Wednesday, January 25, 2012

Asrama Pondok Pak Man Musnah Terbakar.

Assalamualaikum dan selamat pagi..

SMA Nahdzah, Bukit Besar.

Semalam saya pi kenduri di Bukit Besar, Kota Sarang Semut. Dekat dengan rumah kenduri, satu kebakaran berlaku di sebuah sekolah agama yang dikenali dengan Pondok Pak Man atau SMA Nahdzah. Ini dah kali ketiga sekolah ini terbakar.

Saya pernah menyaksikan api menjulang tinggi semasa kejadian pertama pada tahun 1996. Semalam, hanya kelibat kereta bomba sahaja yang saya lihat coz masa kejadian saya tengah makan nasi kenduri.

Berikut ialah berita tentang kejadian seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan.

Adenan Osman (kiri) bersama anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat memeriksa asrama Sekolah Menengah Agama Nadzah Bukit Besar yang terbakar di Yan, Kedah, semalam.

YAN 24 Jan. - Sebuah asrama pelajar lelaki di Sekolah Menengah Agama Nadzah, Bukit Besar di sini hangus dalam satu kebakaran di sini hari ini.

Kejadian pukul 12.40 tengah hari itu dipercayai berpunca akibat litar pintas sebelum merebak ke seluruh bilik dan memusnahkan katil, tilam dan segala kelengkapan pelajar.

Pengetua sekolah itu, Adenan Osman berkata, ketika kejadian tiada pelajar berada di dalam bilik asrama berkenaan kerana bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina.

"Pada 1996 dan 2005 ada kebakaran yang membabitkan sebuah blok asrama pelajar perempuan di sekolah ini.

"Saya bersyukur kerana tiada pelajar kami terbabit kerana mereka semua bercuti. Bagaimanapun saya harap pihak berkaitan menyegerakan proses baik pulih kerana pelajar akan masuk semula Ahad ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Lat Shariman Abdullah yang melawat sekolah berkenaan mencadangkan agar pihak berkaitan membuat pemeriksaan semula bagi memastikan sistem pendawaian di sekolah berkenaan berada dalam keadaan baik dan selamat.

"Pada saya pendawaian di sekolah ini perlu diperiksa semula bagi memastikan ia selamat kerana saya percaya pendawaian elektrik di sekolah ini sudah menjangkau lebih 30 tahun.

"Justeru saya cadangkan dan akan panjangkan perkara ini juga supaya pendawaian elektrik di sekolah ini dan juga sekolah-sekolah supaya diperiksa semula," ujarnya.

Credit to: Utusan online

SZ: Sistem pendawaian yang usang perlu diperiksa/diganti kerana ia melibatkan soal keselamatan pelajar dan warga sekolah. Mungkin pihak-pihak berwajib/luar boleh menyumbang untuk meringankan beban kewangan pihak pengurusan sekolah.

6 comments:

khairul said...

naseb baik tiada kemalangan jiwa

KhaiRin - anies said...

kalu x silap msk berita mlm td..

Shaiful Zaidi said...

@ khairul
alhamdulillah takda yg cedera...lgpun skg sekolah sdg bercuti..

Shaiful Zaidi said...

@ KhaiRin - anies
ya ka...
semlm saya tak sempat tgk berita

mama aini said...

kesiannya..mama pun tgk berita tu..hu2x..

Shaiful Zaidi said...

@mama aini
kesian..student yg duk asrama nak stay kat mana lps cuti nnt...

Related Posts with Thumbnails