Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

Mutiara Kata.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini, saya kembali bertugas. So, entri hari ni sekadar berkongsi mutiara kata yang saya petik dari laman USIM.
Marilah kita renung-renungkan mutiara kata ini..
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

Tuesday, February 21, 2012

Mutiara Kata.

Gambar Hiasan

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pagi ini, saya sekadar ingin berkongsi mutiara kata berikut...

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."


Tuesday, August 23, 2011

Apa Guna...

Apa guna jadi LELAKI KACAK, kLau BACA Quran pun MERANGKAK-RANGKAK
Apa guna jadi PEREMPUAN CANTIK, kLau Pukul 12 t.hari pun TAK CELIK-CELIK
Apa guna umur besar PANJANG, kLau Fardhu Ain Asas pun LINTANG-PUKANG
Apa guna Allah bagi HIDAYAH, kLau nak SOLAT pun sikit SUSAH PAYAH
Apa guna jadi MANUSIA, kLau umur Allah bgi kita SIA-SIA
Apa guna HARTA MELIMPAH, kLau nak HULUR kpda yg memerlukan pun SUSAH
Apa guna PANGKAT BESAR, KUBUR dah dekat pun masih TAK SEDAR~!!

:: astafirullahalazim.





credit to: Erma Aida

Thursday, May 19, 2011

Keikhlasan.


Mutiara Kata.


Dunia ini umpama lautan yang luas.
Kita adalah kapal yang belayar di lautan yang telah ramai karam di dalamnya..
andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa,
nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan ini.

Sunday, May 15, 2011

Jasamu Dikenang.


Gambar hiasan

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu suci semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di hujung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagaikan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988

Thursday, April 28, 2011

Personaliti Orang Yang Lahir Pada Bulan April.



Happy Birthday buat sesiapa yang lahir pada bulan April.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, mereka yang lahir pada bulan April mungkin mempunyai sifat-sifat berikut: 
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Wallahualam..


Tuesday, March 22, 2011

Petua Membelai Cinta.




INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?


Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.

Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.

Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir.

Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.

Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.

Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

Dato Ustaz Ismail Kamus
Republish...

Tuesday, March 8, 2011

Keladi Raksasa


Pernahkah anda lihat pokok keladi sebesar ini? Inilah kali pertama saya melihatnya apabila melintasi suatu kawasan di Laguna. Terus saya berhenti motor dan mengambil foto ini untuk dikongsi bersama pembaca blog ini. Saiznya memang besar jika dibandingkan dengan keladi biasa.

Peribahasa berkaitan keladi:

Daun keladi dimandikan bermaksud

...Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.

Seperti mencurah air di daun keladi.........

Ada lagi ke peribahasa lain?

Wednesday, January 5, 2011

Mutiara Kata Hari Ini


What you get is what you see.

Amalan kita bermula dengan persepsi. Persepsi membentuk pemikiran, pemikiran membentuk tingkah laku, tingkah laku membentuk amalan. Persepsi yang baik akan membentuk amalan yang baik.

Motivasi ialah saranan-saranan yang positif yang mendorong seseorang bertindak secara positif.

Monday, August 16, 2010

Mutiara Kata

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."


"Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya."


"Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya."


"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.."


"Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya."


"Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga."


Monday, August 2, 2010

Mutiara Kata

Keimanan menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang-orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang-orang yang ahli ibadah.


Buku adalah kawan yang paling baik. Bercakap-cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah dengan pengetahuan.


Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala.


Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik. Berbuat baiklah kepada sesama, padamkan semua api permusuhan, berdamailah dengan musuh, dan perbanyaklah kawan.


Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan, dan kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat.


Friday, July 23, 2010

Mutiara Cinta

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah
mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Sunday, July 18, 2010

Mutiara Kata


"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille


"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."


"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun


"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."


"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."


"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."


"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."


"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."


"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."


"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."


"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."


"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."


"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."


"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."


"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."


"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin


"Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan." ~ Andre Colin


"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno


"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" ~ Hukama


"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius


"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln

"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche


Wednesday, July 14, 2010

Mutiara Kata-Kata 2

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."


"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire


"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."


"Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang." ~ Anonim


"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab


"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."


"Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar."


"Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela." ~ Napoleon Bonaparte


"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."

Thursday, June 17, 2010

GURINDAM NASIHAT

Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini.
Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh
Allah SWT pada setiap masa dan ketika.

* Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

* Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

* Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

* Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

* Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

* Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

* Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

* Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

* Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

…….

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,

kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

* Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

* Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

* KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

* Apabila manusia telah mengubah tabiat,

* ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

* Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.

* Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

* Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

* Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

* Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la

* minyak gamat.

* Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.

* Semua nak tunjuk kuat.

* Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

* Tapi hidup pula yang melarat.

* Tali kasut dah tak berikat.

* Rambut pun jarang sikat.

* Yang perempuan, pakai mini sekerat.

* Suka pakai baju ketat.

* Suka sangat menunjukkan pusat.

* Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

* Pakai pulak yang singkat-singkat.

* Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.

* Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

* Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

* Duduk jauh berkirim surat.

* Bila berjumpa, tangan berjabat.

* Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

* Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

* Usah peduli agama dan adat.

* Usah takut Allah dan malaikat.

* Yang penting apa kita nak buat?

* Kita ‘bukti’ lah kita buat.

* Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

* Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.

* Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

* MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

* Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.

* Habis manusia telah tersesat.

* Inilah dia fenomena masyarakat.

* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

* Marilah kita pakat mengingat,

* Bahawa dunia hari ini makin singkat,

* Esok atau lusa mungkin kiamat,

* Sampai masa kita semua akan berangkat! .

* Berangkat menuju ke negeri akhirat.

* Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

* Masa tu, sindri mau ingat.

* Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?

* Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?

* Harta benda anta, dari mana anta dapat…?

* Ilmu anta, adakah anta manafaat…?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat

dan memperbanyakkan ibadat.
Related Posts with Thumbnails