Friday, November 2, 2012

Menikmati Nira Di Ladang Nipah Ismail Che Kar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anda penggemar Nira? Jika anda suka minum nira nipah, di Kedah ada satu tempat yang cukup menarik untuk menikmati minuman istimewa ini. Anda boleh berkunjung ke Ladang Nipah Ismail Che Kar di Jalan Kuala Sedaka, di daerah Yan.



Satu jag nira ini berharga RM10. Minum dibawah rimpunan pokok nira, sambil makan kacang goreng memang satu pegalaman yang cukup indah.


Nira yang diminum cukup lazat. Sejag tak cukup sebenarnya....kena oder lagi. Selain nira, jelly nira juga ada dijual. RM1 satu unit. 


Perusahaan Nira ini pernah disiarkan di akhbar tempatan. Ia juga mendapat bimbingan daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Keratan akhbar

Mayang Nira Nipah

Suasana di Ladang Nipah Ismail Che Kar

Guestbook juga disediakan untuk merekodkan kedatangan anda.


Orang Kedah panggil 'Nira', orang Kelantan panggil 'Tuak'...orang tempat lain panggil apa?

10 comments:

Arham Md Ali said...

Aku memang tak bolehla minum nira ni, sebab rasa dia pelik. Air kelapa gak best.

Tapi maybe nira ni acquired taste kot, lama-lama minum baru rasa kelazatannya.

Roz said...

Assalam..

sy pun xminum Nira..lain mcm lak rasanya...xkena dgn tekak kot..hihihi

Hafeezan said...

saya kalau balik kampung kat kota kuala muda mesti beli air nira nipah. kat kampung saya banyak pokok nipah dan ramai pengusaha nira yang ada gerai menjual air nira di bahu-bahu jalan. kalau yang tak biasa minum memang rasa manis semacam je. hehehe... tapi bagi saya memang sedap, kalau saya seorang boleh habis 2 bungkus air nira. kat sini dijual RM2 sebungkus kalau beli direct. kalau yang tolong jual saje RM2.50.

❤Kamsiah❤ said...

salam
tak pernah minum nira nipah...
kecik2 dulu biasa minum nira kelapa kat kg...dah tua2 ni tekak takleh terima la pulak...

Kesuma Angsana said...

wei sedap ni lama x rasa

Fendy said...

org johor panggil nira gak...hehe

atIEsAyAnGkAmU said...
This comment has been removed by the author.
atIEsAyAnGkAmU said...

org johor pun panggil nira...
tp org johor yg neh tk penah rase lg...heeee

khairul said...

1st time dengaq nama tpt ni Shaiful

mama aini said...

ehem mama tak pernah lagi minum air nira ni..

Related Posts with Thumbnails