Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Friday, March 11, 2022

JJCM @Ben's KLCC

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Maaf kerana sudah lama tak bersiaran..
Alhamdulillah..hari ini sempat berkunjung ke Ben's KLCC bersama keluarga.
Antara juadah yang dinikmati hari ini..
Coffee latte

Soft shell crab spaggehti..

Salads

Lasagna

Pemandangan sekitar KLCC

Saturday, January 2, 2016

Jalan-jalan Cari Makan@ Al-Haura Arabic Kopitiam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entri JJCM kali ini tentang Al-Haura Arabic Kopitiam yang kini sangat popular di Sg. Petani. Ia terletak di Business Park Bandar Laguna Merbok. 


Sebenarnya saya dah banyak kali singgah makan di Al-Haura Arabic Kopitiam yang terletak tak jauh dari rumah saya. Hari ini baru saya berkesempatan untuk buat review.

Restoran ini sangat popular di Facebook. Anda boleh lawat fanpage Al-Haura Arabic Kopitiam dgn tagline Al-Haura The Best Nasi Arab In Town.

Waktu operasi bermula jam 12.00 tgh -11 mlm. ( Jumaat mula 2.30 ptg)
Menu kegemaran saya Al-Haura Nasi Arab Kambing.

Al-Haura Nasi Arab Kambing

Lamb chop

Thursday, December 24, 2015

Jalan-jalan Cari Makan@Mee Udang Seri Bayu.

Restoran Mee Udang Seri Bayu

Hati-hati ada banyak kera.

Cover Menu

Senarai menu dan harga

Senarai menu dan harga
Mee Goreng Udang Gred A
Nasi Goreng Ketam
Menu-menu yang ditempah
Panorama yang menarik berlatar Gunung Jerai.
Pokok besar yang agak unik di sebelah Restoran Mee Udang Seri Bayu.
Kuala tempat nelayan berlabuh di sebelah restoran.
Lokasi: Kg. Merbok, Kedah Darul Aman
No. Tel: 011-24064245 (Kak Dah)

SEDAP....SEKALI CUBA NAK LAGI..

Tuesday, April 14, 2015

JJCM @ KB Burger Bakar, Kota Bharu, Kelantan.

Beef Burger
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah pernah try burger bakar? Rugi kalau tak try. Alhamdulillah malam tadi berkesempatan singgah dan menikmati burger bakar di KB Burger Bakar yang terletak di pusat bandar Kota Bharu. 

Mmmm....Sedap.....Rugi kalau tak cuba. Ada bermacam-macam jenis burger.

Senang jer nak cari KB Burger Bakar ni....Ia terletak tak jauh dari bangunan HSBC dan KWSP. Selain menikmati burger, anda juga boleh memesan makanan panas lain di restoran bersebelahan. 

KB Burger Bakar, Kota Bharu, Kelantan.

Monday, October 13, 2014

JJCM di Restoran Nasi Kandar Istimewa Pulau Pinang, Kota Bharu.

Restoran Nasi Kandar Istimewa Pulau Pinang, Kota Bharu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan semua? Dah lama tak bersegmen JJCM ni. Bila tinggal di Kelantan ni, kadang-kadang teringin nak makan di restoran nasi kandar. Asik-asyik nasi kerabu jer...Tapi memang susah nak jumpa satu pun.. restoran nasi kandar kat Kelantan ni.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya singgah di Restoran Nasi Kandar Istimewa Pulau Pinang yang terletak berhampiran Pasaraya Billion Kota Bharu. Cuma kat situ, tempat parking kenderaan agak terhad. Jangan lupa masukkan skeling, nasib tak baik anda akan disaman oleh penguatkuasa.

Saya pekena nasi beriani bersama ayam madu. Rasanya OK...lah. 

Kalau kat Sg Petani memang banyak pilihan untuk kita makan di restoran nasi kandar. Kat Kelate ni tak pasti pulak kalau ada lagi restoran nasi kandar di tempat lain...may be blogger-blogger dari Kelate tahu kut kat mana lagi?  

Tuesday, May 6, 2014

Kenangan Jamuan Mentor-Mentee di Khory Steamboat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Imbas kembali kenangan bersama mentee-mentee saya di minggu-minggu terakhir mereka belajar di KMTK. Jamuan yang dikendalikan oleh mentee-mentee sendiri diadakan di Restoran Khory Steamboat, Jln Tikam Batu, Padang Temusu, Sg. Petani.

Berselera mereka makan

Memang berbaloi makan kat sini coz terdapat pelbagai jenis hidangan dengan bayaran RM10 seorang (tidak termasuk minuman). Apatah lagi bawa student yang tengah membesar ni.. Makanlah sampai kenyang..
 
Antara hidangan  steamboat
 Murah dan sedap...Lagi pula yong tau fu yang dihidangkan adalah keluaran bumiputera. Kedai memproses yong tau fu tu terletak bersebelahan restoran tersebut.
Nasi goreng, bihun dan mee juga ada.
 Dikhabarkan restoran ini baru sahaja dibuka Januari lalu. RM10 tu adalah harga promosi...may be ia masih berlanjutan sampai sekarang.
Mentee-mentee sedang makan
Kalau nak pi, bolehlah call no. yang terdapat kat banner di bawah.


Terima kasih kepada mentee-mentee yang belanja saya makan.

Wednesday, October 10, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan Di Sabil Kedai Kopi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua?
  
Dah lama saya tak publish tentang restoran dalam segmen JJCM. Sebenarnya saya baru diperkenalkan restoran ini oleh seorang rakan.

Sabil Kedai Kopi khabarnya sering dikunjungi oleh pelanggan yang suka aktviti outdoors dan geng-geng bikers.
  
Saya dah dua kali ke sana. Hiasan dalamannya memang unik dan menarik. Ada foto Labu dan Labi. Sambil makan sambil menonton citer Labu Labi.

Restoran ni terletak dekat jer dengan hipermaket C-Mart (Amanjaya Mall). Addressnya ada kat bawah.

Kuey Teownya sedap. Hujung-hujung minggu ada kambing golek.

Sapa-sapa nak rasa kelainan, trylah berkunjung ke sana.

Restaurant/Cafe
                           NO 28 Jalan Cempaka 2 Persiaran Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia


Basikal tergantung dan poster Labu Labi.

Sebelahnya ada kedai aktiviti outdoors.

Citer Labu Labi

Hiasan yang menarik

Kuey Teow Goreng

Kambing golek


Thursday, June 21, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan di Medan, Sumatera.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk memenuhi permintaan MAMA AINI , entri saya hari ini adalah berkenaan tempat penginapan  dan tempat makan yang telah saya pergi semasa mengikuti rombongan di Medan, Sumatera.

Apabila kami sampai di Polonia International Airport, kami terus di bawa dengan bas ke Restoran Koki Sunda. Makanan kat sini memang best khususnya sate...tapi sate yang sedap tu cuma diberi satu setiap seorang. Makanan di Medan juga pedas-pedas...
Tempat makan pertama yang disinggahi apabila sampai ke sana.

Hidangan istimewa di Koki Sunda.
 Ahli rombongan kami menginap di Grand Sakura Hotel ketika berada di Medan, iaitu malam pertama dan malan terakhir. Makanan yang disediakan ketika breakfast di cafe hotel juga menyelerakan.

Tempat penginapan ketika di Medan.

Lobi Hotel Grand Sakura.
Ini pula tempat penginapan ketika berada di Danau Toba, iaitu Parapat View Hotel. Kami dihidangkan dengan nasi yang berasal dari padi bukit. 


Bilik penginapan di sini ok jugak, tapi tekanan airnya agak rendah. So, susah sikit la bila nak menggunakan toilet. Hairan jugak pasai apa jadi macam tu.... 

Selain itu, bilik hotel takda air-cond sebab kat sini memang dah sejuk....

Walau bagaimanpun, pemandangan Danau Toda dari sini sangat cantik dan mengagumkan.



Ketika berada di Berastagi, kami singgah di Restoran Garuda. Penuh restoran dengan rombongan kami.

Tempat makan di Berastagi.
Selain daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, Berastagi juga terkenal dengan kereta kuda.

Tarikan di Berastagi.
 Ini pula restoran terakhir yang kami singgah pada malam terakhir di Medan. Saya tak pasti apa namanya. Kami makan sambil duduk bersila. Kat sini kami dihidangkan dengan ayam dan ikan panggang.  
Makan bersila di sebuah restoran di Medan. 

Keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan makanan-makanan yang disediakan ketika kami mengikuti pakej rombongan ini.

Selain hotel-hotel bajet yang saya sebut ini, banyak lagi hotel-hotel kat Medan. Antaranya J.W Mariot Hotel, Grand Swiss BelHotel dan Grand Aston City Hall Hotel yang bertaraf 5 bintang.

Semoga sedikit sebanyak entri dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin berkujung ke Medan.


Tuesday, June 5, 2012

JJCM di Dataran Ikan Bakar, Sg. Petani.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

        Beberapa hari lepas, saya dan family singgah makan kat Dataran Ikan Bakar, Sg. Petani. Restoran ni memang popular kat S.P. Terletak di Pekan Baru, di tepi Sungai Petani. Makanan yang dihidangkan memang sedap. Tapi, nak makan kat sini kena sabar sikit coz  ramai pelanggan dan nampak macam tak cukup kakitangan jer.



Friday, May 18, 2012

My Favourite Nasi Ayam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama saya tak tulis pasal JJCM...Untuk pengetahuan semua, inilah nasi ayam kegemaran saya... Nasi Ayam Mancongkam.

Setiap kali saya ke K.L, kalau berkesempatan saya akan makan di Restoran Nasi Ayam Mancongkam, Jln Gombak. Ia terletak sebelah Restoran Hj Tapah.

Rasanya memang sedap. Boleh pilih, nak ayam garing atau biasa. Masa mula-mula, makan dulu satu set cuma RM3.50. La ni harganya dah berganda-ganda. Tapi, nak buat camna, kalau dah teringin, kena makan jugak la.



SZ: Foto ni ambil masa pi K.L 3 minggu lepas.
Related Posts with Thumbnails