Showing posts with label SMK Bedong. Show all posts
Showing posts with label SMK Bedong. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Hari-hari Hujan...

Pemandangan dari gym Kelab Bandar Laguna Merbok.

Salam dan selamat tengahari...

Sekarang ni....boleh dikatakan setiap petang hujan turun membasahi bumi.

Semalam, ketika melalui pekan Bedong, saya lihat ada tempat yang banjir.

Kat mana lagi kalau bukan di SMK Bedong.

Masalah banjir di situ dah lama. Boleh dikatakan setiap tahun bila hujan lebat, banjir akan berlaku.

Mungkin tebatan banjir perlu dibina di tebing sungai berdekatan dengan padang sekolah tersebut untuk 
mengurangkan risiko banjir.

Harap pihak berwajib dapat ambil tindakan segera.


Padang SMK Bedong.

Saturday, January 1, 2011

Peristiwa Paling Tragis 2010.

Peristiwa kebakaran satu blok yang menempatkan bilik guru di SMK Bedong merupakan peristiwa paling tragis yang tidak dapat dilupakan pada tahun lepas. Ketika itu saya sedang berkhidmat di sana. Kejadian berlaku pada petang 19 Mac 2010, dipercayai disebabkan oleh litar pintas. Guru-guru SMK Bedong terpaksa menumpang di bilik lain yang dijadikan sebagai bilik guru. Sehingga kini, kerosakan akibat kebakaran itu masih belum diperbaiki.






Sunday, November 14, 2010

Jamuan Akhir Tahun 2010 SMK Bedong.

Tarikh: 13 Nov. 2010
Masa: 8.00 mlm
Tempat: Kelab Cinta Sayang, Sg. Petani.






SZ: Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menjemput saya.

Wednesday, July 7, 2010

Hari-hari Yang Berlalu.....

SMK BEDONG (1 JAN 2008- 10 JULAI 2010)

Perhimpunan sesi petang.

Inilah tempat duduk aku yang terbakar.

Jamuan Akhir Tahun 2009.

Kejohanan Olahraga 2010.

SMK Bedong terbakar.

SMK BUKIT GAMBIR, P.PINANG (2007)

Peserta jogathon dilepaskan oleh YDP PIBG....

Sambutan Maulidur Rasul

Jogathon lelaki..

Mesyuarat Agung PIBG.

Majlis Persaraan Pengetua.

SMK TAMAN DESA ( JUN 2000-2006)

Sukan Tahunan

Latihan Kebakaran...

Sambutan Jubli Perak di Desa Waterpark.

SMKTD

Inilah sekolah pertama aku mengajar....

Sunday, July 4, 2010

From Bedong to Pokok Tai


Hari ini aku melapor diri di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pokok Tai, Pendang. Mulai minggu depan aku akan mula bertugas sebagai pensyarah di sini. Sedih rasanya hendak meninggalkan alam persekolahan khususnya SMK Bedong yang telah menjadi tempat aku mencurah ilmu sejak dua setengah tahun yang lalu. Kini setelah lebih 10 tahun aku berkhidmat di tiga buah sekolah, aku diperlukan pula untuk mengajar di Kolej Matriks. Masa bersama warga SMK Bedong hanya tinggal beberapa hari. Minggu depan aku akan berhadapan depan suasana baru, rakan-rakan baru dan pelajar-pelajar baru. Aku berharap aku dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru tersebut. Di manapun aku...aku tetap cikgu.

Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah

Saturday, July 3, 2010

Surat Kepada Seorang Sahabat

Tn Hj Hassan Baseri mendeklamasikan sajak yang menyebabkan Tn. Pengetua, En. Chin Cheng Geey menitiskan air mata .

Maaf kalau surat yang kubaca ini mengganggu kesedihanmu
Tetapi percayalah surat ini tidak akan kubaca
Cuma untuk melahirkan rasa sekilas pandang,
atau sepatah kata, atau sekadar sebuah desakan
dan sekucup ciuman kesedihan
kerana belahan kata-kata yang lahir dari suara hati ini
Hanya akan kujadikannya setitis penawar
Yang barangkali boleh mengeringkan
sedikit luka dan kepedihan
Yang kami tahu, detiknya sudah terlalu
hampir menyentak perasaanmu
hampir juga menyentak perasaanku
dan perasaan rakan-rakanmu yang lain
Yang masih mahu membilang detik-detik manis bersamamu
Detik yang pernah berlalu di hadapan mata kita,
Ketika semuanya terburu-buru
Membawa kita lari daripadanya
Dalam ketakutan
Bersembunyi dalam kegelapan,
Kerana aku juga seperti mereka
yang hampir kehilangan engkau
Seorang sahabat yang akan dipisahkan oleh alasan duniawi
Yang pernah mengurung kita di hujung bumi
Biarpun jiwa kita masih tetap ada di tangan Maha Cinta.


Karya:Tn. Hj. Hassan Baseri Bin Budiman
Guru Cemerlang SMK Bedong

SZ: Ini adalah sebahagian daripada karya Tn. Hj Hassan yang dicatatkan dalam buku program Majlis Persaraan Tn. Pengetua.
Related Posts with Thumbnails