Showing posts with label KMTK. Show all posts
Showing posts with label KMTK. Show all posts

Monday, June 23, 2014

Terima kasih KMTK.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru berkesempatan untuk online...Di sini, talian komunikasi especially Maxis kurang memuaskan. Terpaksalah saya standy dengan DIGI pulak.

Jutaan terima kasih saya ucapkan khususnya Tn Hj Hashim Bin Mohamad, Pengarah Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah dan semua warga KMTK.

Maaf jika ada sebarang kesalahan.
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Empat tahun saya bertugas di KMTK...satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup. Terlalu banyak kenangan di sana.
Pensyarah-Pensyarah Jabatan Matematik
Terima kasih juga kepada rakan-rakan di Jabatan Matematik yang membuat jamuan perpisahan untuk saya.
Terima kasih juga kepada Kelab Staff  KMTK yang menganjurkan Majlis Junjungan Kasih Catatan Kenangan. Tak lupa terima kasih kepada semua pemberi hadiah/kad.

Kepada rakan-rakan blogger, in sha Allah saya akan membuat catatan entri dari negeri Kelantan.

Monday, May 26, 2014

Selamat Datang dan Selamat Belajar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam pelajar-pelajar baru telah mendaftar sebagai pelajar matrikulasi sesi 2014 / 2015.  Selamat datang dan selamat menyesuaikan diri di KMTK yang terletak di Pokok Tai, Pendang, Kedah.

Setahun bukanlah lama...semalam anda mula menjejakkan kaki anda di sini...in sha Allah pada bulan April 2015 sesi pengajian akan berakhir.

Selamat belajar.
Ketibaan Tn Hj Hashim Bin Mohamad, Pengarah Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah untuk merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB).

Thursday, August 9, 2012

Cuti Raya Bermula.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini hari terakhir Ujian Penilaian Semester (UPS) Sem. 1. So..hari ini kira last day buat pelajar-pelajar dan lecturer kat sini. Mulai petang ni, pelajar-pelajar akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya pula akan bercuti selama 2 minggu mulai esok. Agak panjang cuti raya kali ni yang bergabung dengan cuti semester.

Kepada rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang akan pulang bercuti. Saya doakan semoga semuanya selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Kepada rakan-rakan blogger yang masih belum bercuti, teruskanlah tugas anda. Lambat lagi kan nak raya...





Thursday, May 31, 2012

Sesi Senamrobik.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri hari ni masih berkenaan isu dalaman. Masih dalam mode Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB). Pagi tadi, sesi senamrobik diadakan. Memang best bersenam ni... Aktiviti ini dapat meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan.

Jom amalkan budaya hidup sihat..

SZ: Bila kali terakhir anda bersenam?

Tuesday, May 29, 2012

Sesi Mentor Mentee.


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pernahkah anda mengikuti program Mentor Mentee? 

Mentor Mentee ialah sesi interaksi antara pendidik(mentor) dengan pelajar(mentee). Ia biasanya dibuat secara berkumpulan. Kat TV pun ada rancangan MENTOR. Tapi menteenya dikenali sebagai protege.

Dari kiri: Zeth, Alex, Zaidi, Faiz, Azzim, Din, Afiq, Nazhiim, Asmah dan Asyikin.

Semalam, saya mendapat 10 orang mentee. Seorang dari Sabah, seorang dari Sarawak dan selebihnya dari Semenanjung. Hari ini sesi Mentor Mentee akan bersambung lagi..

Sunday, May 27, 2012

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang dan selamat mendaftar sebagai pelajar KMTK. Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) bermula hari ini. Semoga pelajar-pelajar baru dapat menyesuaikan diri dan meneruskan kecemerlangan dalam akademik dan ko-kurikulum.








Thursday, April 26, 2012

Selamat Pulang !


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Thursday, April 12, 2012

Majlis Mohon Restu KMTK.

Bacaan Yasin di Surau Al-Jazari KMTK

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini berlangsung Majlis Mohon Restu di Surau Al-Jazari KMTK. Minggu depan pelajar-pelajar KMTK akan menghadapi final PSPM. Semoga pelajar-pelajar semua mendapat keputusan yang cemerlang dan melanjutkan pelajaran di universiti pilihan masing-masing.

Sedih jugak nak berpisah dengan pelajar-pelajar ni. Maklumlah dah hampir setahun bersama mereka. 

Good Luck!

Thursday, March 15, 2012

Grand Sales- Diskaun 100%.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaf dah malam baru dapat publish entri. Sebenarnya hari ni saya agak sibuk. Almaklumlah pada hari Sabtu ini akan diadakan jualan secara besar-besaran. Percayakah anda bahawa jualan dengan diskaun 100%? Kalau tak percaya tengoklah banner di atas.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang program Shopa-Maths-Holics @ Maths Shopping


Thursday, February 9, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kolej.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaf kerana saya tak sempat BW ke blog anda. Minggu ini terlalu sibuk...banyak tugas perlu dilaksanakan. Antaranya marking exam paper, menyiapkan portal untuk jabatan dsb...

Semalam, berlangsung sambutan Maulidur Rasul peringkat Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah.
Antara acara yang berlangsung ialah perarakan sambil berselawat, ceramah dan penyampaian hadiah pertandingan melukis banner.

Saturday, November 19, 2011

Kursus BTN lagi..

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Saya kini sedang berada di Kaki Bukit di negeri paling utara kat S.M. Dah 3 kali saya sertai kursus BTN ni. Kali pertama di Kulim, kedua di Langkawi dan ke-3 di sini.

Kursus ni bermula semalam dan berakhir esok....So sekarang ni tengah berkursuslah...

Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar di luar sana..selamat bercuti.

Thursday, November 3, 2011

Selamat Bercuti.

KMTK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat bercuti kepada semua pensyarah,staf dan pelajar KMTK.

Selamat pulang ke kampung dan selamat berhari Raya Korban.

 InsyaAllah jumpa kembali pada 20 Nov. 2011.

Sunday, July 24, 2011

OpenOffice.

Assalamualaikum dan selamat malam.


Hari ini, saya sekali berkursus di KMTK. Kursus Pendedahan OpenOffice (Maths Type) dianjurkan oleh Unit Matematik. Peserta kursus terdiri daripada pensyarah-pensyarah Matematik dan Fizik. 
Penceramah kursus ialah Tn Fizaril Amzari dari Kolej Matrikulasi Perak.

Alhamdulillah, banyak ilmu baru tentang OpenOffice telah dipelajari pada hari ini.


Saturday, July 23, 2011

Communicative English Course.

Date: 23.7.2011
Time: 8.00 a.m - 4.00 p.m
Veneu: Damai Park Resort, Merbok, Kedah.













SZ: Semasa berkursus kami dijamu makan buah durian dan rambutan oleh Pak Long (staff KMTK). Tn Amar (pensyarah KMTK) pula menjamu kami kurma kambing (kenduri aqiqah anaknya).

Terima kasih kepada mereka berdua.
Related Posts with Thumbnails