Wednesday, July 28, 2010

I Miss U...

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Tujuh pemuda yang rindu alam persekolahan ditahan polis semalam selepas menyamar pelajar di sebuah sekolah menengah di Taman Melawati di sini, semalam.

Semuanya yang berumur 20 tahun lengkap berpakaian seragam sekolah termasuk seorang berbaju kurung ditahan ketika leka mengikuti pembelajaran dalam kelas, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan.

“Mereka masuk ke sekolah itu kira-kira jam 7.30 pagi dan menyertai perhimpunan pagi sekolah. Selepas tamat perhimpunan, ketujuh-tujuh bekas pelajar itu masuk ke kelas lama masing-masing iaitu kelas mereka ketika tingkatan lima sesi 2007,” katanya.

Kehadiran ‘pelajar baru’ di dalam kelas itu disedari guru yang kemudian menghubungi polis.

“Hasil soal siasat, kami mendapati punca mereka menyamar pelajar sekolah itu atas alasan ingin kembali semula ke alam persekolahan. Mereka duduk dalam keadaan sopan tanpa sedikit pun mengganggu sesi pembelajaran,” kata Abdul Jalil

Beliau berkata ketujuh-tujuh lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

“Semua lelaki itu tidak bekerja ataupun belajar. Polis sudah memanggil ibu bapa masing-masing sebelum mereka dibebaskan kira-kira jam 8 malam tadi.

“Polis dalam proses mengambil keterangan guru dan pelajar sekolah itu. Siasatan juga dijalankan sama ada bekas pelajar itu mempunyai niat untuk melakukan jenayah di sekolah berkenaan,” kata Abdul Jalil.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. — Bernama

2 comments:

misyamissyou said...

lorh..tu gambar lelaki-lelaki tu ke? mereka cuma mahu ke sekolah semula..polis tangkap pulak..

Shaiful Zaidi said...

tu gambar org lain..perempuan kut. cuba tengok betui2...

Related Posts with Thumbnails