Sunday, October 9, 2011

Pesakit NCD Meningkat.


BANGI – Bilangan pesakit yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dijangka meningkat sebanyak 12 peratus setiap tahun dan kerajaan akan berusaha menanganinya sebaik mungkin.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar) berkata, pada tahun lepas, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM1.3 bilion bagi membekalkan ubat kepada pesakit NCD.
“Jumlah perbelanjaan tersebut akan meningkat kerana bilangan penghidap penyakit itu juga semakin bertambah berbanding tahun sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Siswa Sihat 1 Malaysia di sini semalam.
Sebagai contoh, menurut Rosnah, kajian terbaharu menunjukkan seramai 1.5 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap diabetes.
“Pada masa yang sama, kira-kira 4.8 juta penduduk berusia 30 tahun ke atas menderita penyakit hipertensi,” ujarnya.
Sumber: Kosmo online

2 comments:

mama aini said...

ramainya pesakit skrg ni..termasuk juga mama..hu2x..seawal usia 18 pun diaorg dah hidap penyakit..muda sangat !!..

Shaiful Zaidi said...

@ MaMa AiNi
kalau ikut statistik mmg ramai...
mungkin faktor pemakanan dan kurang bersenam antara puncanya..

Related Posts with Thumbnails