Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

Maher Zain - Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar? Hari ini sudah 9 Ramadhan. Sekejap jer nak habis 10 pertama bulan puasa ni.
Masih terlalu awal nak layan lagu raya walaupun lagu-lagu raya sudah mula kedengaran di pusat membeli-belah sejak awal Ramadhan lagi.

So...sama-sama kita layan lagu Ramadhan yang dinyanyikan oleh Maher Zain.


Monday, July 9, 2012

Ramadhan Semakin Hampir.



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini 9 Julai 2012 bersamaan 19 Syaaban 1433H. Ini bermakna Ramadhan semakin hampir dengan kita. Ramadhan bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan amat dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam.

Kehadiran Ramadhan semakin terasa di mana-mana. Banyak program-program menjelang Ramadhan telah diadakan sama ada melalui media massa dan elektronik, juga di persekitaran tempat tinggal kita. Iklan-iklan tentang bazar-bazar Ramadhan juga semakin banyak kelihatan.

Semoga Ramadhan yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi menjadi bulan tarbiah kepada kita agar lebih mensyukuri  nikmat Allah.

Apa azam anda pada Ramadhan kali ini?

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan Yang Tersirat.

Ramadhan Menjelma lagi
Bulan rahmat , bulan maghfirah
Hidup mereka indah
Hidup kami kesah

Ramadhan menjelma lagi
Bulan Berkat Penuh Kebaikan
Hari kami penuh dengan kesalan
Hari mereka penuh dengan keriangan

Ramadhan menjelma lagi
Doa Diterima,Dosa diampunkan
Hati kami  gelisah
Hati mereka meriah

Ramadhan Menjelma lagi
Amalan di tingkatkan dengan pahala berganda
Wajah kami Mendung tak bermaya
Wajah mereka bersinar ceria

Ramadhan Menjelma lagi
Malamnya ada Lailatul qadar
Puasa kami letih dan lesu
Puasa mereka indah dan syahdu


Ramadhan Menjelma lagi
Lailatul qadar penuh keindahan
Malam kami gelap gelita
Malam mereka indah bercahaya


Ramadhan berlalu Syawal Menanti
 Ramadhan pergi, Aidilfitri menanti
Riang gembira hati kami
Hati mereka berduka melihat Ramadhan pergi

Ramadhan berlalu Syawal Menanti
Aidil fitri hari kemenangan bagi mukmin sejati
AidilFiti  mereka bersih dan suci  
Aidil fitri kami penuh debu kekalahan

Untunglah mereka
Rugilah Kami
Selamat Tinggal Ramadhan
Ahlan Wasahlan Syawal

Ramadhan akan datang adakah  milik kami?.

Nukilan: Shah Putra

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432H.


Assalamualaikum dan salam Ramadhan 1432H.

Saya ucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia yang akan berpuasa esok.

Malam ini jangan lupa untuk menunaikan solat sunat Tarawikh dan Witir.
Perbanyakkan amal ibadah di bulan ini seperti bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya...

Jangan lupa untuk niat puasa. Jangan lupa bangun makan sok (sahur).

"RAMADHAN KARIM"
Related Posts with Thumbnails