Wednesday, July 31, 2013
Monday, July 29, 2013
Siti datang lagi..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini sekali lagi Dato' Siti Nurhaliza dan Datuk K dan family mengunjungi Sek. Men. Keb. Pekula Jaya, Tikam Batu. Jika tahun lepas, saya berkesempatan berbuka puasa bersama mereka, tapi kali ini mereka hanya singgah sebentar di sekolah ini pagi tadi.
Kedatangan mereka kali ini ialah untuk 'merasmikan' Tangga Ilmu yang dibina hasil sumbangan Datuk K. Selain itu, mereka turut mengunjungi Pusat Sumber Dato' Seri Khalid yang pernah mendapat tempat kedua anugerah Pusat Sumber Cemerlang peringkat kebangsaan.
![]() |
| Sesi bergambar di atas Tangga Ilmu. |
Kelihatan Datuk K sudah pulih daripada kecederan akibat kemalangan tempoh hari dan semakin ceria. Dato' Siti pula semakin anggun dengan fesyen terkini yang menutup aurat.
Tuesday, July 31, 2012
Tuesday, June 19, 2012
Program Pengantarabangsaan SMK Pekula Jaya di SMA Negeri 1 Medan, Indonesia.
![]() |
| Pengetua SMK Pekula Jaya menandatangi MOU dengan wakil Kepala Sekolah SMA Negeri 1 Medan. |
![]() |
| Pak Sodirman sedang menerangkan sesuatu tentang Lab Bahasa. |
![]() |
| Aktivitri ko-kurikulum berjalan seperti biasa. |
![]() |
| Rombongan SMK Pekula Jaya dan wakil Kepala Sekolah. |
![]() |
| SMA Negeri 1 Medan. |
![]() |
| Koleksi piala yang mewakili kejayaan diterima oleh SMA Negeri 1 Medan. |
SZ: Uniknya sekolah ini ialah ia mempunyai Kelas Antarabangsa.
Saturday, May 21, 2011
Sambutan Hari Guru 2011 SMK Pekula Jaya.
![]() |
| Gambar Hari Guru SMK Pekula Jaya - Harian Metro 18 Mei 2011 |
Bestnya Bila Biniku Seorang Cikgu... Glamour bini saya beberapa hari lepas apabila fotonya disiarkan dalam akhbar Harian Metro. Laporan berita 18 Mei 2011 itu, mengenai sambutan Hari Guru di SMK Pekula Jaya, Tikam Batu yang cukup meriah.
Pelbagai acara sukan dan persembahan yang melibatkan guru dan pelajar dijalankan pada hari tersebut. Lebih 800 pelajar dan guru sekolah tersebut telah menyanyikan lagu selamat Hari Guru ketika Pengetua dan guru sekolah berkenaan memotong kek Hari Guru yang disumbangkan oleh Puteri UMNO kawasan Sg. Petani.
Friday, August 27, 2010
Majlis Berbuka Puasa SMK Pekula Jaya


Wednesday, June 23, 2010
KCT 1
Tahniah!
Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K akhirnya berjaya memiliki nombor plat kenderaan KCT 1.
Nombor plat kenderaan yang tiba-tiba menjadi buruan ramai golongan ahli perniagaan dan syarikat korporat ini telah sah menjadi milik Datuk K setelah beliau menjadi pembida tertinggi menerusi nilai bidaan sebanyak RM66,550.
Dalam proses pembidaan itu, JPJ telah menetapkan harga minimum atau harga pembukaan tempahan nombor itu adalah sebanyak RM10,000. Tetapi setelah proses bida-membida dilakukan, akhirnya Datuk K juga yang berjaya memilikinya.
Kalau Datuk K dan Dato' Siti datang lagi ke SMK Pekula Jaya, pandulah 'KCT 1'. Warga SMKPJ, Tikam Batu teringin sangat nak melihatnya dan amat berbangga dengan kejayaan Datuk K.
*Datuk K merupakan bekas pelajar SMK Pekula Jaya, Tikam Batu.












