Monday, June 13, 2011

Macam-Macam Jenis Gula.



Gula pasir
  • Ia adalah gula hasil kristalisasi cairan tebu dan biasanya berwarna putih. Ia dikenali sebagai gula pasir kerana bentuknya seperti pasir dan banyak digunakan untuk pemanis dalam minuman dan makanan.

    Gula pasir kasar
  • Gula ini terhasil daripada proses kristalisasi cairan tebu. Berbeza dengan gula pasir, gula ini memiliki tekstur yang lebih kasar manakala warnanya juga lebih berwarna-warni. Biasanya gula jenis ini banyak digunakan untuk ditaburkan pada permukaan makanan sebelum dibakar kerana ia tidak meleleh dalam suhu ketuhar.

    Gula kastor
  • Gula kastor memiliki bentuk yang lebih halus daripada gula pasir dan berwarna putih bersih. Sifatnya mudah bercampur dan banyak digunakan sebagai bahan campuran untuk pemanis dalam adunan kuih, biskut dan kek.

    Gula aising
  • Gula aising adalah sejenis gula yang mengalami proses penghalusan sehingga berbentuk debu. Teksturnya sangat halus dan ia menjadi pilihan utama untuk membuat krim hiasan kek.

    Gula dadu
  • Sesuai dengan namanya, gula dadu memiliki bentuk seperti dadu. Berbeza dengan gula biasa, ia memiliki kualiti yang sangat tinggi dan lazim digunakan sebagai pemanis dalam minuman teh atau kopi.

    Gula perang
  • Gula ini berwarna coklat dan wangi seperti karamel. Rasanya tidak semanis gula biasa dan banyak digunakan untuk pembuatan biskut.

    Gula jeli
  • Ia adalah larutan gula yang warnanya kuning dan kental sehingga menyerupai jeli. Ia sering digunakan sebagai campuran dalam adunan krim mentega.

    Sirap mapel
  • Sirap yang diperoleh daripada pohon mapel yang banyak terdapat di wilayah Amerika Utara. Ia mengandungi larutan 70 peratus sukrosa dan glukosa dalam air. Paling menjadi pilihan untuk dinikmati bersama penkek.

    Sirap jagung
  • Sirap jenis ini diperbuat daripada pati jagung dan rasanya tidak semanis gula biasa. Ia mampu menyerlahkan kesan lebih lembap pada kuih atau kek.

    Gula maltosa
  • Terhasil daripada fermentasi bijirin yang sudah direndam dan dikeringkan sebelum menjalani proses panggang dan penggilingan.
    Bentuknya menyerupai madu namun rasanya lebih manis daripada madu.

    Karamel
  • Produk yang diperoleh dengan pemanasan gula. Ia biasanya hadir dalam warna coklat dan hitam serta memiliki bau wangi yang tersendiri.Gula ini banyak digunakan sebagai pewarna dan perisa tambahan pada makanan bagi menambah aroma serta rasa.

    Sumber: Harian Metro online


    SZ: Ambillah gula secara berhemah iaitu dalam kuantiti yang kecil kerana pengambilan gula yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

  • 4 comments:

    mama aini said...

    thanks en.shaiful..gula pun ada bermacam2 jenis ya !!...n ada bermacam2 juga penyakit berpunca dr penggunaan gula yg berlebihan..he2x..

    Shaiful Zaidi said...

    @MaMa AiNi
    Salam kak Aini..
    ya gula mcm2 jenis...
    penyakit pun mcm2 jenis...
    kurangkan gula dlm makanan, banyakkan 'gula' dlm senyuman...he3x

    D.A.Y.A.H said...

    paling suke karamel..
    sbb byk dessert karamel yg sedap2..hehe

    Shaiful Zaidi said...

    @D.A.Y.A.H
    mmg sedap...tp mkn kena control. jgn berlebihan..nanti obes..hehehe

    Related Posts with Thumbnails