Thursday, July 29, 2010

Penulis blog perlu ada kod etika - Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kod etika itu juga merupakan peraturan asas untuk mendisiplin diri setiap penulis blog.

"Kalau tidak ada kod etika, penulis blog akan menulis apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan sama ada ia berasaskan fakta atau tidak.

"Penulis blog seharusnya memainkan peranan membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkuliti.

"Oleh itu, kod etika diperlukan sebagai peraturan dalam diri (penulis blog) supaya menulis berasaskan kepada fakta dan kebenaran bukannya sekadar sesesuka hati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Media Sosial dan Blogger 2010 di Hotel Berjaya Times Square di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, blog merupakan antara medium terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada seluruh masyarakat di negara ini. - Utusan

1 comment:

izyantyPersonalTaste said...

ada dengar berita pasal nie gak....memang le perlukan tapi,thah cam xdak kebebasan bersuara je kan...n xleh nak luahkan apa yg kita rase...sebagai rakyat...

Related Posts with Thumbnails