Sunday, August 7, 2011

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2011.


Alat untuk menyukat beras. Gantang (paling besar) digunakan untuk menyukat beras bagi membayar zakat fitrah. 

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia pada tahun ini.
Sarawak: RM6.20 
Sabah, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan): RM7.00
Melaka,Negeri Sembilan: RM6.50 
Johor : RM5 dan RM7.50.
Terengganu: RM5, RM7 dan RM8.
Perlis:  RM6 
Bagi umat Islam di ibu kota, mereka boleh membayar zakat fitrah di Pejabat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan yang dibuka setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini dari jam 8.15 pagi sehingga 4.30 petang.
Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian zakat 1-300-88-5757 atau layari www.zakat.com.my atau www.facebook.com/zakat.my.
Menerusi laman web yang sama, pengguna juga boleh membayar pelbagai jenis zakat lain secara online dan laman sesawang itu turut dilengkapi dengan pelbagai maklumat dan aktiviti terkini mengenai pusat zakat dan kemudahan yang disediakan sepanjang bulan Ramadan.
 Credit to: Kosmo online
SZ: Memang mudah nak bayar zakat fitrah sekarang. Di shopping complex pun ada kaunter zakat, kat masjid pun ada, online pun boleh....
Teringat semasa dahulu....zakat fitrah (beras) diberikan terus kepada asnaf zakat di kampung masing-masing...Kini beras telah digantikan dengan duit...

5 comments:

Yin Areesa said...

Salam Ramadhan yang Berkat.
Teringat dulu-dulu kat umah, sukat beras guna gantang. Pastu letak dalam plastik, hantaq umah orang (bagi zakat fitrah).
Lani terus je beli kat kedai atau bayaq guna duit saja...

Shaiful Zaidi said...

@sofea fayyadh
salam Ramdhan....masa dulu mmg best bila nak bagi zakat fitrah...sukat beras sendiri, lps tu pi hantar kat yg berkenaan.. La ni, guna duit saja..

mama aini said...

cepatnya masa beredar..skrg ni org bayar zakat fitrah dgn duit je..lbh memudahkan kot..he2x..

Shaiful Zaidi said...

@MaMa AiNi
zaman sudah berubah....bayar zakat fitrah pun ikut peredaran zaman.

Shaiful Zaidi said...

@ NormaLiza Mah
Salam perkenalan...terima kasih berkunjung ke sini..
insyaAllah

Related Posts with Thumbnails