Hari ini dalam sejarah ....pertama kali aku terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas sejak aku tinggal di Kedah. Dulu semasa di Kuala Lumpur, boleh dikatakan setiap hari aku tersangkut dalam jam. Paling lama aku pernah teperangkap dalam kesesakan di tempat parking pasaraya SOGO selama satu jam kerana jalan-jalan di sekitar K.L jam teruk.
Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja seperti biasa aku melalui lebuh raya PLUS. Sampai berhampiran dengan pencawang elektrik sebelum susur keluar Gurun, kereta aku tak dapat bergerak langsung. Aku lihat ramai pemandu kenderaan keluar dari kereta masing-masing untuk melihat apa yang berlaku di hadapan. Dalam fikiranku aku agak mesti ada kemalangan yang teruk kat depan.
Lebih kurang 10 minit barulah kenderaan mula bergerak kembali tapi perlahan. Sampai di lokasi tersebut aku sempat merakamkan apa yang berlaku. Memang remuk teruk kereta itu dan terbalik. Aku pun meneruskan perjalanan ke tempat kerja.
Menurut rakan-rakan sejawat yang melalui kawasan itu selepas aku, mereka melihat anggota keselamatan sedang mengangkat mayat di lokasi tersebut. Tak silap aku, aku pernah tersempak dengan kemalangan di lokasi yang hampir sama sebelum ini.
SZ: Untuk melihat dengan lebih jelas sila klik foto di atas.
No comments:
Post a Comment