Showing posts with label Siti dan Datuk K. Show all posts
Showing posts with label Siti dan Datuk K. Show all posts

Sunday, June 14, 2015

Bertemu Dato' Siti dan Datuk K lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam, saya berkesempatan bertemu sekali lagi dengan penyanyi terkenal, Dato' Siti Norhaliza dan suaminya Datuk Seri  Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K)

Dato'  Siti dan Datuk K pulang ke Kg Permatang Pasir, Tikam Batu untuk menyampaikan zakat kepada fakir miskin di Masjid Al-Khalidiah.

Setelah itu, mereka ke rumah sepupunya tidak jauh dari situ. Saya dijemput oleh sepupu Datuk K ke majlis kenduri tersebut.

Tak sangka pulak dapat bertemu  Dato'' Siti dan Datuk K untuk kali kedua..

Monday, July 29, 2013

Siti datang lagi..


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini sekali lagi Dato' Siti Nurhaliza dan Datuk K dan family mengunjungi Sek. Men. Keb. Pekula  Jaya,  Tikam Batu. Jika tahun lepas, saya berkesempatan berbuka puasa bersama mereka, tapi kali ini mereka hanya singgah sebentar di sekolah ini pagi tadi.

Kedatangan mereka kali ini ialah untuk 'merasmikan' Tangga Ilmu yang dibina hasil  sumbangan Datuk K. Selain itu, mereka turut mengunjungi Pusat Sumber Dato' Seri Khalid yang pernah mendapat tempat kedua anugerah Pusat Sumber Cemerlang peringkat kebangsaan.

Sesi bergambar di atas Tangga Ilmu.

Kelihatan Datuk K sudah pulih  daripada kecederan akibat kemalangan tempoh hari dan semakin ceria. Dato' Siti pula semakin anggun dengan fesyen terkini yang menutup aurat.

Monday, October 22, 2012

Datuk Siti Nurhaliza Ikon NILAM.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi berkunjung ke SMK Pekula Jaya, Tikam Batu.  Kedatangan Siti kali ini adalah untuk menerima pelantikan sebagai ikon program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) sekolah ini.

Dengan pelantikan ini, bermakna Siti akan menjadi contoh untuk menyemarakkan amalan membaca di kalangan para pelajar. Selain itu, Datuk Siti juga akan memberi sumbangan kepada aktiviti Pusat Sumber Datuk Seri Khalid melalui Yayasan Nurjiwa.


Pengetua, Tn Hj Idris menyampaikan plak dan sijil kepada Datuk Siti Nurhaliza sebagai ikon NILAM SMK Pekula Jaya, Tikam Batu, Kedah.


Datuk Siti bersama-sama Pengetua dan barisan pengawas Pusat Sumber Datuk Seri Khalid yang telah diiktiraf sebagai Pusat Cemerlang (tempat ke-2) Peringkat Kebangsaan.
Datuk Siti dan DS K bersedia untuk menjamu selera.

Datuk Siti dan DS K beberapa tahun lepas.
SZ: Semoga minat membaca di kalangan para pelajar meningkat, sesuai dengan kehadiran Datuk Siti sebagai ikon NILAM.

Lagi foto di :http://instagram.com/p/REmjZpLQqf/

Thursday, July 7, 2011

Siti Berduet Dengan Penyanyi Baru...

Malam ni kita layan lagu yang didendangkan oleh Datuk Siti Nurhaliza
dengan penyanyi baru..Kenal tak siapa??

Maaf video ni terbalik...kena pusing notebook anda...hehehe


Sebenarnya abang ni turut terlibat sama dengan rombongan ke rumah Siti baru-baru ni.

Bertuah la abang dapat berduet dengan Siti..


Saturday, July 2, 2011

Rombongan Ke Rumah Datuk Siti Nurhaliza.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam ini, saya ingin berkongsi foto-foto yang diambil oleh isteri saya semasa menghadiri majlis tahlil di rumah Datuk Khalid dan Datuk Siti Nurhaliza pada 30 Jun 2011. 
Rumah Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza di Bkt Antarabangsa, K.L.

Datuk Siti, Cikgu Shima dan isteri saya.

Datuk K dan Datuk Siti.

Cikgu Azman, sepupu Datuk K.

Cikgu-cikgu SMK Pekula Jaya bersama Datuk Siti Nurhaliza.

KCT 1 Milik Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza.

K-Datuk Khalid, CT-Datuk Siti Nurhaliza

Inilah kereta milik Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza.
Uniknya ialah kereta ini mempunyai no. plat KCT 1.

Plat ini telah berjaya dimiliki dengan bidaan RM66,550.


SZ: Teringin nak test drive kereta ni...hehehe.



Saturday, June 18, 2011

Askar Selebriti.


PRINTIS...(dari kiri) David, Mohd Nor, Shaheizy, Ana, Siti, Intan, Nurul dan Aizat tampak bergaya dengan pakaian celoreng.
PENAMPILAN penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memakai seragam beruniform Askar Wataniah tampak segak. Siti yang dikenali dengan penampilan sopan, tetap kelihatan anggun memakai pakaian celoreng.
Biarpun tanpa seragam lengkap, gaya bintang pujaan ramai itu seolah-oleh seperti sebahagian daripada platun tentera yang mengikuti kursus latihan.

   
  • FotoANA...teruja menyertai pasukan Askar Wataniah.
  • FotoSITI...status selebriti bukan halangan untuk menyertai pasukan beruniform.
  • FotoSEDIA...Siti, Intan dan Nurul memberi tabik hormat kepada Zahid.


Siti yang ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, mengetuai barisan selebriti yang juga kumpulan pertama diterima dalam kelompok Selebriti Dalam Askar Wataniah. 

Penampilannya cukup bersemangat dan ceria, apatah lagi ketika digandingkan dengan penyanyi muda, Ana Raffali yang mula dikenali melalui lagu Tolong Ingatkan Aku dan kini popular dengan lagu duet Kalau Berpacaran bersama Sohaimi Meor Hassan dan Altimet.


Turut dipilih dalam program itu, penyanyi Aizat Amdan, pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana serta Kapten Mohd Nor. Tidak ketinggalan menyahut cabaran dalam program khas itu, produser Metrowealth (MIG), David Teo serta Nurul Hidayah Zahid Hamidi yang juga bekas pengacara Inspirasi Ramadan di RTM.

Sumber: Metro online

SZ:Selepas ini, mungkin ramai yang akan memohon untuk menjadi askar.

Friday, May 27, 2011

Siti Jadi Askar ?


Gambar hiasan-Siti dan Datuk K di Pusat Sumber Datuk Khalid SMK Pekula Jaya, Tikam Batu.


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat.

Siti Nurhaliza dikatakan bersetuju untuk menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa katanya ketika menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan.


Sunday, February 20, 2011

Majlis Perasmian Masjid Al-Khalidiah.

Pintu gerbang ke Kg Permatang Pasir.

Ketibaan DYMM Sultan Kedah.

DYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah diringi oleh Datuk K.

DYMM Sultan Kedah menurunkan tandatangan.

Masjid Al-Khalidiah yang tersergam indah.


Siti dan Datuk K suatu ketika dulu di SMK Pekula Jaya.
SUNGAI PETANI – Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah menyatakan impiannya untuk membina masjid.

Impiannya itu tercapai semalam apabila Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir di sini.
Masjid berwarna putih dengan kos keseluruhan termasuk kelengkapan bernilai RM1.7 juta itu siap sepenuhnya pada Ogos tahun lalu hasil pembiayaan Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan berkenaan pada 2006.
Majlis perasmian itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Negeri Kedah 2010, Othman Azumi Ahmad.
Siti Nurhaliza bersyukur kerana proses pembinaan masjid itu selesai dengan majlis perasmiannya semalam yang kebetulan sama dengan tarikh lahir yang ke-52 suaminya.
“Apabila kami berurusan dengan pejabat Istana, tarikh yang Tuanku pilih adalah hari ini (semalam) iaitu 19 Februari.
Sumber berita: Kosmo online
Sumber foto: FB

Wednesday, June 23, 2010

KCT 1

Dato' Siti dan Datuk K di SMK Pekula Jaya

Tahniah!

Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K akhirnya berjaya memiliki nombor plat kenderaan KCT 1.

Nombor plat kenderaan yang tiba-tiba menjadi buruan ramai golongan ahli perniagaan dan syarikat korporat ini telah sah menjadi milik Datuk K setelah beliau menjadi pembida tertinggi menerusi nilai bidaan sebanyak RM66,550.

Dalam proses pembidaan itu, JPJ telah menetapkan harga minimum atau harga pembukaan tempahan nombor itu adalah sebanyak RM10,000. Tetapi setelah proses bida-membida dilakukan, akhirnya Datuk K juga yang berjaya memilikinya.

Kalau Datuk K dan Dato' Siti datang lagi ke SMK Pekula Jaya, pandulah 'KCT 1'. Warga SMKPJ, Tikam Batu teringin sangat nak melihatnya dan amat berbangga dengan kejayaan Datuk K.

*Datuk K merupakan bekas pelajar SMK Pekula Jaya, Tikam Batu.

Thursday, April 15, 2010

Budaya Membaca

Gambar Hiasan: Dato' Siti Norhaliza dan Dato' Khalid sedang membaca di Pusat Sumber Dato' K, SMK Pekula Jaya.

Para pembaca blog sekalian, budaya membaca merupakan budaya yang baik dan perlu dipupuk semenjak kecil lagi. Dengan membaca, kita dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kefahaman tentang sesuatu perkara.

Membaca boleh dijadikan sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Bagi pelajar, membaca merupakan suatu proses yang sangat penting untuk menguasai ilmu selari dengan konsep "Membaca Jambatan Ilmu".

Walau bagaimanapun, masyarakat kita pada hari ini masih kurang membaca. Justeru itu, ramai yang tidak mengetahui perkembangan semasa dan tidak peka dengan perkembangan ilmu.
Walaupun banyak kempen supaya masyarakat menjadikan membaca satu budaya, namun ia masih kurang mendapat sambutan. Sepatutnya kita perlu membaca setiap hari walau sebaris ayat. Membaca amalan yang mulia.
Related Posts with Thumbnails