Wednesday, July 6, 2011

Malam Bersejarah Di Laguna Merbok.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Malam ini telah berlangsung satu majlis yang cukup bersejarah iaitu Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Tender Projek Membina Masjid Baru Di Khariah Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Dato' Seri Jamil Khir,

"InsyaAllah, Masjid Bandar Laguna Merbok akan siap dibina dalam tempoh 60 minggu."

Beliau juga mengingatkan jemaah agar mengimarahkan masjid apabila ia siap kelak.

Berikut ialah foto-foto berkaitan majlis yang telah berlangsung.

Masjid Bandar Laguna Merbok yang bakal dibina.

Di tapak inilah masjid akan didirikan.

Dato' Seri Jamil Khir sedang menyampaikan ucapan perasmian

Kelihatan ramai tetamu yang hadir. Di belakang kelihatan Restoran RFC.

Persembahan Gimik

Sidang media oleh Dato' Seri Jamil Khir B. Hj Baharom.

SZ: Kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk pembinaan masjid ini sila lawati 

2 comments:

mama aini said...

senang kan bila ada masjid berhampiran kwsan kediaman !!..kat kediaman mama ni pun ada masjid..sbb tu `hb` suka tinggal kat sini..

Shaiful Zaidi said...

@ MaMa AiNi
Salam Mama...
Alhamdulillah tak lama lg Laguna akan ada masjid..mmg best. Moga saya dan warga laguna dpt mengimarahkan masjid itu nanti..

Related Posts with Thumbnails