Showing posts with label keselamatan. Show all posts
Showing posts with label keselamatan. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

30 Sakit Penangan Bihun Goreng.


Gambar hiasan


SUNGAI SIPUT: Hasrat 30 pelajar sebuah sekolah menengah, di sini, meneruskan kem motivasi di sekolah terbantut selepas mengadu muntah, loya, sakit perut dan cirit birit gara-gara ‘penangan’ bihun goreng dan teh tarik yang diambil sebagai sarapan.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, pelajar tingkatan tiga, lima dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Muda Abdul Aziz itu menjamu makanan berkenaan sebelum bergegas ke tandas selepas mengadu sakit perut yang teruk.

Saturday, August 13, 2011

Awas! Pencuri di Laguna Merbok.

Gambar Hiasan
Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hati-hati wahai warga Laguna Merbok. Semalam, sebuah motosikal didapati hilang di kejiranan Valensia, Bandar Laguna Merbok.

Sebelum ni, sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran Surau Andalusia turut hilang. Selain itu, ada juga beberapa kes kecurian berlaku.

Sama-sama kita berwaspada dan ambil tindakan pencegahan agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

"Komuniti kita, tanggungjawab kita bersama."
Related Posts with Thumbnails