Friday, September 10, 2010

Raya di Kota

Orang kota pulang ke desa, aku pula pulang ke Kota....kan terbalik. Tapi sebenarnya aku pulang ke Kota Sarang Semut hari ini.

Orang yang paling gembira raya ni ialah anak aku. Dia bangun awal dan memakai baju rayanya.


Beginilah keadaan di luar masjid yang sesak dengan kenderaan. Aku pi jalan kaki jer coz rumah aku dekat dengan masjid.


Tok Imam sedang memberi peringatan tentang solat sunat Aidilfitri. Tok Imam agak uzur dan terpaksa memegang tiang untuk berdiri.

Selepas solat aku bertemu dengan rakan-rakan sekampung yang telah lama tidak ditemui.

Selepas itu, aku bersama keluarga berkunjung ke rumah saudara mara di sekitar Batu 9, Kota Sarang Semut.


SZ: Sekejap je hari raya pertama dah selesai.

No comments:

Related Posts with Thumbnails