Tn Hj Hassan Baseri mendeklamasikan sajak yang menyebabkan Tn. Pengetua, En. Chin Cheng Geey menitiskan air mata .
Maaf kalau surat yang kubaca ini mengganggu kesedihanmu
Tetapi percayalah surat ini tidak akan kubaca
Cuma untuk melahirkan rasa sekilas pandang,
atau sepatah kata, atau sekadar sebuah desakan
dan sekucup ciuman kesedihan
kerana belahan kata-kata yang lahir dari suara hati ini
Hanya akan kujadikannya setitis penawar
Yang barangkali boleh mengeringkan
sedikit luka dan kepedihan
Yang kami tahu, detiknya sudah terlalu
hampir menyentak perasaanmu
hampir juga menyentak perasaanku
dan perasaan rakan-rakanmu yang lain
Yang masih mahu membilang detik-detik manis bersamamu
Detik yang pernah berlalu di hadapan mata kita,
Ketika semuanya terburu-buru
Membawa kita lari daripadanya
Dalam ketakutan
Bersembunyi dalam kegelapan,
Kerana aku juga seperti mereka
yang hampir kehilangan engkau
Seorang sahabat yang akan dipisahkan oleh alasan duniawi
Yang pernah mengurung kita di hujung bumi
Biarpun jiwa kita masih tetap ada di tangan Maha Cinta.
Karya:Tn. Hj. Hassan Baseri Bin Budiman
Guru Cemerlang SMK Bedong
SZ: Ini adalah sebahagian daripada karya Tn. Hj Hassan yang dicatatkan dalam buku program Majlis Persaraan Tn. Pengetua.
No comments:
Post a Comment