Showing posts with label Coretan Medan. Show all posts
Showing posts with label Coretan Medan. Show all posts

Friday, June 22, 2012

AK-AM- TENGTENG- TINGTING-TANGTANG-TONGTONG-TUNGTUNG-PANGPANG-PINGPING.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masih lagi entri tentang Coretan Dari Medan. Dalam perjalanan ke Danau Toba ,kami singgah di sebuah kedai yang menjual makanan berasaskan kekacang dan biskut. Saya kurang pasti nama ini sebenarnya refer kepada apa, tapi andaian saya ialah lokasi kedai ni, takpun nama saudara mara toke kedai ni...

AK-AM-TENGTENG- TINGTING-TANGTANG-TONGTONG-TUNGTUNG-PANGPANG PINGPING



Apa pendapat anda?

Thursday, June 21, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan di Medan, Sumatera.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk memenuhi permintaan MAMA AINI , entri saya hari ini adalah berkenaan tempat penginapan  dan tempat makan yang telah saya pergi semasa mengikuti rombongan di Medan, Sumatera.

Apabila kami sampai di Polonia International Airport, kami terus di bawa dengan bas ke Restoran Koki Sunda. Makanan kat sini memang best khususnya sate...tapi sate yang sedap tu cuma diberi satu setiap seorang. Makanan di Medan juga pedas-pedas...
Tempat makan pertama yang disinggahi apabila sampai ke sana.

Hidangan istimewa di Koki Sunda.
 Ahli rombongan kami menginap di Grand Sakura Hotel ketika berada di Medan, iaitu malam pertama dan malan terakhir. Makanan yang disediakan ketika breakfast di cafe hotel juga menyelerakan.

Tempat penginapan ketika di Medan.

Lobi Hotel Grand Sakura.
Ini pula tempat penginapan ketika berada di Danau Toba, iaitu Parapat View Hotel. Kami dihidangkan dengan nasi yang berasal dari padi bukit. 


Bilik penginapan di sini ok jugak, tapi tekanan airnya agak rendah. So, susah sikit la bila nak menggunakan toilet. Hairan jugak pasai apa jadi macam tu.... 

Selain itu, bilik hotel takda air-cond sebab kat sini memang dah sejuk....

Walau bagaimanpun, pemandangan Danau Toda dari sini sangat cantik dan mengagumkan.



Ketika berada di Berastagi, kami singgah di Restoran Garuda. Penuh restoran dengan rombongan kami.

Tempat makan di Berastagi.
Selain daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, Berastagi juga terkenal dengan kereta kuda.

Tarikan di Berastagi.
 Ini pula restoran terakhir yang kami singgah pada malam terakhir di Medan. Saya tak pasti apa namanya. Kami makan sambil duduk bersila. Kat sini kami dihidangkan dengan ayam dan ikan panggang.  
Makan bersila di sebuah restoran di Medan. 

Keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan makanan-makanan yang disediakan ketika kami mengikuti pakej rombongan ini.

Selain hotel-hotel bajet yang saya sebut ini, banyak lagi hotel-hotel kat Medan. Antaranya J.W Mariot Hotel, Grand Swiss BelHotel dan Grand Aston City Hall Hotel yang bertaraf 5 bintang.

Semoga sedikit sebanyak entri dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin berkujung ke Medan.


Wednesday, June 20, 2012

Foto-foto di Sekitar Danau Toba, Indonesia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lihatlah foto-foto yang saya rakam di sekitar Danau Toba, Indonesia. Danau ini merupakan danau yang terbesar di Indonesia. Danau ini dipercayai terhasil akibat letusan gunung berapi lebih 25 juta tahun yang lalu.


Panorama yang cukup indah.

Lokasi sinetron.

Kota Parapat

Tempat penginapan di Danau Toba.

Pemandangan waktu pagi dari hotel.

Bergambar berhampiran kawasan Air Terjun Sipiso-piso berlatarbelakang Danau Toba.

SZ: Bila anda nak berkunjung ke Danau Toba?

Tuesday, June 19, 2012

Program Pengantarabangsaan SMK Pekula Jaya di SMA Negeri 1 Medan, Indonesia.

Pengetua SMK Pekula Jaya menandatangi MOU dengan wakil Kepala Sekolah SMA Negeri 1 Medan.

Pak Sodirman sedang menerangkan sesuatu tentang Lab Bahasa.

Aktivitri ko-kurikulum berjalan seperti biasa.

Rombongan SMK Pekula Jaya dan wakil Kepala Sekolah.

SMA Negeri 1 Medan.
Koleksi piala yang mewakili kejayaan diterima oleh SMA Negeri 1 Medan.

SZ: Uniknya sekolah ini ialah ia mempunyai Kelas Antarabangsa.

Monday, June 18, 2012

Pengalaman Pertama Naik Kapal Terbang.

SZ sedang menuju ke pesawat Air Asia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

      Alhamdulillah saya selamat kembali ke Malaysia. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Untuk pengetahuan semua, inilah pengalaman pertama saya naik flight. Sebelum ni cuma ke airport untuk mengambil saudara-mara atau rakan-rakan yang mengikuti penerbangan.

Saya naik kapal terbang Air Asia. Mula-mula berdebar jugak, bila pesawat mula hendak terbang. Tapi lepas tu dah takda apa-apa. Rasa sekejap ja penerbangan tu, tau-tau dah sampai Medan. Saya bertolak pukul 6.15 ptg waktu Malaysia dan sampai pukul 6.15 ptg waktu di Sumatera.

Anda tentu dah biasa naik flight. Bagaimana pula pengalaman anda pada kali pertama penerbangan?


Related Posts with Thumbnails