| SMA Nahdzah, Bukit Besar. |
Semalam saya pi kenduri di Bukit Besar, Kota Sarang Semut. Dekat dengan rumah kenduri, satu kebakaran berlaku di sebuah sekolah agama yang dikenali dengan Pondok Pak Man atau SMA Nahdzah. Ini dah kali ketiga sekolah ini terbakar.
Saya pernah menyaksikan api menjulang tinggi semasa kejadian pertama pada tahun 1996. Semalam, hanya kelibat kereta bomba sahaja yang saya lihat coz masa kejadian saya tengah makan nasi kenduri.
Berikut ialah berita tentang kejadian seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan.