Showing posts with label Pusat Sumber Cemerlang. Show all posts
Showing posts with label Pusat Sumber Cemerlang. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Siti datang lagi..


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini sekali lagi Dato' Siti Nurhaliza dan Datuk K dan family mengunjungi Sek. Men. Keb. Pekula  Jaya,  Tikam Batu. Jika tahun lepas, saya berkesempatan berbuka puasa bersama mereka, tapi kali ini mereka hanya singgah sebentar di sekolah ini pagi tadi.

Kedatangan mereka kali ini ialah untuk 'merasmikan' Tangga Ilmu yang dibina hasil  sumbangan Datuk K. Selain itu, mereka turut mengunjungi Pusat Sumber Dato' Seri Khalid yang pernah mendapat tempat kedua anugerah Pusat Sumber Cemerlang peringkat kebangsaan.

Sesi bergambar di atas Tangga Ilmu.

Kelihatan Datuk K sudah pulih  daripada kecederan akibat kemalangan tempoh hari dan semakin ceria. Dato' Siti pula semakin anggun dengan fesyen terkini yang menutup aurat.

Monday, October 22, 2012

Datuk Siti Nurhaliza Ikon NILAM.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi berkunjung ke SMK Pekula Jaya, Tikam Batu.  Kedatangan Siti kali ini adalah untuk menerima pelantikan sebagai ikon program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) sekolah ini.

Dengan pelantikan ini, bermakna Siti akan menjadi contoh untuk menyemarakkan amalan membaca di kalangan para pelajar. Selain itu, Datuk Siti juga akan memberi sumbangan kepada aktiviti Pusat Sumber Datuk Seri Khalid melalui Yayasan Nurjiwa.


Pengetua, Tn Hj Idris menyampaikan plak dan sijil kepada Datuk Siti Nurhaliza sebagai ikon NILAM SMK Pekula Jaya, Tikam Batu, Kedah.


Datuk Siti bersama-sama Pengetua dan barisan pengawas Pusat Sumber Datuk Seri Khalid yang telah diiktiraf sebagai Pusat Cemerlang (tempat ke-2) Peringkat Kebangsaan.
Datuk Siti dan DS K bersedia untuk menjamu selera.

Datuk Siti dan DS K beberapa tahun lepas.
SZ: Semoga minat membaca di kalangan para pelajar meningkat, sesuai dengan kehadiran Datuk Siti sebagai ikon NILAM.

Lagi foto di :http://instagram.com/p/REmjZpLQqf/

Monday, July 30, 2012

Iftar Bersama Dato' Sri K dan Dato' Siti Nurhaliza.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam saya berkesempatan untuk hadir dalam Majlis Iftar Ramadhan bersama Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa dan isterinya Dato' Siti Nurhaliza di SMK Pekula Jaya, Tikam Batu.

Ramai juga tetamu yang hadir yang terdiri daripada guru-guru dan keluarga mereka serta AJK PIBG sekolah.

Dato' Sri K dan Dato' Siti melawat Pusat Sumber Dato' Sri Khalid yang mendapat tempat kedua Anugerah Pusat Sumber Cemerlang peringkat kebangsaan. Selain itu, Galeri Dato' Sri Khalid diwujudkan di sekolah itu sebagai menghargai sumbangan dan pencapaian Dato' Sri Khalid yang pernah menjadi pelajar di sekolah itu.

Sempat jugak saya bergambar bersama Dato' Sri K.

Thursday, March 8, 2012

Jom Lawat Pusat Sumber Dato' K.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' Sri Khalid  sedang membaca buku di Pusat Sumber Dato' Sri Khalid, SMK Pekula Jaya. 

Tahniah saya ucapkan kepada Pusat Sumber Dato' Sri Khalid (Dato' K) SMK Pekula Jaya yang telah memenangi pertandingan Pusat Sumber Cemerlang peringkat negeri Kedah. Tahniah buat semua warga SMKPJ.
Related Posts with Thumbnails