Saturday, June 18, 2011

Askar Selebriti.


PRINTIS...(dari kiri) David, Mohd Nor, Shaheizy, Ana, Siti, Intan, Nurul dan Aizat tampak bergaya dengan pakaian celoreng.
PENAMPILAN penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memakai seragam beruniform Askar Wataniah tampak segak. Siti yang dikenali dengan penampilan sopan, tetap kelihatan anggun memakai pakaian celoreng.
Biarpun tanpa seragam lengkap, gaya bintang pujaan ramai itu seolah-oleh seperti sebahagian daripada platun tentera yang mengikuti kursus latihan.

   
  • FotoANA...teruja menyertai pasukan Askar Wataniah.
  • FotoSITI...status selebriti bukan halangan untuk menyertai pasukan beruniform.
  • FotoSEDIA...Siti, Intan dan Nurul memberi tabik hormat kepada Zahid.


Siti yang ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, mengetuai barisan selebriti yang juga kumpulan pertama diterima dalam kelompok Selebriti Dalam Askar Wataniah. 

Penampilannya cukup bersemangat dan ceria, apatah lagi ketika digandingkan dengan penyanyi muda, Ana Raffali yang mula dikenali melalui lagu Tolong Ingatkan Aku dan kini popular dengan lagu duet Kalau Berpacaran bersama Sohaimi Meor Hassan dan Altimet.


Turut dipilih dalam program itu, penyanyi Aizat Amdan, pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana serta Kapten Mohd Nor. Tidak ketinggalan menyahut cabaran dalam program khas itu, produser Metrowealth (MIG), David Teo serta Nurul Hidayah Zahid Hamidi yang juga bekas pengacara Inspirasi Ramadan di RTM.

Sumber: Metro online

SZ:Selepas ini, mungkin ramai yang akan memohon untuk menjadi askar.

10 comments:

orang panggil aku 'KAM' said...

salam...adakah artis2 ni dilayan istimewa berbanding askar wataniah yang lain....bukan pa...kalau dilayan diberi latihan yang sama adil x kisah...ni kalu dia orang masuk hanya nak promote wataniah dan bila latihan sabtu ahad diberi layan istimewa x sama spt askar wataniah yang lain itu tidak adil... saja nak lepaskan pandangan....

MaMa AiNi said...

aha cantik dato` siti dgn uniform ini..org yg cantik sptnya..pakai apapun tetap nampak cantik..he2x..dgn menyertai askar wataniah ini sekurang2nya mereka dpt menyelami dunia pasukan keselamatan dan merasai bagaimana susahnya utk berkawad n menggunakan senjata !!..akak memang peminat siti..he2x..

dari dapur nasya said...

mintak2 ler depa nie join bukan sbb nak nama kannnn...

Pak Syahot (sYaHir) said...

siti mmg ttp cun pkai ape pon except yg seksi2...jd seksa mata tgk klo ct pkai...sokong dgn usaha selbriti trlibt dgn askar wataniah neyh...at least ble buat mcm neyh, celik jgk lah mata belia kt luar sana pasal bnde neyh so that dorg xdela nk mmbzir mase mlpak x tntu hala..klo x celik jgk mata dorg, mmg rasa nk smbh cuka getah jela nmpknye... :)

Shaiful Zaidi said...

@ orang panggil aku 'KAM'
salam. terima kasih atas pandangan anda.

Shaiful Zaidi said...

@ MaMa AiNi
Salam akak...selamat berhujung minggu.Wife saya pun minat siti jugak. Siti dan Datuk K dah banyak kali datang ke sekolahnya. Datuk K bekas pelajar di situ.

Shaiful Zaidi said...

@ dari dapur nasya
Salam akak...harap2 begitulah...

Shaiful Zaidi said...

@ Pak Syahot (sYaHir)
Salam...artis adalah ikon masyarakat. Penglibatan artis dalam Askar Wataniah sedikit sebanyak mempengaruhi masyarakat khususnya golongan muda untuk terlibat sama.

Zyash said...

Agak2 nak ke diorg buat semua latihan askar tu ye nanti...

Shaiful Zaidi said...

@ Zyash
moga-moga depa semua berjaya mengikuti latihan/kursus ketenteraan itu..

Related Posts with Thumbnails