Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Bonus Raya.


Alhamdulillah....

"Kerajaan bersetuju untuk membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 kakitangan awam. Bayaran khas sebanyak RM500  juga diberikan kepada 590,000 pesara kerajaan."

Inilah berita yang dinanti-nanti oleh kebanyakan kakitangan awam dan pesara bagi persediaan menjelang Syawal nanti. Moga-moga 'duit raya' yang bakal diterima digunakan sebaik-baiknya.

Terima kasih kepada PM.

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432H.


Assalamualaikum dan salam Ramadhan 1432H.

Saya ucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia yang akan berpuasa esok.

Malam ini jangan lupa untuk menunaikan solat sunat Tarawikh dan Witir.
Perbanyakkan amal ibadah di bulan ini seperti bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya...

Jangan lupa untuk niat puasa. Jangan lupa bangun makan sok (sahur).

"RAMADHAN KARIM"

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru 2011.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat Hari Guru kepada bekas guru-guru saya, rakan-rakan guru dan isteri saya yang juga seorang guru.

16 MEI 2011

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"


Bila murid duduk,
cikgu berdiri
bila murid diseligi,
cikgu pulak kena gari
murid datang naik BMW 7 siri,
cikgu datang motor buruk cukai jalan pon mati
murid belajar sampai PhD,
cikgu baru berkira nak sambung degree.

Waktu pelajar sakit,
guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes,
guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,
guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah,
guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru,
guru menjadi penunjuk arah

Namun begitu,
di dunia cikgu berbakti
moga di akhirat syurga menanti
teruskan perjuangan yang mulia,
ikhlaskanlah hati
selamat hari guru
untuk semua warga pendidik



Wednesday, May 11, 2011

Benarkah nak jadi jururawat mesti cantik?

Gambar hiasan.

Seorang teman memberitahu saya bahawa nak jadi jururawat/nurse kena cantik. Dia kata kalau jururawat cantik, pesakit mudah sembuh. 

Melalui  pemerhatian, saya dapati kenyataannya ada kebenaran. Lihatlah jururawat-jururawat samada di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan, atau swasta, majoritinya cantik-cantik belaka. 

Benarkah nak jadi jururawat mesti cantik?

Pada pendapat saya, ia mungkin kebetulan sahaja, yang mana jururawat pelatih dipilih berdasarkan kelulusan dan kriteria lain. Kecantikan adalah nilai tambah yang menyebabkan seseorang itu dipilih. Cantik bukan hanya fizikal, tetapi ia juga meliputi soal sikap dan akhlak.

Di Malaysia, jururawat cukup sinonim dengan wanita. Kini, sudah ada jururawat lelaki, tapi tak ramai.

Esok, 12 Mei 2011 adalah Hari Jururawat Sedunia. Saya ucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat.

Pendapat anda?

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu.


Kaum bapa turut sama meraikan Hari Ibu-Gambar Hiasan

Selamat Hari Ibu 

buat
ibu saya, isteri saya dan ibu-ibu di seluruh Malaysia.

"IBU... ENGKAULAH RATU HATIKU"

Hormati dan hargai pengorbanan ibu.

Friday, May 6, 2011

Follower ke-444.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Alhamdulillah, follower dah 444.

Terima kasih kepada


yatie awang

yang menjadi follower ke-444.
dan kepada followers lain.
Jom singgah blog saudari yatie awang. 

Saturday, April 23, 2011

Terima Kasih Sahabat Siber.

Assalamualaikum dan Selamat pagi.

Terima kasih tidak terhingga saya kepada sahabat siber yang telah follow LAGUNAMERBOK.

Google followers dah mencecah 410.

Alhamdulillah kerana sahabat-sahabat sudi follow blog yang masih banyak kekurangan ini.

Sahabat-sahabat juga digalakkan untuk meninggalkan URL anda di SINI.


Global
 919,383
Alexa Traffic Rank 



Malaysia Flag
 3,805
Traffic Rank in MY 


Terima kasih.

Friday, March 18, 2011

Terima kasih Followers.

Followers (330More »










Sebahagian drp 330 followers



Assalamualaikum dan selamat malam.

Saya ucapkan terima kasih kepada followers dan pembaca blog ini. Lebih kurang setahun saya aktif berblogging dan berblogwalking, followers bertambah dengan begitu banyak. Lebih daripada 300 orang followers baru menjadikan kini 330 followers. Begitu juga rakan-rakan facebook yang menyokong blog ini yang mencecah 270.

Tak lupa kepada followers drp 

Followers (42)

Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang sudi menjenguk blog ini walaupun entrinya tidaklah sehebat entri di blog-blog anda. 

Sekali lagi.....jutaan terima kasih kepada semua.


LAGUNAMERBOK
270
people like this
Related Posts with Thumbnails