Showing posts with label Buku/Majalah/Makalah. Show all posts
Showing posts with label Buku/Majalah/Makalah. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Nak A Dalam Exam?


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang buku yang ditulis oleh rakan saya Sifoo Sidee.

Buku ini mengandungi pelbagai tips dan teknik belajar untuk mendapat A dalam peperiksaan. Saya pernah bertugas bersama Sifoo Sidee suatu ketika dulu dan yakin kepakarannya dalam bidang tersebut.

Buku terbitan Karangkraf ini berharga RM 9 sesuai digunakan untuk pelajar di pelbagai peringkat umur.

Untuk keterangan lanjut, anda bolehlah layari:http://www.mudahbelajar.com/




Thursday, April 28, 2011

Sabar Itu Indah.

Sabar itu ganjarannya syurga.

Dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan sesunggunhnya

Sabar Itu Indah.

Itulah antara petikan yang boleh didapati daripada majalah Solusi edisi 31.




"MARAH ITU MUDAH, SABAR ITU INDAH"

Sunday, April 17, 2011

Rahsia Titanic Dibongkar.



LONDON - Jika seseorang penulis mengambil masa selama 25 tahun untuk menulis sebuah buku mengenai sesuatu peristiwa, pastinya pendedahan yang dilakukan juga mengejutkan, sama seperti tempoh itu. 

Dan buku sensasi terbaru mengenai kapal Titanic yang karam akan memperbetulkan semua fakta mengenai kapal gergasi itu yang anda sangka anda tahu selama ini. 

Buku 101 Things You Thought You Knew About The Titanic...But Didn’t! tulisan Tim Maltin mendedahkan terdapat penumpang kapal ditembak mati kerana enggan keluar dari bot penyelamat yang terlebih muatan selepas kapal itu melanggar bongkah ais. 

Lebih mengejutkan, Maltin mendapati lebih ramai lelaki diselamatkan berbanding wanita dan jumlah golongan pertengahan yang diselamatkan melebihi golongan kaya. 

Maltin, 38, membaca 200 dokumen, 50,000 persoalan dan menemuramah 150 saksi sepanjang kajiannya mengenai nahas itu yang berlaku di Lautan Atlantik pada 15 April 1912 dan mengorbankan 1,500 orang. 

"Saya mula membaca mengenai Titanic semasa berumur tujuh tahun dan amat berharap buku ini akan memperbetulkan mitos mengenai sejarah hitam itu," katanya.

Sumber: Sinar Harian Online.

Thursday, April 7, 2011

Menghayati Budaya Ilmu.



Buku ini ditujukan khas kepada semua mahasiswa. Judul buku ini ialah Menghayati Budaya Ilmu; Faham Ilmu, Amalan Dan Panduan sebagai salah satu tema utama memajukan universiti bagi menjadi universiti terbaik.

Konsep dan frasa 'budaya ilmu' mula diperkenalkan oleh Prof. Dr Wan Mohd. Nor Wan daud(1988) Menerusi risalah berjudul Budaya Ilmu: Konsep, Prasyarat dan Perlaksanaan di Malaysia. Menurut tafsiran beliau, Budaya Ilmu ialah kewujudan sesuatu keadaan setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan; dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik pada tahap individu atau masyarakat, ditentukan dan diputuskan serta dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. Konsep tersebut terus dikembang dan dibahaskan secara lebih terperinci dalam penulisan beliau kemudiannya.

Justeru , buku ini diterbitkan bukan bertujuan untuk memberi definisi dan dimensi baru tentang budaya ilmu. Sebaliknya, untuk mengumpulkan semula pandangan dan dimensi berkaitan konsep, nilai dan amalan ilmu dalam konteks untuk memperkasakan budaya ilmu di universiti. Secara lebih spesifik, buku ini diharap dapat dijadikan panduan oleh seluruh mahasiswa untuk turut sama menyubur dan menyemarakkan lagi amalan budaya ilmu dalam kehidupan harian.

Author: Zaini Ujang
ISBN: 9789835207129
Publisher: UTM Press

SZ: "Menghayati Budaya Ilmu" merupakan sebuah karya amat yang menarik.

Saturday, January 15, 2011

Indahnya Hidup Bersyariat



Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu. 

SZ: Indahnya hidup kalau kita sentiasa mengikut syariat.

Monday, January 10, 2011

Solusi


Hari ini aku ingin berkongsi sebuah majalah yang baru aku baca..........Solusi. 

Pada pendapat aku, Solusi memang menarik..

penuh dengan pengisian... nasihat, panduan...

sesuai dibaca..

untuk menambahkan 

ilmu.
Related Posts with Thumbnails