Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Tebaloi Berbaloi-Baloi.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Petang ni, saya taip entri sambil makan snek tebaloi. Memang berbaloi-baloi makan snek sagu yang berasal dari Sarawak. Rasanya sedap, seakan-akan sagon.

Foto dari Google

Anda pernah makan tebaloi?

Selain makan snek ni, saya juga baru lepas makan kek lapis Sarawak. Enak jugak ya...selain coraknya yang menarik.

SZ: Belum pernah sampai ke bumi kenyalang.

Sunday, August 28, 2011

Friday, August 5, 2011

Jalan-jalan Cari Makan di Bazar Ramadhan Taman Ria.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hanya tinggal 4 jam lebih lagi untuk kita berbuka... Apa juadah anda untuk hari ini?

Ramai di antara kita akan mengunjungi bazar Ramadhan untuk memilih juadah berbuka.

Petang semalam, saya berkesempatan mengunjungi bazar Ramadhan Taman Ria, Sg. Petani.

Ia antara bazar Ramadhan terbesar dan popular di daerah Kuala Muda. Antara menu istimewa di sini ialah gulai batang pisang, kambing panggang, pelbagai jenis sup dan yong tau fu.








Tuesday, August 2, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan di Bazar Ramadhan Guar Perahu.

Assalamualaikum dan selamat petang..

Selamat menjalani ibadah puasa. Ke mana anda petang ini? 

Semalam saya telah berkunjung ke bazar Ramadhan Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang untuk membeli juadah berbuka.  Ia terletak di bahu jalan menuju ke Taman Guar Perahu.

Kat sini ada dijual kuih Pak Tongko.

Kalau nak tahu apa dia Pak Tongko...kliklah di sini. 








Sunday, April 24, 2011

Durian lagi...


Hari ini saya beli durian lagi...

Kali ini, beli durian sebab nak jamu mak mentua yang baru datang ke rumah.

Harga durian kali ni..boleh tahan juga..sebiji hampir RM20.

Durian kahwin ni  isinya memang elok, tapi apabila dimakan rasa kurang manis.

Tak berbaloi pulak dengan harganya.

Ada sesiapa yang tau, bagaimana nak pilih durian yang terbaik?



Saturday, February 12, 2011

Jalan-jalan Cari Makan di Puncak Mutiara Cafe

Papan tanda

Menu

Tempat makan

Nasi Goreng Setoi Thai

Puncak Mutiara Specials (Ayam + Kambing)

Jus Mulberry
Fish n Chips

Lanskap

Alat Kelui

Ikan di kolam

Penunjuk Arah

Dari tempat parking.

Wednesday, February 2, 2011

Jalan-jalan Cari Makan di Restoran Bersila.

Lokasi: Sg. Yan, Kedah.
Menu istimewa: Kari itik dan itik goreng berempah.
Makan sambil bersila.




Related Posts with Thumbnails