulia (Jibril) kepada Nabi yang paling mulia (Nabi Muhammad S.A.W) untuk disampaikan kepada umat yang mulia."

Belia juga menjelaskan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan. Antaranya ialah Perang Badar, pembukaan kota Mekah, turunnya Al-Quran, Lailatul Qadar.....

Beribadat pada malam Qadar menyamai beribadat 1000 bulan (>83 tahun)..

Rebutlah peluang beribadah di 10 malam terakhir ini. Moga-moga kita akan bertemu dengan malam al-Qadar.


Wednesday, August 17, 2011

Bacalah...


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Selamat menyambut Hari Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam. Kepada yang bercuti hari ni, selamat bercuti. Kedah tak cuti hari ni...

Sama-sama kita bertadarus Al-Quran di bulan Ramadhan ini. Fadilatnya amat besar.

Bermula dengan Iqra'. Al-Quran merupakan mukjizat sepanjang zaman.

Bacalah 

Bacalah Al-Quran.


Monday, May 9, 2011

Aurat Perempuan dan Lelaki Muslim.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib  menutup aurat.

Realiti ramai daripada kita, beranggapan bahawa dia telah menjaga auratnya. Namun, dalam banyak situasi kita dapat melihat sedikit sebanyak kelemahan yang perlu kita perbaiki.


Sahkah solat jika berpakaian begini?

Adakah fesyen begini menutup aurat?

Mungkin maklumat di bawah boleh dijadikan panduan.

Sama-samalah kita beramal.

Friday, May 6, 2011

Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat.


Gambar hiasan.


Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”
(Muslim)
Huraian:
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Sunday, April 24, 2011

Kisah Teladan.


Pada zaman Nabi Musa, sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan zuriat. Maka, si suami telah bernazar jika mereka dikurniakan anak maka dia akan minum air kencing anjing hitam. Dengan takdir Allah, tidak lama kemudian isterinya mengandung dan bersalin. Dia pun bertemu dengan Nabi Musa. Dia memberitahu tentang nazarnya kepada Nabi Musa. 

Syariat pada zaman itu ialah dia perlu melaksanakan nazar tidak kira yang baik ataupun tidak. Namun, dia tidak sampai hati hendak minum air kencing anjing hitam. Lalu ia bertanya, "Adakah dia boleh gantikan dengan yang lebih teruk asalkan tidak minum air kencing anjing hitam? Maka, Nabi Musa menyuruhnya menadah air hujan yang terkena bumbung rumah orang yang tidak solat dan meminumnya kerana air itu lebih hina daripada air kencing anjing hitam.

Analoginya, betapa besarnya dosa orang yang tidak solat. Hatta, air hujan yang terkena bumbung rumahnya cukup hina. Maka, bayangkanlah dalam kehidupan seharian kita pada hari ini. Bagaimana dengan air tangan ibu-ibu yang tidak solat, yang menyediakan makanan pada anak-anak mereka? Apa akan jadi pada 'hati' anak-anak ini? Bagaimana pula jika tukang-tukang masak yang tidak solat menyediakan makanan untuk hidangan kita sekeluarga? 

Sebab itu, solat amat penting. Jangan tinggal solat. Solat itu tiang agama.

Kisah ini diperolehi drp Us. Akmal Hizam semasa Usrah Valencia.

Wednesday, March 23, 2011

Petua Khusyuk Dalam Solat






 
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
 
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
 
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
 
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. 

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
 
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
 
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
 
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
 
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
 
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
 
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
 
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
 
Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
 
Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."
 
Sumber:
http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/petua.html

Thursday, March 10, 2011

Hebat!

gambar dr google..

Hebatnya bro ni....boleh angkat kuda...

Anda boleh buat macam ni?


Semut ni pun hebat jugak....boleh angkat beban yang beratnya berganda-ganda

daripada berat badannya...

haxims.blogspot.com

ini lagi hebat....ciptaan manusia. Jambatan ni lebih tinggi dari Eifel Tower. Ia terletak di Perancis.

ini pula.......



rasanya....ini yang paling hebat!!!!

Hebatnya manusia dan makhluk tidak dapat mengatasi

kehebatan Allah S.W.T.

Tuesday, March 1, 2011

RAHSIA SUJUD



Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.


Dia amat kagum dengan penemuan tersebut,sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. 



Setelah memeluk Islam,dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah  klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran.Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah,biji hitam (black seed) dan sebagainya. 

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf,terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. 
Setelah membuat kajian yang memakan masa,akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang,maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal sepenuhnya. 



Oleh yang demikian,kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.


Kesimpulannya:

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam,walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu,tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya,walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka.Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. 


Dari itu,marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. 

Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.


Antara lain kelebihan sujud:-



Membetulkan kedudukan buah pinggang  yg terkeluar sedikit drpd tmpt asalnya.
Membetulkan pundi peranakan yg jatuh.
Melegakan sakit hernia. 
Mengurangkan sakit senggugut ktk haid. 
Melegakan paru-paru drpd ketegangan.
Mengurangkan kesakitan bg pesakit apendiks atau limpa. 
Memberi dorongan supaya mudah tidur.  
Meringankan bhg pelvis.
Mengggerakkan bahu, dada, leher, perut serta punggung ktk akan sujud dan bangun drpd sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semulajadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.



Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.



Kedudukan sujud adalah paling baik utk berehat dan mengimbangkan lingkungan bhg belakang pelvis.
Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi utk menyusukan bayi dan terhindar drpd sakit buah dada.



Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
Pergerakan bhg otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tmpt asal serta terhindar drpd sakit gelombang perut (convulsions).



Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima bnyk bekalan darah dan oksigen.

Sumber: Halaqah.net
  

Saturday, February 19, 2011

Waktu-waktu Mustajab Berdoa.

  1. Ketika hujan.
  2. Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat.
  3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
  4. Waktu antara azan dan iqamah.
  5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
  6. Ketika sujud dalam solat.
  7. Ketika khatam Al-Quran (30 juzuk).
  8. Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
  9. Sepanjang hari Jumaat.
  10. Kerana mengharapkan bertemunya dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yakni antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
  11. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Friday, February 18, 2011

Solat Dalam Sudut Pandangan Sains.

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Sekian untuk renungan kita bersama.

Sunday, February 13, 2011

Valentine's Day

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keputusan (English): 
 
The Ruling on Muslims Celebrating Valentine’s Day
 
Decision:

The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed the ruling on Muslims celebrating Valentine’s Day. The Conference decided that the teachings of Islam stress on love and there is no specific day in Islam to celebrate it.
 
Therefore, The Conference decided that the practice of celebrating Valentine’s Day is not part of Islam. The spirit of the celebration contains elements of Christianity and its practice that is mixed with sinful acts is prohibited and contradicts with Islam.
 
Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Thursday, February 10, 2011

Harta Jumpa Kena Serah.


Pesta Beras

Pesta Syiling
SUDAH jatuh ditimpa tangga, itu yang boleh dikatakan kepada pemilik wang syiling RM75,000 yang mengalami kemalangan di Kilometer 244 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas, baru-baru ini.
Walaupun kejadian berlaku dua minggu lalu, masih belum terlambat untuk dihuraikan mengenai hukum Islam atas insiden berkenaan.



Berdasarkan laporan akhbar tempatan, orang ramai dikatakan berpusu-pusu menghentikan kenderaan mereka, sebahagiannya bukan untuk menolong mengutip dan mengembalikan wang yang bertaburan itu, sebaliknya mengambil dan melarikan semua wang syiling yang dikutip.

Tentunya penghargaan wajar diberi kepada mereka yang datang membantu tetapi bagi yang mengambil kesempatan melarikan wang terbabit, kejadian seperti ini sangat mendukacitakan dan jelas memperlihatkan betapa rakusnya nafsu keinginan kepada wang.



Mereka sama sekali tidak mengendahkan persoalan hukum. Demikian amaran Rasulullah SAW yang bermaksud: “Akan sampai satu zaman di mana manusia tidak lagi menghiraukan daripada sumber mana diperoleh hartanya, sama ada daripada yang halal atau yang haram.” (Riwayat Al-Bukhari) Lebih teruk daripada itu, tiada lagi rasa ‘malu’ dan hiraukan kecederaan tuan punya wang yang berada di tempat sama.




Mereka juga tidak menghiraukan keselamatan diri sehingga dilaporkan ada yang mengutipnya di tengah-tengah lebuh raya, sehingga akhirnya pihak berkuasa terpaksa menutup laluan bagi memastikan tiada kemalangan nyawa akibat kerakusan itu.

Dalam Islam, setiap harta yang dijumpai dan tidak diketahui pemilik, tidak boleh kita nikmati sebelum melalui proses tertentu.



Harta yang ditemui tanpa diketahui pemilik dinamakan ‘Luqatah’ di dalam ilmu Fiqh Islam.

Rasulullah SAW menyatakan bahawasanya: “Barang siapa menjumpai sesuatu harta, wajiblah dia memaklumkannya (bersaksi) dia menjumpainya kepada orang yang adil atau pihak berkuasa, tidak boleh sama sekali dia menyembunyikan dan menghilangkannya.


Tuesday, February 1, 2011

HIDUP BERZIKIR


Sekadar berkongsi info...

oleh:

Us. Zahazan Mohamed
Jabatan Bahasa Al-Quran UIA


Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat ke 35 , maksudnya: 
"... dan orang2 lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah, maka Allah SWT telah menyediakan bagi mereka semuanya, keampunan dan pahala yang besar". Hebatnya kedudukan orang yang berzikir ini turut dinyatakan dalam firman  Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang berbunyi:  "Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur akan nikmatKu".

Berdasarkan ayat ini seorang para ulama' yang terkemuka dari benua India, Mulla 'Ali al-Qari Muhaddith menjelaskan bahawa, ibadah yang paling utama untuk dilakukan selepas dari membaca Al-Quran dan mempelajari hadith, ialah berzikir.

Sabda Nabi SAW pula yang bermaksud: Firman Allah SWT yang bermaksud:
 "Aku sentiasa bersama hambaku apabila dia mengingatiKu dan selagi bibirnya menyebutKu". Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah. Dalam sebuah hadith sahih yang lain Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "Tidaklah berhimpun sesuatu golongan itu untuk mengingati Allah melainkan Allah akan mengelilingi mereka dan rahmat meliputi mereka dan ketenangan turun kepada mereka dan disebut-sebut oleh Allah pada setiap yang ada disisiNya".

Umat Islam hendaklah menjadikan setiap kesempatan yang dilalui sebagai zikrulLah. Tetapi soalan yang timbul ialah bagaimana boleh berlaku begitu.  Al-Imam An-Nawawi ulamak pentahqiq mazhab Syafi'iy yang masyhur memperjelaskan dalam kitab al-Azkar, betapa mudahnya amalan zikir ini untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.  Beliau berkata bahawa segala tindak tanduk yang berasaskan kepada keimanan kepada Allah SAW merupakan zikir.  Jika difahami perkara ini maka bukan sahaja pertuturan itu mempunyai nilai zikir, malah tidur, bersembang, ziarah menziarahi juga termasuk dalam zikir.

Penjelasan ini adalah berteraskan kepada hadith2 dan ayat2 al-Quran yang menunjukkan perkara tersebut.  Hal ini sekaligus menafikan tanggapan 'rigid' masyarakat bahawa zikir hanyalah terbatas dalam waktu2 ibadah khusus seperti selepas solat atau pada waktu2 tertentu yang lain sahaja.

Al-Imam Al-Ghazaliy menyebut dalam Al-Ihya' - setiap episod yang dilalui dari pagi hingga ke malam hendaklah dipastikan menjadi ibadah kepada Allah SWT.   Lantaran itu, agenda kehidupan itu mestilah bermula dengan hubungan yang langsung dengan Allah SWT.  Alangkah baiknya jika hari kita dimulakan dengan 2 rakaat tahajjud diikuti dengan 2 raka'at sunat taubat, hajat dan sebagainya dalam sepertiga malam dan sebelum solat subuh

Selesai solat subuh lebih kurang 3 jam selepas matahari terbit, janganlah melepaskan peluang untuk beribadah yang menjamin keselematan di alam barzaqh iaitu solat duha serta menunaikan keperluan keluarga atau saudara muslim yang lain. 

Umat Islam yang bekerja akan menuju ke tempat kerja.  Kerja merupakan peluang untuk beribadah kepada Allah SWT dengan syarat menepati syarat yang ditetapkan oleh Islam.  Pada hari bekerja pula, waktu ini digunakan untuk bekerja dalam erti kata yang sebenarnya.  Apakah kita sedar kita mendapat rezki yang tidak halal sekiranya mengabaikan tanggungjawab kerja dengan menghabiskan masa di kedai makan, berbual dgn kawan, berjalan di mall dan sebagainya yang akan di soal Allah SWT kelak?

Menjelang waktu zohor pula, seseorang hamba itu boleh meneruskan pekerjaannya sebaik tamat solat zohor.  Pada hari yang tidak ke pejabat, sekiranya semua tanggungjawab terhadap isteri dan anak2 telah selesai maka di galakkan berehat atau qailulah iaitu tidur untuk membolehkannya Qiyamullail.  
  
Apabila masuk waktu asar , tugasnya ialah bersolat seperti biasa kemudian berzikir dan berwirid, seterusnya beraktiviti berbentuk kekeluargaan bersama anak dan isteri menerusi aktiviti2 rekreasi, riadhah dan kreativiti.  Di samping dapat meningkatkan kesihatannya ia juga merupakan waktu berkualiti yang berupaya untuk menjalin hubungan kekeluargaan cara yang paling effisien dan memupuk kemesraan keluarga.

Kedatangan waktu maghrib menandakan berakhirnya hari tersebut. Al-Hasan ra berkata: 'Wahai anak Adam, sesungguhnya engkau itu ibarat hari2.   Apabila berlalu sehari, bererti hilang sebahagian darimu dan hari2 ini apabila berlalu takkan kembali lagi.  Engkau wajar menghitung hidupmu, adakah kau berjaya memperbaiki amalannya untuk bertemu Allah SWT?  Jika kau berjaya menunaikan sebahagian kebaikan, maka hendaklah memuji Alah SWT yang telah memberi kepadamu taufiq untuk melakukannya. Jika sebaliknya, maka wajarlah bertaubat kepadaNya dan berazam untuk tidak beriltizam dengan maksiat itu'.  Maksiat itu hendaklah diimbangi dengan kebaikan kerana Allah SWT menyebut dalam firmanNya bermaksud: 
"Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan". Itulah yang menyebabkan ramai golongan salaf berusaha menutup hari mereka dengan sedeqah dengan harapan agar dilupuskan 'hutang' yang berlaku dalam sehari suntuk kehidupan.

Waktu antara maghrib dan Isya' hendaklah diisi dengan sebaiknya, samada untuk menghadiri majlis ilmu atau membaca Al-Quran atau bertasbih, berzikir dan solat sunat.  Menurut sesetengah ulama', Allah SWT memuji para sahabat dengan sikap memelihara ibadah mereka pada waktu ini dan sepertiga malam dalam surah As-Sajadah ayat 16 yang bermaksud: 
"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal2 soleh), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut akan kemurkaanNya serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi keredaanNya dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka". 

Mengisi masa bersama anak2 samada membantu melakukan ulangkaji pelajaran atau mengadakan perjumpamaan kekeluargaan untuk berbincang tentang perkembangan ilmu terkini dalam format perbincangan juga merupakan inisiatif ibadah yang terpuji dan ia termasuk dalam konteks zikir yang diperluaskan.

Seterusnya selesai solat Isya', eloklah kiranya diisi dengan program Al-Quran seisi keluarga. Antara surah yang digalakkan untuk dibaca setiap malam adalah surah Al-Waqi'ah.  Nabi Muhammad SAW bersabda dalam sebuah hadith riwayat Ibn As-Sunniy dan Ibn Al-Jauziy yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam akan terselamat dari kepapaan".

Sebelum tidur, alangkah baiknya jika dikerjakan solat sunat witir sebagai penutup solat pada malam itu.  Sekiranya dipilih oleh Allah swt untuk tersenarai bersama hambanya yang Qiyam, maka ia adalah nikmat dariNya. Tidurlah dalam keadaan berwudhuk, suci dan dengan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Mudah-mudahan kita beroleh kedudukan hamba yang taat kepada Allah SWT yang sentiasa mengingatinya dalam segenap waktu dan masa yang diberikan.

Friday, January 21, 2011

Tazkirah Pagi Jumaat

AMALKAN 7 KALIMAT DIBIBIR
7 kalimah yang baik selalu diucapkan agar kita mudah-mudahan
tidak tergolong dari orang yang lalai dari mengingati-Nya:

1.bismillahhirrahmannirrahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.astaghfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.inshaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquwwataillabillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.

6.innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.
Related Posts with Thumbnails