Showing posts with label Komuniti laguna. Show all posts
Showing posts with label Komuniti laguna. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Pengedaran Tong Sampah Beroda Di Laguna Merbok.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semua warga Bandar Laguna Merbok dijemput untuk mengambil tong sampah beroda secara percuma edaran E-Idaman. Sila datang ke ruang letak kereta berhampiran Kedai Bintang.

Saya dah ambil. Sila bawa salinan KP dan bil. (apa2 aje) dan lengkapkan borang.

Sunday, March 24, 2013

Kempen Keahlian Koperasi Laguna.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Petang ini saya ingin berkongsi info tentang Koperasi Laguna (Koperasi Komuniti Islam Bandar Laguna Merbok). Koperasi Laguna baru sahaja ditubuhkan dan sedang giat mengadakan kempen keahlian. 

Fi masuk RM100 dan syer  RM300.

Sesiapa yang berkenaan dan berminat, sila hubungi no. tel. yang tertera di bawah.



Monday, November 12, 2012

Masjid Bandar Laguna Merbok Hampir Siap.

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan semua.

Apa khabar anda hari ni? Hari ni anda kerja atau pi mana-mana? Saya banyak berhibernasi hari coz cuaca mendung dan kadangkala ujan kat luar.

Alhamdulillah..nampaknya Masjid Bandar Laguna Merbok dah hampir siap. Malam-malam masjid ini telah diterangi dengan lampu.

Selepas siap Fasa 1 yang dilaksanakan oleh kontraktor Amsyir Engineering, maka Fasa 2 pula akan bermula untuk melengkapkan fasiliti masjid. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyumbang dana untuk pembinaan masjid ini. Kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang ingin membuat amal jariah sila lawati http://masjid-andalusia.blogspot.com

Pemandangan waktu malam.

Ruang dalam masjid.

Pemandangan masjid dari luar.

Wednesday, October 3, 2012

Maut Dilanggar Treler di Laguna Merbok.

Maut dilanggar treler
Keadaan mangsa maut di lokasi kejadian akibat dirempuh treler.
SUNGAI PETANI – Seorang lelaki maut terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dinaiki bersama seorang rakan dilanggar sebuah treler dari belakang dekat laluan Laguna Merbok–Sungai Layar di sini, kira-kira jam 1 petang, kelmarin.

Mangsa dipercayai berusia 30-an sedang dalam perjalanan dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara ingin membelok ke Bandar Laguna Merbok sebelum dilanggar sebuah lori yang datang dari arah sama.

Saksi kejadian, Syed Fuad Syed Osman, 27, berkata, pada mulanya dia nampak motosikal yang dinaiki dua lelaki berada di hadapan sebuah lori.

“Apabila sampai di simpang empat Bandar Laguna Merbok, motosikal itu ingin membelok ke kanan.

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba treler yang ingin meneruskan perjalanan ke arah Sungai Layar itu mungkin menambah had laju kerana melihat lampu isyarat hijau terus merempuh kedua-dua mangsa,” katanya.

Akibat rempuhan itu, mangsa maut di lokasi kejadian, manakala rakan mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Tinjauan ke lokasi kejadian mendapati, motosikal mangsa masih menunjukkan isyarat ingin membelok berdasarkan ‘signal’ yang masih terpasang, manakala pemandu lori difahamkan tiada di lokasi kejadian.

Jurucakap polis berkata, kemalangan menyebabkan seorang maut, manakala rakan mangsa yang cedera dibawa ke HSAH untuk rawatan lanjut.

SZ: Takziah buat keluarga mangsa. Credit to:SINAR HARIAN
20 September 2012

Tuesday, October 2, 2012

Perbuatan yang tidak patut berlaku di Laguna Merbok.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Foto di atas menceritakan segala-segalanya... 

Saya sebagai salah seorang penghuni di Bandar Laguna Merbok berasa amat kecewa dengan perbuatan tidak bertanggungjawab individu tertentu yang menconteng papan tanda jalan dengan cat.

 Bukan satu, tapi ada beberapa papan tanda yang mengalami nasib yang sama. Perbuatan vandalisme ini tidak sepatutnya berlaku di kawasan perumahan ini kerana boleh menyusahkan orang ramai khususnya orang luar yang ingin berkunjung ke Laguna Merbok. Ia juga mencacatkan pemandangan mata.

Agak-agak, kenapa la ada orang yang sanggup buat macam ni?

Saturday, July 21, 2012

Sekolah yang ditunggu-tunggu warga Laguna Merbok.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan

Nampaknya sekolah yang ditunggu-tunggu oleh warga Bandar Laguna Merbok bakal siap tak lama lagi. Mungkinkah sekolah ini bakal beroperasi tahun depan?  Ia sudah tentu menjadi pilihan majoriti warga Laguna untuk menghantar anak mereka ke sini.

Kini

Dahulunya kawasan ini dilitupi semak-samun. Alhamdulillah, kini bangunan sekolah pun sudah didirikan. Kalau dilihat dari luar, hanya sedikit lagi kerja-kerja pembinaan yang berbaki.

Suatu masa dahulu.

Moga sekolah yang bakal beroperasi ini menjadi sekolah yang cemerlang dan contoh dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah.

Tuesday, June 12, 2012

Derma & Wakaf Untuk Pembinaan Masjid Bandar Laguna Merbok.

 Assalamulaikum dan salam sejahtera

Malam tadi, saya menghadiri mesyuarat jawatankuasa pembinaan Masjid Bandar Laguna Merbok. Mesyuarat di Surau Andalusia BLM bermula selepas solat Isyak dan berakhir kira-kira pukul 12.00 tgh malam. Berbagai agenda dibincangkan termasuk soal-soal teknikal pembinaan masjid.

Setakat ini, sebanyak 62% kerja-kerja pembinaan telah disiapkan. InsyaAllah Masjid Bandar Laguna Merbok akan siap di penghujung Dis. 2012. Walau bagaimanapun, dana masih diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan ini.

Tuan/Puan dialu-alukan untuk menyumbang. Terima kasih.

Untuk keterangan lanjut, sila klik brosur di bawah>>



Tuesday, April 3, 2012

Hujan Lebat Di Laguna Merbok.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Ketika ini hujan lebat di Laguna Merbok. Bagaimana pula cuaca di tempat anda ?



Thursday, December 8, 2011

Peta Bandar Laguna Merbok.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu lepas ada seorang hamba Allah yang datang nak makan kenduri di Laguna Merbok bertanya kepada saya bagaimana nak pi ke rumah di LRG BLM.... Malunya saya. Saya tak pasti lorong tu kat mana. Besar jugak Bandar Laguna Merbok....mana saya tau semua lorong atau jalan. 

So, sesiapa yang datang  nak makan kenduri atau ziarah saudara/sahabat di Laguna, boleh jadikan  peta di bawah sebagai rujukan. Semoga sedikit sebanyak ia dapat membantu anda.


Peta Bandar Laguna Merbok.
*Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Thursday, September 29, 2011

Monyet Laguna.

Kat Laguna memang banyak monyet yang mendiami hutan paya bakau berhampiran dengan Sg. Merbok. Jika anda ke jeti Laguna, anda mungkin berjumpa dengan monyet-monyet ini. Tapi anda tak dibenarkan memberi makan monyet-monyet ini (berdasarkan sign board yang ada di situ).


Related Posts with Thumbnails