Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini 9 Julai 2012 bersamaan 19 Syaaban 1433H. Ini bermakna Ramadhan semakin hampir dengan kita. Ramadhan bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan amat dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam.
Kehadiran Ramadhan semakin terasa di mana-mana. Banyak program-program menjelang Ramadhan telah diadakan sama ada melalui media massa dan elektronik, juga di persekitaran tempat tinggal kita. Iklan-iklan tentang bazar-bazar Ramadhan juga semakin banyak kelihatan.
Semoga Ramadhan yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi menjadi bulan tarbiah kepada kita agar lebih mensyukuri nikmat Allah.
Apa azam anda pada Ramadhan kali ini?
