Thursday, March 24, 2011

Melombong Di Kubur


Kegiatan melombong haram di kubur terbongkar


Mohd. Mokhtar menunjukkan sebahagian daripada batu besi yang digali secara haram di Tanah Perkuburan Rapat Setia, Ipoh semalam.


IPOH – Disangkakan tanam sayur dan bela ikan, rupa-rupanya menggali batu besi secara senyap-senyap.
Tindakan sebuah syarikat mengeluarkan batu besi secara haram di kawasan Tanah Perkuburan Rapat Setia, Gunung Rapat di sini sejak tujuh bulan lalu akhirnya terbongkar berikutan serbuan pihak berkuasa semalam.
Dalam serbuan kira-kira pukul 8.30 pagi itu, lebih 200 penguat kuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Ipoh, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan polis menyita peralatan seperti jentolak, cangkul dan tong yang digunakan untuk ‘melombong’ batu besi di tanah perkuburan itu.
Namun tiada sebarang tangkapan dibuat kerana aktiviti mengeluarkan mineral yang mengandungi bijih besi itu tidak beroperasi semalam.
Serbuan itu dibuat berikutan laporan Jawatankuasa Tanah Perkuburan Rapat Setia (JTPRS) yang diamanahkan untuk menyelia tanah perkuburan tersebut oleh JAIP.
Pengerusi JTPRS, Mohd. Mokhtar Saidin berkata, sebelum ini, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat untuk menjalankan projek pertanian dan penternakan ikan di kawasan seluas 6.9 hektar berdekatan tanah perkuburan itu.
Sumber: Kosmo online

No comments:

Related Posts with Thumbnails