Showing posts with label Bazar Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Bazar Ramadhan. Show all posts

Tuesday, June 14, 2016

Bazar Ramadan Bandar Laguna Merbok.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hanya satu bazar Ramadan yang sempat saya singgahi setakat ini iaitu di Bandar Laguna Merbok.  Nampaknya bazar ini semakin meriah, semakin ramai penjual dan semakin ramai pembeli. Pelbagai juadah dijual seperti kuih-muih, kambing grill, ikan bakar, pelbagai jenis dan nasi dan banyak lagi.


Tempat letak kenderaan pun luas. Pengunjung boleh meletak kenderaan di padang berhadapan dengan pejabat Paramount.


                                             Bagaimana dengan bazar ramadan di tempat anda ?


Monday, June 22, 2015

Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Assalamualaikum dan salam Ramadan


Alhamdulillah...hari ini hari ke-5 kita berpuasa. Pada hari Jumaat, baru-baru ini saya berkesempatan meninjau Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Bazar Ramadan di situ antara bazar yang termeriah saya lihat. Ramai peniaga menjual pelbagai jenis makanan dan barangan. Pengunjung pun ramai sehinggakan nak berjalan pun agak sesak.

Bazar Ramadan ini dimeriahkan lagi dengan program Ihya' Ramadan yang dijalankan oleh pihak berwajib. Program ini dikenali sebagai Madinah Ramadhan.

Menurut laman web http://www.ihyaramadhan.net/ 

Program Madinah  Ramadhan 1436H/2015M Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam bermula Awal Ramadhan (1 Ramadhan 1436H / 16 Jun 2015) hingga Awal Syawal (1 Syawal 1436H / 16 Julai 2015) bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Surau untuk solat Tarawih

Antara aktiviti utama yang akan diadakan adalah:-
  1. Solat terawih berjemaah
  2. Berbuka puasa dan bersahur
  3. Penyampaian sumbangan fakir miskin
  4. Tazkirah dan bicara keilmuan
  5. Relay bacaan Al-Quran, majlis khatam Al-Quran, munajat dan bacaan Yasin
  6. Sepetang di ambang iftar
  7. Mubarak cafe dan bazar Al-Rahman

Akok

Ikan Pekasam

Pengunjung sedang membeli-belah


Kambing golek

Tuesday, August 2, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan di Bazar Ramadhan Guar Perahu.

Assalamualaikum dan selamat petang..

Selamat menjalani ibadah puasa. Ke mana anda petang ini? 

Semalam saya telah berkunjung ke bazar Ramadhan Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang untuk membeli juadah berbuka.  Ia terletak di bahu jalan menuju ke Taman Guar Perahu.

Kat sini ada dijual kuih Pak Tongko.

Kalau nak tahu apa dia Pak Tongko...kliklah di sini. 








Related Posts with Thumbnails