Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Monday, March 20, 2017

Selamat Pengantin Baru buat Ridzuan dan Hasanah

Selamat pengantin baru buat sepupu saya Mohd Ridzuan Bin Hj Mohd Yusof dan pasangannya Noor Hasanah Binti Omar. Semoga berkekalan hingga ke jannah.

Majlis kenduri kahwin telah berlangsung di rumah bapa saudara saya, juga tempat kelahiran saya di Kg Pisang, Kupang, Baling. Alhamdulillah..saya dapat bertemu ramai sanak-saudara especially bapa2 saudara saya (gambar).

Menu istimewa yg dihidangkan ialah gulai daging batang pisang. Memang sedaplah..

Ok.. jumpa lg di lain entri..



Wednesday, September 4, 2013

Hanya Tinggal Kenangan.

 
5 Sc. 1, Sek. (Men. Sains) Sultan Mohamad Jiwa, 1994.
   
Al-Fatihah buat rakan sekelas pada tahun 1993 &1994 yg telah meninggal dunia petang semalam di Hospital Selayang. Arwah Sarul Yusmin atau lebih dikenali dgn Bob (berdiri di tgh baris ke-2)dijangka dikebumikan pagi ini di Shah Alam. Takziah buat keluarga Allahyahram.  Semoga ruhnya dirahmati oleh Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yg soleh.

Pada tahun 90-an, saya telah kehilangan seorang rakan, Arwah Najib ( baris blkg, 4 dr kiri) akibat kemalangan jalan raya ketika menuntut di UUM. 

Al-Fatihah..

Kini hanya sekeping gambar menjadi kenangan...

SZ: Cuba teka yang mana satu adalah saya?

Friday, November 2, 2012

Menikmati Nira Di Ladang Nipah Ismail Che Kar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anda penggemar Nira? Jika anda suka minum nira nipah, di Kedah ada satu tempat yang cukup menarik untuk menikmati minuman istimewa ini. Anda boleh berkunjung ke Ladang Nipah Ismail Che Kar di Jalan Kuala Sedaka, di daerah Yan.

Wednesday, January 25, 2012

Asrama Pondok Pak Man Musnah Terbakar.

Assalamualaikum dan selamat pagi..

SMA Nahdzah, Bukit Besar.

Semalam saya pi kenduri di Bukit Besar, Kota Sarang Semut. Dekat dengan rumah kenduri, satu kebakaran berlaku di sebuah sekolah agama yang dikenali dengan Pondok Pak Man atau SMA Nahdzah. Ini dah kali ketiga sekolah ini terbakar.

Saya pernah menyaksikan api menjulang tinggi semasa kejadian pertama pada tahun 1996. Semalam, hanya kelibat kereta bomba sahaja yang saya lihat coz masa kejadian saya tengah makan nasi kenduri.

Berikut ialah berita tentang kejadian seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan.

Friday, June 10, 2011

KDA 1-9999



ALOR SETAR: Orang ramai terutamanya anak jati Kedah yang menantikan nombor pendaftaran kenderaan "KDA" yang membawa maksud "Kedah Darul Aman" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mulai Isnin ini. 

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata tempahan akan dibuka selama 14 hari dari 8 pagi Isnin ini hingga 12 tengah hari 26 Jun.

"Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka (1-10) akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000. 

Nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300. 

"Kita menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon mengenai nombor pendaftaran KDA. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud Kedah Darul Aman," katanya. 

Ahmad Musadad berkata, mereka yang tinggal di luar Kedah boleh membuat tempahan dengan melayari laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my. 



"Mereka yang mahu membuat tempahan tidak kiralah sama ada melalui laman web atau datang terus ke pejabat kita perlu mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran dengan jelas, mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri sama ada individu, perniagaan, syarikat, koperasi atau agensi kerajaan. 

"Selain itu, pemohon juga perlu sertakan surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran, salinan asal bayaran yuran perkhidmatan RM10 dan bayaran deposit 50 peratus daripada harga tempahan yang boleh dibuat dalam bentuk bank draf, kiriman wang atau wang pos atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia," katanya. 

Beliau berkata, setakat ini nombor pendaftaran yang paling tinggi dijual adalah KCQ dengan harga RM85,000 manakala KCT dijual dengan harga RM66,000. 

"Tidak mustahil ada yang sanggup membeli nombor pendaftaran KDA dengan harga melebihi RM100,000," katanya. - BERNAMA 


Sumber: Berita Harian online
Related Posts with Thumbnails