Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hanya satu bazar Ramadan yang sempat saya singgahi setakat ini iaitu di Bandar Laguna Merbok. Nampaknya bazar ini semakin meriah, semakin ramai penjual dan semakin ramai pembeli. Pelbagai juadah dijual seperti kuih-muih, kambing grill, ikan bakar, pelbagai jenis dan nasi dan banyak lagi.
Tempat letak kenderaan pun luas. Pengunjung boleh meletak kenderaan di padang berhadapan dengan pejabat Paramount.
Bagaimana dengan bazar ramadan di tempat anda ?







