Monday, October 13, 2014

JJCM di Restoran Nasi Kandar Istimewa Pulau Pinang, Kota Bharu.

Restoran Nasi Kandar Istimewa Pulau Pinang, Kota Bharu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan semua? Dah lama tak bersegmen JJCM ni. Bila tinggal di Kelantan ni, kadang-kadang teringin nak makan di restoran nasi kandar. Asik-asyik nasi kerabu jer...Tapi memang susah nak jumpa satu pun.. restoran nasi kandar kat Kelantan ni.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya singgah di Restoran Nasi Kandar Istimewa Pulau Pinang yang terletak berhampiran Pasaraya Billion Kota Bharu. Cuma kat situ, tempat parking kenderaan agak terhad. Jangan lupa masukkan skeling, nasib tak baik anda akan disaman oleh penguatkuasa.

Saya pekena nasi beriani bersama ayam madu. Rasanya OK...lah. 

Kalau kat Sg Petani memang banyak pilihan untuk kita makan di restoran nasi kandar. Kat Kelate ni tak pasti pulak kalau ada lagi restoran nasi kandar di tempat lain...may be blogger-blogger dari Kelate tahu kut kat mana lagi?  

5 comments:

Khai♥Rin : anies said...

ms dok kelantan dulu mmg x penah jupa resto nasi kandar ni

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Nak kena singgah juga nanti ni..

Teacher Basariah said...

saya lama tak menjejak kaki ke kelantan..mmg sikit ye restoran nasi kandar kat sana?hmmm..bagus juga..hehe

ANIM said...

orang kelantan tak makan kari style mamak tu kot shaiful, hihi..

Abe Kie said...

di tanah merah ni ada la 2-3 restoran mamak...laku gak. cuma kami ore kelate tak berehi kari mamak ni...suka gulai darat je

Related Posts with Thumbnails