Wednesday, September 12, 2012

Ke Arah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya ingin berkongsi tentang Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 seperti dilaporkan oleh akhbar hari ini.

Sembilan bidang keutamaan tersebut adalah: 
1. Memartabatkan profesion perguruan;
2. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah; 
3. Meningkatkan kualiti sekolah; 
4. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran; 
5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa; 
6. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan; 
7. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja; 
8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber dan 
9. Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.

Sebelas anjakan tersebut adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa; 
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; 
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai; 
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan;
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah; 
6. Mengupaya jabatan pelajaran negeri (JPN), pejabat pelajaran daerah (PPD) dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan; 
7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia; 
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan; 
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas; 
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit dan 
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


2 comments:

Eraz Fadli said...

datang membaca Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.

shaiful zaidi said...

terima kasih singgah dan bagi komen.

Related Posts with Thumbnails